14 January 2014

Tentang Rasa -part 29: Semadikan Rasa Ini -



Tentang Rasa -part 29: Semadikan Rasa Ini -


Azan Maghrib selesai berkumandang. Suasana dikawasan meunggu sedikit hambar. Hanya terdapat beberapa orang disitu selain kumpulan sahabat Zharif. Amran sudah terlena sejak Asar lagi disofa. Fakhri hanya memandang Sufian dengan penuh tanda tanya dan sedikit berang. Sufian pula seakan berat untuk melihat Fakhri. Adriana berdiri agak jauh dari mereka. Amirah termenung jauh.

Sesekali Adriana menoleh kearah Amirah yang hanyut dalam lamunannya. Kekasih Amirah sudah kembali ke hotel sejak Asar lagi. Kekasih Amirah ingin pulang berehat di hotel. Kekasih Amirah akan kembali semula selepas Isyak nanti untuk mengambil Amirah pulang.

Suasana dikawasan menunggu itu dipenuhi rasa yang berbaur. Kerisauan menjadi tungak utama selain disokong oleh rasa penyesalan, bersalah dan persoalan yang dialami setiap seorang. Sejak Zharif dikejarkan ke bilik bedah. Rasa kerisauan mereka mula disaluti dengan rasa lain sehingga waktu senja ini yang membuatkan rasa itu berbaur menjadi satu.

Beberapa jam sebelum itu....




-12.37PM-


Selepas selesai menjamu hidangan tengahari tadi, Adriana berjalan menuju ke lift untuk ke aras bilik wad Zharif sambil diikuti Amirah dan kekasihnya. Telefon bimbit Adriana berdering. Adriana melihat ke arah pintu lift yang masih tertutup rapat. Adriana menjawab panggilan tersebut.

Hello Ana, ni abang ni”suara lelaki yang cukup dikenalinya dihujung panggilan.
“abang nak apa lagi?”tanya Adriana kembali.
Adriana berundur ke belakang menjauhi lift dan tempat Amirah dan kekasihnya berdiri.
“abang akan kembali ke Malaysia.”kata suami Adriana
“bila?”Adriana sedikit terkejut
“hujung minggu ni sayang”kata khairul
“untuk apa?”tanya Adriana
'TINGG' pintu lift terbuka. Amirah dan kekasihnya memasuki lift tersebut.
Adriana menunjukan isyarat tangan kepada mereka supaya pergi dulu.

Pintu lift tertutup. Amirah hanya melihat angka yang berubah diskrin kecil ditepi lift. Kekasih Amirah hanya memandang Amirah.

“rasanya suami dia kot yang call tu”kata kekasih Amirah
“biarlah”jawab Amirah sepatah.
“pa marah ke?”tanya kekasih Amirah
“kenapa pula ma tanya macam tu?”soal Amirah kembali
“cuma tengok pa macam marah je”
“bila masa pa marah?nak marah kat sapa? Sebab apa? ”soal Amirah bertubi-tubi
“tak ada apa la”
Amirah memandang muka kekasihnya.

Pintu lift terbuka. Amirah melangkah terus ke bilik Zharif. Kekasihnya berjalan tidak jauh dibelakangnya. Langkah Amirah terhenti. Amirah merenung tepat ke bilik Zharif. Dari luar bilik Amirah dapat melihat jelas yang Zharif sedang duduk bersila di atas katilnya sambil merenung ke tapak kedua belah tangannya. Zharif seolah-olah membaca sesuatu di tapak tangannya.

“pa, Zharif tu tengah buat apa?”tanya kekasih Amirah yang turut menyaksikan aksi pelik sahabatnya.

Amirah tidak menjawab hanya tekun melihat Zharif. Tidak lama kemudian, Zharif mencium tanganya tiga kali. Lalu tersenyum dan bercakap seorang diri. Amirah tambah aneh melihat perangai Zharif. Zharif kemudian menghulurkan tangannya seolah-olah bersalaman dengan seseorang. Zharif kemudiannya menoleh ke arah Amirah dan kekasihnya yng sedang berdiri di luar bilik Zharif.

“dah kenyang makan?”tanya Zharif saat Amirah melangkah masuk kedalam biliknya.
“dah. Kau buat apa tadi?”tanya Amirah
“buat apa?”Zharif pelik
“aku nampak kau macam bercakap dengan seseorang.”kata Amirah
“oh aku baca Yasin tadi”ujar Zharif
“dengan siapa?”tanya Amirah
“dengan ...”Zharif terhenti dari berkata
“dengan 'budak' tu ke?”soal Amirah
Zharif mengangukkan kepala.
“Zhaf, itukan hanya delusi kau sahaja.”kata Amirah
“ye aku tau. Tapi.. entahlah, aku seolah-olah mengharap apa yang berlaku tadi adalah realiti. 'Budak' tu banyak bantu aku. Entah mengapa aku rasa bersyukur sangat ada delusi yang macam tu. Bersyukur bila aku ada cancer ini”
“eh kau ni kesitu pula”
“betullah Amy. Aku rasa bersyukur sebab dengan adanya cancer ni membuka pintu hati aku untuk berubah”
“kau masih boleh berubah kalau kau sihat dan tiada penyakit”yakin Amirah
Zharif tidak berkata apa-apa. Adriana masuk ke dalam bilik Zharif.

“hi”tegur Adriana sambil cuba tersenyum
“Ana ok ke?”tanya Zharif
“ok je. Kenapa?”tanya Adriana kembali.
“nampak macam ada yang tak kena je. Macam ada masalah”kata Zharif
Amirah menoleh ke arah Adriana. Adriana mengelengkan kepala.
“ermm Paan mana?”tanya Adriana mengubah topik
“dia belum datang lagi”jawab Amirah.
Zharif diam.
“kejap lagi dia datanglah. Dah cakap kat Paan tadi. Lagipun waktu pembedahan Zhaf ada lagi sejam lagi”
“dia tak datang pun tak apa”jawab Zharif
“Zhaf. Dia kan kawan Zhaf, kenapa Zhaf bersikap begini. Tak elok tau. Lagipun dia ambil berat pada Zhaf”kata Adriana
“yela Zhaf. Betul kata Ana tu. Dia juga kekasih Zhaf”kata Amirah
“tak! Dia bukan kekasih aku. Dia pernah menjadi kekasih aku. Pernah!”tegas Zharif
“ye kami tau tu. Paan ikhlas nak berkawan dengan Zhaf.Terimalah dia.”kata Adriana
“Zhaf, kalau kau betul nak berubah, cuba ubah tanggapan kau dulu. Kau nak dibedah kejap lagi. Janganlah bersikap negatif”kata Amirah
“ye Zhaf. Jangan bersikap begini. Sufian dah tau tentang Zhaf. Tentang perubahan yang ingin Zhaf lakukan”kata Adriana
Zharif tersentak.
“tolonglah Zhaf. Jangan layan Paan macam tu, dia setia dengan Zhaf pun atas sebab nak berkawan sekarang. Terima dia ye Zhaf?”pujuk Adriana

Zharif tidak bersuara.hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba badan Zharif mengenjang. Zharif terbatuk hingga termuntah darah. Adriana dan Amirah terkejut. Zharif terbaring dan tubuhnya mengeletar kuat. Adriana kaget melihat keadaan Zharif. Begitu juga dengan Amirah.

“Doktor!! Nurse!!! tolong!!”pekik Adriana




-1.15PM-

Alat keluli Zulfadhli berbunyi dan bergetar. Air muka Zulfadhli berubah pucat bila melihat alat kelulinya. Zulfadhli segera berdiri. Amran pelik melihat aksi rakannya itu.

“kenapa?”tanya Amran
“pesakit saya, ada yang tak kena dengan dia. Nurse panggil saya sekarang”jawab Zulfadhli
“oh yeke, kenapa dengan pesakit awak”tanya Amran yang turut berdiri
“pesakit saya ada pembedahan otak pukul 2 nanti. Tapi saya dipanggil sekarang. Mesti ada yang tak kena”jawab Zulfadhli berjalan laju
“pukul 2? pesakit awak lelaki ke?”tanya Amran
“ye, lelaki umur 22 tahun”
“Zharif Adlan?”soal Amran yang mengikuti Zulfadhli berjalan laju
“ye, mana awak tahu?”tanya Zulfadhli pelik
“sebab tu kawan kepada pakwe saya”jawab Amran.
Zulfadhli terus berlari ke bilik Zharif. Amran mengikuti dari belakang

Setiba di bilik Zharif beberapa jururawat sedang membantu menstabilkan Zharif. Keadaan agak kelam-kabut. Amirah menenangkan Adriana yang sedang menangis teresak-esak disudut bilik.

“pesakit mengalami sawan dan saya baru berikan 2 miligrams Lorazepam. Sekarang apa yang harus doktor lakukan?”tanya seorang jururawat sambil memegang badan Zharif
Zulfadhli kelihatan pucat dan tergamam melihat keadaan Zharif.
“Doktor Zul dengar tak apa yang saya kata?”tanya jururawat itu sekali lagi
Zulfadhli tidak menjawab. Nafasnya turun naik dengan kencang.
“pesakit sudah diberi Diazepam, 2 miligram Lorazepam dan saya baru berikan dos yang kedua”tegas jururawat itu.
Zulfadhli masih tidak menjawab. Hanya melihat keadaan Zharif yang meronta-ronta dengan kuat.
“Doktor Zul, awak harus beritahu kami apa yang doktor mahu lakukan?”tanya jururawat itu lagi.
“ok. Ermm dia dah diberi Lorazepam?”tanya Zulfadhli
“4 miligrams dah”jawab jururawat yang lain
“dah panggil doktor Carldif dan doktor Zahid?”
Lorezepam tidak berkesan”jawab jururawat itu
Phenobarbital. Beri dia Phenobarbital”arah Zulfadhli
Pheno's in”kata jururawat selepas menyuntik cecair Phenobarbital.
“tak ada perubahan”kata jururawat itu.
“panggil doktor Carldif”arah Zulfadhli.
“saya dah buat tadi”kata jururawat itu.
“doktor Zul, awak seharusnya beritahu kami apa yang patut kami buat!”pinta jururawat tersebut.

'TETTT' ton mendatar

“jantung berhenti!”jerit jururawat itu.
Badan Zharif terkulai lemah tidak bergerak. Zulfadhli bertambah panik.
“Kod Biru!! Kod Biru!!”kata seorang jururawat lain.
“ambil crash cart”arah jururawat lain.
Jururawat itu menolak mesin crash cart ke dalam bilik Zharif. Zulfadhli mencapai pad pada mesin tersebut.
charge pads to 200”arah Zulfadhli.
charge. clear”jawab jururawat
Zulfadhli menekan pad tersebut ke dada Zharif. Zharif masih tidak bergerak dan bernafas.
“masih v-fib . Tiada kesan”
“19 saat”kata jururawat
charge lagi ke 300”arah Zulfadhli
tubuh Zharif masih tidak bergerak
“27 saat”
charge 360”arah Zulfadhli.
Badan Zharif masih kaku tidak bergerak. Zulfadhli menekan-nekan dada Zharif membantu Zharif bernafas.
“49 saat”
“dah 60 saat, doktor sepatutnya memberikan ubat yang lain”kata jururawat
charge lagi!”arah Zulfadhli
jururawat terkedu mendengar arahan Zulfadhli
Charge lagi!”arah Zulfadhli sambil memegang pad.
Jururawat itu menekan butang charge pada mesin tersebut.

'TET TET TET' ton mula bertukar.

“ada apa-apa perubahan?”tanya Zulfadhli
sinus rhythm”jawab jururawat
“tekanan darah kembali naik”kata jururawat yang lain
“tekanan kembali pulih”

Doktor Carldif berlari masuk ke dalam bilik.

What the hell happened?”tanya doktor Carldif
he had a seizure and his heart stopped”jelas Zulfadhli
seizure? You suppose to monitoring him!”kata doktor Carldif lalu memeriksa keadaan Zharif.
Zulfadhli hilang kata-kata.
i got him. Just.. just go!”marah doktor Carldif
Zulfadhli berjalan lemah keluar dari bilik Zharif dengan muka yang sedikit pucat. Doktor Zahid berlari ke bilik adiknya.

“kau dapat kecemasan, kau panggil aku segera. Bukan selepas 5 minit untuk kau datang. Itu adik aku! Adik aku!”tengking doktor Zahid ke arah Zulfadhli.

Zulfadhli berjalan lemah ke arah lift. Amran melihat rakannya.

“Zul! Zul!”panggil Amran.
Zulfadhli tidak menghiraukan Amran. Hanya berjalan menuju ke arah lift.

Doktor Zahid mendengar kata-kata doktor Carldif. Doktor Zahid memeriksa carta adiknya. Adriana menghampiri doktor Zahid. Begitu juga Amirah.

“doktor Zhaf ok ke?”tanya Adriana dalam sebak
“keadaan Zhaf tak berapa stabil. Kami terpaksa membawanya kebilik bedah sekarang”kata doktor Zahid.
“Ya Allah”Air mata Adriana mula bercucuran lebat. Amirah memeluk Adriana. Amirah menenangkan Adriana. Kekasih Amirah hanya memandang tajam ke arah Amirah.

Amran menahan pintu lift dari tertutup. Zulfadhli diam

“Awak ok ke?”tanya Amran
“saya nak bersendirian sekarang”jawab Zulfadhli
“ermm”
“tolong biarkan saya bersendirian”pinta Zulfadhli
pintu lift dilepaskan Amran. Amran hanya melihat Zulfadhli yang menundukkan mukanya.
Pintu lift tertutup.




-1.35PM-

Sufian dan Fakhri berlari ke arah Adriana dan yang lain di tempat menunggu. Amirah dan kekasihnya sedang duduk termenung. Adriana sedang mengesat airmatanya dalam sebak. Amran berdiri bila melihat Sufian dan Fakhri berlari ke arahnya.

“mana Zhaf?! Kenapa dengan Zhaf?!”tanya Sufian.
Adriana cuba menahan sebak
“Zhaf baru sahaja dibawa ke bilik pembedahan, Zhaf muntah darah dan mengalami sawan. Doktor segera membawa Zhaf ke bilik bedah”kata Adriana dalam linangan air mata.
“ap..apa??”Sufian terkejut dan tersandar didinding.
Tangan Sufian menekup mukanya.

'Ya Allah . Selamatkan Zharif!'

Amran merapati Fakhri.

“abang pergi mana?”tanya Amran
“abang dengan Paan tadi”jawab Fakhri
“oh”Amran mengerling ke arah Sufian yang sedang termenung.
“abang nak suruh Paan jumpa Zhaf sebelum Zhaf dibedah.”kata Fakhri.
“patutlah abang tak ada waktu makan tengahari tadi”kata Amran.
“abang tak rasa itu penting. Sebab Am kan makan bersama dengan Zul”perli Fakhri
“mana abang tahu?”
“abang nampak tadi. Abang tak nak gangu Am”
“sebab itu abang pergi cari Paan”kata Amran merenung tepat ke mata Fakhri
“ye demi kebaikan Paan dan Zhaf”balas Fakhri
“atau demi kebaikan abang?”kata Amran lalu berjalan meninggalkan Fakhri dan yang lain. Fakhri mengelengkan kepala lalu menunduk ke lantai mengenangkan sikap Amran.





-3.45PM-


Suasana dikawasan menunggu agak sunyi. Hanya bunyi dari rancangan televisyen yang memecah kesunyian. Setiap selang beberapa minit bunyi telefon dari station jururawat cuba meriuhkan suasana sunyi itu. Sufian hanya termenung jauh ke luar jendela. Fakhri duduk tidak jauh dari Sufian membaca majalah. Adriana mengelamun jauh.

Amirah berjalan merapati rakan-rakannya setelah menghantar kekasihnya pulang ke hotel. Tiada apa yang dibualkan mereka. Masing-masing melayan diri dan hanyut dalam dunia masing-masing. Pembedahan Zharif masih belum selesai.

Tiba-tiba telefon bimbit Adriana berdering. Adriana melihat nama Suaminya tertera di skrin telefon bimbitnya. Adriana berdiri lalu berjalan keluar. Amirah mengikuti Adriana. Sufian tidak memperdulikan Adriana dan Amirah. Sufian memejam matanya lama-lama. Sufian kemudian berdiri. Fakhri terkejut melihat Sufian berdiri.

“Paan”tegur Fakhri
Sufian menoleh ke arah laluan menuju ke bilik pembedahan. Kosong. Tiada sesiapa pun yang berada disitu. Sufian kemudiannya berjalan pergi meninggalkan Fakhri yang terpinga-pinga.
“Paan nak kemana?”tanya Fakhri.

Adriana menahan sebak. Telefon bimbitnya disimpan kedalam beg tangannya. Adriana menutup mukanya sambil menangis teresak-esak. Amirah mendekati Adriana lalu duduk disebelah Adriana. Bahu Adriana diusap-usap Amirah.

“kenapa menangis ni?”tanya Amirah
Adriana tidak menjawab malah mengeleng-gelengkan kepala.
“Ana, kenapa ni? Cuba cerita pada saya”kata Amirah
Adriana mengesat air matanya.
“suami saya nak datang ke sini. Suami saya nak bawa saya pulang ke Dubai”kata Adriana
“hmm ok. Pergi jelah dengan dia. Kenapa nak menangis pula?”tanya Amirah
“saya dan suami saya sudah lama bergaduh. Suami saya curang dengan saya. Saya sudah tidak tahan dengan semua ini.”kata Adriana dalam sebak
“oh. Habis tu awak janganlah ikut suami awak.”suruh Amirah
“tak..bukan macam tu.. susah saya nak ceritakan”kata Adriana
“cerita sahajalah. Saya dengar. Mungkin saya boleh beri pendapat untuk bantu awak”kata Amirah.
“sebenarnya ayah suami saya adalah pemegang saham yang terbesar dalam company bapa saya. Company ayah suami saya bergabung dengan company bapa saya ketika company bapa saya dilanda masalah ketika ekonomi negara kita meleset pada tahun 1998. suami saya dilantik sebagai ahli lembaga didalam company ayah saya dan mempunyai jumlah saham yang besar. Kini suami saya mengugut untuk membangkrapkan ayah saya jika saya tidak kembali kepadanya. Saya benar-benar tertekan sekarang!”cerita Adriana
“sabarlah Ana.”pujuk Amirah
“pasti ada cara untuk atasi masalah ini”kata Amirah
“jika dulu saya tidak berkahwin dengannya pasti segalanya baik-baik sahaja”kata Adriana
“jangan kata begitu, awak sendiri cakap hendak berubah. Hendak mempunyai keluarga sendiri. Sekarang awak dah milikinya, cuma awak harus cekal untuk terus berubah dan berada dilandasan yang betul”kata Amirah
“ye memang saya nak berubah. Saya ingat saya ketemu cinta sejati saya jika saya mengawini dia. Namun apa yang saya perolehi adalah harapan palsu”Adriana mengesat airmatanya lagi.
“ini semua dugaan Ana. Awak kene tabah menghadapinya. Jangan ingat jika awak sudah berubah hidup awak akan sempurna, tidak. Hidup awak akan sempurna jika awak tabah dan dapat tempuhi dugaan ini”pujuk Amirah
“entah mengapa jauh disudut hati saya masih menyimpan rasa terhadap awak”luah Adriana
“jangan Ana. Buang rasa itu. Matikan rasa itu. Cekalkan diri awak untuk berubah. Jangan kembali kedunia hitam itu semula”tegas Amirah.
“tapi.. tapi Amy.. saya”
“syhh dah jangan cakap begitu”kata Amirah lalu memeluk Adriana. Adriana memeluk bekas kekasihnya itu erat-erat dalam sebak. Air muka Amirah berubah hampa. Jiwanya sayu kerana jauh didalam hatinya masih tersimpan rasa cinta terhadap Adriana yang selama ini sudah lama disemadikannya.

Air dipili dibiarkan terbuka. Air mencurah deras kedalam sinki. Sufian mendongak sedikit kepalanya. Sufian melihat mukanya basah. Titisan air jernih berguguran dari muka dan dagunya. Sufian hanya melihat refleksi dirinya dicermin itu.tandas lelaki itu sepi. Tiada sesiapa pun disitu.

“Paan ok?”tanya Fakhri yang menghampiri Sufian.
“ok”jawab Sufian sepatah.
Fakhri mengusap bahu Sufian.
“aku tak boleh”kata Sufian
“tak boleh apa?”Fakhri pelik
“aku..dengan Zhaf. Aku tak boleh hanya sekadar kawan”kata Sufian.
“tapi Paan..”
“dia kekasih aku. Kekasih aku. Kenapa dia nak tinggalkan aku?!”Sufian sedikit berang
“sudahlah tu Paan. Kau juga yang cakap kau redha dia berubah. Kenapa dalam waktu-waktu begini kau boleh berubah fikiran pula”
“sebab aku cintakan dia Fakhri! Aku cintakan dia!”kata Sufian.
“kau kene belajar melepaskan cinta jika cinta itu bukanlah sebenarnya milik kau. Zharif bukan suka-suka untuk berubah. Tapi Zharif dah dapat hidayahNya. Zharif juga pasti mengalami rasa yang sama seperti kau. Tapi Zhaf kuat. Zhaf melawan rasa itu. Bukan senang nak singkirkan cinta dari kita. Cuba fikirkan keadaan Zhaf. Bagaimana sengsaranya dia menjauhkan diri dari kau. Dan kini dia tengah berjuang untuk hidupnya. Jika dia mampu mengawal dan membuang rasa cinta itu. Mengapa tidak kau?!”tegas Fakhri
Sufian terkedu. Sufian mengesat mukanya yang sedikit basah itu dengan tangannya.
“Paan. Cubalah kawal diri kau. Kau dah berjanji dengan Zhaf yang kau hanya kawan dia sahaja. Tidak lebih seperti dahulu”kata Fakhri.
“aku rindukan dia. Aku tak mampu untuk tampung rasa rindu ini. Aku hanya mampu untuk melihat dia tanpa menyentuh dan membelai dia seperti dulu lagi. Aku tak mampu untuk tahan lagi”kata Sufian.
“sudahlah tu.. bawa mengucap Paan. Ini semua dugaan”kata Fakhri lalu memeluk Sufian.
“aku tetap mencintai dia sampai bila-bila!”kata Sufian dalm esak duka.
“berhentilah dari mecintai dia Paan”pujuk Fakhri.
Sufian menatap wajah Fakhri. Muka Fakhri dibelainya. Bibir Fakhri disentuhnya. Fakhri bernafas laju.
“aku dah lama tak buat begini pada dia”kata Sufian
Sufian menarik leher Fakhri. Muka Sufian dirapatkan ke muka Fakhri. Bibir Sufian mula menyentuh bibir Fakhri. Sufian bercumbu dengan Fakhri semahu-mahunya. Fakhri turut membalas cumbuan Sufian serakus-rakusnya.

“dah!” kata Fakhri lalu menolak ke belakang badan Sufian.
Sufian terkejut. Fakhri menatap tajam mata Sufian.
“sila kawal diri kau!”kata Fakhri yang mulai berang.
“aku dah bosan dengan semua ini. Aku dah penat nak menaruh rasa pada kau lagi Paan. Jangan buat rasa yang termati itu hidup kembali! Aku dah serik untuk diperalatkan oleh kau!”marah Fakhri
“ma..maaf, aku tak sengaja”Sufian serba salah.
“jika hubungan kau dan Zhaf tak berjaya! Jangan nak rosakkan hubungan aku dengan Amran. Bagi aku hanya Amran sahaja yang layak terima cinta aku. Bukan kau! Jadi tolong jangan buat rasa yang ku pendam dan semadikan itu bangkit semula!”kata Fakhri lalu berjalan keluar dari tandas meninggalkan Sufian.





-7.14PM-


Azan Maghrib selesai berkumandang. Suasana dikawasan meunggu sedikit hambar. Hanya terdapat beberapa orang disitu selain kumpulan sahabat Zharif. Amran sudah terlena sejak Asar lagi disofa. Fakhri hanya memandang Sufian dengan penuh tanda tanya dan sedikit berang. Sufian pula seakan berat untuk melihat Fakhri. Adriana berdiri agak jauh dari mereka. Amirah termenung jauh.

Sesekali Adriana menoleh kearah Amirah yang hanyut dalam lamunannya. Kekasih Amirah sudah kembali ke hotel sejak Asar lagi. Kekasih Amirah ingin pulang berehat di hotel. Kekasih Amirah akan kembali semula selepas Isyak nanti untuk mengambil Amirah pulang.

Suasana dikawasan menunggu itu dipenuhi rasa yang berbaur. Kerisauan menjadi tungak utama selain disokong oleh rasa penyesalan, bersalah dan persoalan yang dialami setiap seorang. Sejak Zharif dikejarkan ke bilik bedah. Rasa kerisauan mereka mula disaluti dengan rasa lain sehingga waktu senja ini yang membuatkan rasa itu berbaur menjadi satu.

Pintu bilik bedah dibuka, doktor Zahid berjalan ke arah mereka. Sufian berdiri dan merapati doktor Zahid diekori yang lain. Muka Sufian dipenuhi kebimbingan. Adriana tidak dapat menahan sebak. Fakhri hanya memandang muka doktor Zahid yang tidak mengambarkan apa-apa perasaan.

“Doktor Carldif berjaya membuang kesemua tumor yang ada dan Zhaf sekarang berada di PACU dalam masa sejam.. dia ok. Dia baik-baik sahaja.”kata Doktor Zahid.
“Alhamdulillah”jawab Adriana sambil menitiskan airmata.
“betul ke bang dia selamat?”tanya Sufian dalam sebak
“ye Zharif selamat”jawab doktor Zahid lalu tersenyum
“bila saya boleh tengok dia bang?”tanya Sufian.
“sekejap lagi bila Zharif akan dipindahkan ke wad ICU”jawab doktor Zahid.
“baguslah. Lega saya sekarang. Tak sabar nak jumpa Zhaf”kata Adriana
“oh ye, tak boleh ramai yang datang lawat Zhaf di ICU nanti.”kata doktor Zahid.
“kalau begitu biar saya seorang jela. Yang lain boleh pulang. Nanti aku sampaikan salam korang semua kepada Zhaf bila dia sedar nanti k”kata Sufian
“oklah baguslah kalau begitu”jawab Amirah
“jadi, kami balik dulu la ye”kata Adriana
“ok”jawab Sufian
Fakhri hanya tersenyum kepada Sufian. Sufian seakan berat hati untuk membalas senyuman Fakhri.

Suasana dibilik ICU lebih sunyi berbanding dari wad biasa. Hanya bunyi dari beberapa mesin bantuan pernafasan dan mesin-mesin lain seakan berirama di bilik itu. Sufian merapati katil Zharif. Sufian menitiskan airmata melihat keadaan Zharif. Kepala Zharif berbalut. Dadanya dipenuhi wayar-wayar. Sufian merapatkan mulutnya ke telinga Zharif.

“Zhaf..”panggil Sufian
kelopak mata Zharif bergerak-gerak sedikit.
“Zhaf.. ni Paan ni”kata Sufian
“ermm emm”bibir Zharif seakan melekat untuk melontarkan kata-kata.
“Zhaf, Paan ada untuk Zhaf”kata Paan sambil air jernih membasahi pipinya.
“P..Pa..Paan”sebut Zharif tergagap-gagap
“ye ini Paan ni, Zhaf”kata Sufian dalam tangis gembira
“Paan.. ka..kawan Zhaf”kata Zharif dalam keadaan matanya masih tertutup.
“ye, ini Paan.. Paan kawan Zhaf”ucap Sufian dalam sayu.






~bersambung~

8 comments:

  1. huh baru nak ..baca dah abis ..hehehe
    tq khuzai...

    ReplyDelete
  2. Please.. cant wait for the next episode Khuzai....

    ReplyDelete
  3. pahal lain macam jer BG blog ni.cam cantek jer cam comey jer...
    manalah tuan rumah ni..masih tido agaknyer..

    ReplyDelete
  4. assalamulaikum khuzairi bagi acu sorotan time merupakan sesuatu yang menarik sekali memberi gambaran apa yang berlaku ha ha the flash back kita boleh lihat bagaimana watak -watak dalam novel ini hadapi konflik mereka .adriana dimana suaminya ingin memujuk nya balik dan saaat cemas zharif sebelum dibawa masuk ke bilik pembedahan .ingat tadi zharif dah meninggal he he kita lihat konflik paan dan fakhri danjuga akhirnya zharif berjaya di selamat kan he he jadi satu karya yang menarik penuh dengan dramanya ,acu will miss karya ini ingin melihat paan dan zharif bahagia tetapi zharif ingin berubah ,terus menulis jangan berhenti .memberi pembaca karya-karya ter baru yaang membawa pembaca menyelami drama ,konflik dan sedih gembira plot utama dan sub plot yang menjadi sebuah karya menarik .menarik pembaca inginterus dn terus membaca dan tertunggu -tunggu karya kuzhairi yang terbaru tau. .

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. best citer ni.. x sabar nak baca next episod.

    ReplyDelete