04 January 2014

Tentang Rasa -part 28 : Berubah Rasa -



Tentang Rasa -part 28 : Berubah Rasa -


Pintu rumah terbuka. Zulfadhli memetik suis lampu rumah. Keadaan dalam rumah menjadi terang. Zulfadhli menjenput Amran dan Fakhri untuk masuk ke dalam rumahnya. Amran dan Fakhri duduk di sebuah sofa empuk diruang tamu. Zulfadhli bergerak ke dapur.

“awak duduk seorang je?”tanya Amran
“ye”Zulfadhli berteriak dari dapur.
Fakhri hanya memandang Amran yang cukup teruja dengan kemewahan yang dimiliki Zulfadhli. Keadaan rumah sahaja sudah cukup membuktikan kehidupan Zulfadhli adalah mewah.
“jemput minum.”Zulfadhli menghidangkan dua gelas yang berisi air di hadapan Fakhri dan Amran.
“esok pukul berapa kau orang pergi hospital?”tanya Zulfadhli
Amran memandang Fakhri.
“dalam pukul 10 macam tu”jawab Fakhri.
“ok, esok saya keluar rumah awal. Jadi kunci rumah saya beri pada awak ye”kata Zulfadhli kepada Amran.
“ye baik.”jawab Amran sambil tersenyum.
“ini bilik kosong. Kau orang berdua boleh guna bilik itu.”beritahu Zulfadhli.
“ok”kata Fakhri.

Sufian membersihkan dirinya. Air yang keluar dari pancuran benar-benar sejuk. Sufian tidak menghidupkan pemanas air. Sufian lebih gemar mandi dalam keadaan begitu. Keadaan dimana airnya sejuk dan dingin. Pintu bilik air terbuka.

sorry abang lupa bagi tuala tadi”kata doktor Zahid yang meluru masuk kedalam bilik air dan meletakkan tuala di disinki.
“ok”jawab Sufian dalam keadaan terkejut sambil menutup kemaluannya dengan tapak tangan.

Abang Zharif kemudiannya keluar dari bilik air dan menutup pintu bilik air semula. Sufian benar-benar terkejut. Sedikit trauma bila melihat doktor Zahid meluru masuk dengan hanya berseluar pendek. Sufian sedikit risau jika doktor Zahid bersikap seperti abangnya.

Sufian berjalan keluar dari bilik air. Suasana diruang tamu sedikit suram. Cahaya lampu sedikit malap. Sunyi dan sepi. Sufian melangkah perlahan-lahan menuju ke biliknya. Langkah Sufian terhenti di pintu bilik abang Zharif. Entah mengapa tangan Sufian seakan nakal menolak daun pintu bilik tersebut.

Pintu yang rengang tidak berkunci itu tertolak sedikit. Sunyi, hanya kedengaran bunyi kipas syilin yang ligat berputar. Pintu bilik ditolak sedikit lagi. Jantung Sufian berdegup kencang. Bibir Sufian diketap. Bebola mata Sufian ligat memandang suasana kemas dalam bilik tersebut.

“Ya Allah, ku bermohon keampunan dari Mu Ya Allah. Kau berikanlah adikku kekuatan untuk mengharungi kesakitan ini. Janganlah Kau pisahkan roh dari jasadnya selagi tiada Iman dihatinya. Kau berilah adikku peluang untuk dia layak berdamping denganMu dalam kalangan yang beriman. Ya Allah, ampunilah dosaku kerana meletakkan adikku dalam keadaan ini. HambaMu ini bersalah dan berdosa pada diri dan adiknya. Cekalkan Iman ku dan adikku padamu Ya Allah..”

Sufian berjalan masuk ke dalam biliknya sambil mengesat airmatanya. Hati Sufian benar-benar pilu mendengar bait-bait ayat doa yang keluar dari mulut doktor Zahid ketika bersujud menadah tangan. Sufian merebahkan badannya di atas katil.

Amran terjaga dari lena. Amran menoleh ke arah kekasihnya. Fakhri sudah lama dibuai mimpi. Amran berjalan ke pintu bilik. Sebelum memulas tombol pintu, telinga Amran menangkap bunyian perbualan di luar biliknya. Perlahan. Tombol pintu dipulasnya perlahan-lahan.

“awak buat apa?”tanya Amran ketika melihat Zulfadhli sedang menonton tv di ruang tamu.
“oh, saya tengok video pembedahan. Esok saya akan sertai sekumpulan doktor pakar otak, untuk membuat pembedahan otak.”jawab Zulfadhli.
“oh bunyinya macam seronok”kata Amran lalu berjalan ke arah Zulfadhli.
“kawan awak dah tidur ke?”tanya Zulfadhli.
“ye, dia dah lama tidur.”
“kuat sangat ke bunyi video ini sampai buatkan awak terjaga?”tanya Zulfadhli
“tak lah. Saya terjaga sebab dahaga.”
“cubalah hot chocolate yang saya buat ni. Sedap tau”kata Zulfadhli
“ok”kata Amran sambil tersenyum lalu duduk disebelah Zulfadhli.
“sedap air ni.”kata Amran ketika mencuba minuman coklat panas yang dibuat Zulfadhli.
Tiba-tiba Zulfadhli menguncup bibir Amran. Tangan Zulfadhli memaut leher Amran. Amran menepis dan menolak badan Zulfadhli.

“jangan Zul. Tolong jangan buat saya macam ni”kata Amran
“saya masih sayangkan awak”kata Zulfadhli.
“tapi saya .. saya tak boleh”balas Amran
Zulfadhli melihat wajah Amran. Amran kelihatan kekok.
“oh. Dia teman lelaki awak kan? Lelaki yang sedang tidur di dalam bilik tu”
Amran memandang wajah hampa Zulfadhli
“saya bukan yang dulu. Saya dah berbeza. Ye saya dah berpunya”kata Amran
“tapi kenapa? Saya masih tertanya-tanya kenapa awak tidak boleh terima saya?”Zulfadhli binggung.
“cinta. Cinta itu tiada. Cinta awak tidak hadir pada saya”jawab Amran
“sebelum ini, kita bukannya tidak pernah tidur bersama. Malah awak juga sukakan saya..”
“saya lain pada waktu itu. Saya sukakan awak atas dasar layanan awak. Bukannya sebab cinta itu ada”
“saya dah beri segalanya pada awak dan saya mampu berikan segala yang awak inginkan. Begitu juga dengan cinta. Saya dah berikan cinta pada awak”
“tapi cinta itu tidak sampai. Cinta awak tidak sampai pada saya.”kata Amran lalu berlalu masuk ke dalam biliknya semula.


*                                       *                                    *


Tepat jam 7 pagi Zharif sudah bersedia menerima kunjugan doktor untuk merawatnya. Zharif menanti dengan penuh sabar. Zharif berjaga sejak selesai solat subuh lagi. Tombol pintu bilik dipulas. Zharif menoleh ke arah pintu tersebut.

“Assalammualaikum”tegur doktor Zahid.
“Waalaikumsalam bang”jawab Zharif sambil tersenyum.
Airmuka Zharif sedikit berubah bila melihat Sufian melangkah masuk ke dalam billiknya. Zharif menoleh ke arah abangnya. Abangnya hanya tersenyum.
“sebentar lagi beberapa doktor pakar akan masuk untuk terangkan kepada kamu mengenai pembedahan otak dan jenis rawatan susulan pada kamu nanti”kata Doktor Zahid.
“oh ok”jawab Zharif.
Sufian mendekati Zharif.
“Zhaf apa khabar?”tanya Sufian perlahan
“baik”jawab Zharif sepatah
“Zhaf pasti selamat dalam pembedahan nanti. Jangan risau k”kata Sufian lalu memegang tangan Zharif.
“ok”jawab Zharif lalu menarik tangannya dari gengaman Sufian.
Sufian sedikit tersentak. Zharif menoleh ke arah tingkap. Sufian tidak berkata apa-apa lagi.

Beberapa orang doktor kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik Zharif. Seorang doktor pakar membelek carta yang dibawanya. Sufian mengundur ke belakang.

“Zharif Adlan, 22 menghidapi metastatic melonama peringkat ke-4 sudah diberi rawatan chemo IL-2 sejak 2 minggu lepas dan telah pun menjalani pembedahan membuang mets di hati pada minggu lepas, dan keutamaan sekarang adalah untuk menetapkan lokasi sebenar mets di bahagian temporal lobe otak pesakit.”seorang doktor pelatih lelaki membentangkan kes.
“ye ini penting kerana kesannya boleh menyebabkan sakit kepala, sawan, dan halusinasi atau khayalan. Harap selepas doktor Carldiff pakar bedah neuro berjaya mengeluarkan tumor, delusi akan makin berkurangan dan hilang”sampuk Doktor Zahid.
“doktor, rasanya saya dah beritahu pada awak sebelum ini bahawa doktor tidak dibenarkan merawat ahli keluarga sendiri”tegas ketua doktor pembedahan
“ye saya faham. Saya cuma nak pastikan adik saya faham tentang itu dan saya terpaksa melakukan sendiri pembedahan membuang mets dihati adik saya kerana tiada doktor yang ada ketika itu, lagipun keadaan adik saya agak teruk pada masa itu. Jadi saya sendiri yang terpaksa membedahnya. Saya minta maaf jika perkara ini lambat dimaklumankan kepada tuan”jawab doktor Zahid. Ketua doktor pembedahan hanya memandang doktor Zahid tajam.
Seorang doktor wanita berjalan menghampiri Zharif.
“dalam masa beberapa minggu dari sekarang awak akan menghadapi beberapa pembedahan utama. Itu hanya untuk mets yang sudah dikenal pasti, dan pastinya kami akan menjumpainya lagi. Jadi ini bermakna kami akan melakukan banyak lagi pembedahan, rasanya awak sudah sedia maklum”tegas doktor wanita itu.
Zharif menganggukkan kepala dan cuba untuk tersenyum
“saya akan menjadi doktor yang menguruskan rawatan radiasi,chemotherapy dan immunotherapy. Rawatan akan agresif, awak mungkin derita jadi awak seharusnya bersedia. Saya akan memantau segala prosedur, termasuk pembedahan hari ini dengan doktor Carldif yang akan membedah otak awak petang nanti.”terang doktor wanita itu.
Zharif menganggukkan kepala lagi.

Kesemua doktor itu kemudiannya meninggalkan bilik Zharif, begitu juga dengan doktor Zahid. Sufian melihat kekasihnya termenung jauh. Suasana sedikit sunyi. Sufian ingin merapati kekasihnya lalu memeluknya, namun tubuh Sufian kaku. Kakinya dirasakan berat untuk diangkat dan mengatur langkah. Sufian hanya bersandar didinding bilik melihat Zharif yang sedang termenung itu.

Tidak lama kemudian Adriana berjalan masuk ke dalam bilik Zharif. Kehadiran Adriana mematikan lamunan jauh Zharif. Zharif tersenyum melihat kehadiran Adriana.

“Assalammuallaikum”sapa Adriana
“Waalaikumsalam”jawab Zharif.
“Zhaf ok? Doktor dah datang periksa?”tanya Adriana
“ok. Dia orang dah datang tadi.”jawab Zharif.
Adriana menoleh ke arah Sufian.
“Paan, sorry saya tak perasan tadi”kata Adriana.
Sufian hanya tersenyum. Adriana memandang Zharif semula. Zharif leka memandang keluar tingkap. Sufian pula hanya berdiri kaku agak jauh dari katil Zharif. Adriana berasa janggal.

“bila awak akan kembali ke Dubai?”tanya Zharif
“saya tak akan kembali ke sana lagi.”jawab Adriana
why?”tanya Zharif
“... ermm”berat mulut Adriana untuk menuturkan kata-kata.
“saya dah berpisah dengan suami saya”jawab Adriana sambil cuba untuk tersenyum.
“bi.. bila? Dan bagaimana?”tanya Zharif seakan tidak percaya.
“panjang ceritanya.”jawab Adriana.
“Ana, kenapa perkara ini boleh berlaku?”soal Zharif.
“dia curang dengan saya. Bukan sekali, malah berkali-kali. Saya dah puas menahan derita dengannya. Akhirnya saya ambil kata putus untuk meminta cerai dari dia”kata Adriana yang mula sebak.
“tak sangka dia lelaki yang tak guna!”marah Zharif.
“tapi Ana, pasti ada jalan terbaik untuk selesaikan hal ini”sampuk Sufian.
Zharif menjeling. Ana memandang Sufian.
“penceraian bukan satu-satunya cara disini. Cuba Ana beri dia peluang”kata Sufian.
“peluang apa lagi?, dia dah curang banyak kali. Ana sepatutnya tinggalkan dia!”tegas Zharif.
Sufian merapati Adriana
“ye itu memang betul. Tapi kena bersabar untuk yang terbaik... Ana, dengarlah cakap saya ni. Cuba bagi dia peluang yang terakhir.”kata Sufian dalam nada memujuk
“Ana. Saya tak rasa itu cadangan yang bagus. Ini soal kebahagian. Ana dah tak bahagia dengan dia. Ana kene berpisah dengan dia. Dia dah curang pada awak Ana. Bukan sekali tapi banyak kali. Sepatutnya Ana tak patut beri peluang pada dia sebab bukan sekali sahaja dia curang pada Ana. Tapi banyak kali! ”Zharif menegaskan kata-katanya.
“Ana dah pergi kaunseling? Pasti ada cara untuk membantu. Ingat Allah tidak suka pada penceraian”kata Sufian.
“saya.. saya tak tahu..”kata Adriana
“Ye awak tahu. Bercerai je Ana. Jangan bersuamikan lelaki yang durjana tu, kalau tak dia akan ulangi perbuatannya lagi. Saya percaya dia akan curang lagi nanti”kata Zharif.
“Zhaf, bercerai bukan cara untuk menyelamatkan perkahwinan!”kata Sufian
“perkahwinan Ana dan dia sudah hancur. Saya tak nak Ana terseksa bersama dengan lelaki itu! Ingat Ana, dia dah curang banyak kali. Bukan sekali. Tapi banyak kali. Ana sepatutnya tinggalkan lelaki itu!”tegas Zharif
“kenapa awak jadi begini?apa awak nak lihat rumah tangga Ana hancur?”tanya Sufian
Zharif tidak menjawab hanya mengerling matanya ke arah tingkap. Airmuka Sufian berubah.
“oh.. saya tahu apa tujuan awak”kata Sufian sinis.
“ermm apa dia Paan?”sampuk Adriana
“Zharif nak Ana senasib dengannya. Zhaf nak Ana tinggalkan suami Ana seperti mana Zhaf tinggalkan saya dulu!”kata Sufian lalu berlalu keluar dari bilik Zharif.
Adriana terpinga. Zharif masih setia memandang ke arah tingkap dengan muka kebencian.

Sufian duduk termenung di bangku yang terdapat dikawasan menunggu. Rancangan temu bual di tv langsung tidak diendahkannya. Jauh benar Sufian mengelamun hingga tidak menyedari kehadiran sepasang kekasih berjalan merapatinya.

“Paan, dah boleh lawat Zhaf ke?”tanya Amirah
Sufian hanya kaku membisu.
“Paan!”Amirah menepuk bahu Sufian.
“huh?! Oh hai Amy..”Sufian terkejut
“kau menungkan apa? Buat apa kat sini? Tak jenguk Zhaf ke?”tanya Amirah
“aku tengok tv.”jawab Sufian
“belum boleh jenguk Zhaf ke?”tanya Amirah
“dah boleh dah”jawab Sufian
“habis tu kau buat apa kat sini? Kenapa tak jenguk Zhaf?”
“ermm.. kau pergilah dulu. Kejap lagi aku masuk. Aku nak tengok cerita ini dulu”jawab Sufian
“ermm k”Amirah hairan
Amirah memberi beg tangan kepada kekasihnya.
“mama duduk sini dulu. Pa pergi toilet kejap.”kata Amirah
kekasihnya tersenyum.
“awak Paan kan?”tanya kekasih Amirah
“ye, kenapa?”soal Sufian kembali
“tak ada apa.. cuma harap awak bersabarlah, kekasih awak pasti akan ok”kata kekasih Amirah
“ye, terima kasih”jawab Sufian tersenyum kelat.
“Paan, awak dengan Amy dah kawan lama kan?”
“ye”
“begitu juga dengan Adriana kan?”
Sufian menganggukkan kepala.
“Amy pernah bercinta dengan Adriana kan?”
“ye, kenapa?”
“adakah dia orang masih bercinta lagi?”tanya kekasih Amirah
“ermm tak. Dah putus. Ana dah kahwin”
“ye saya tahu. Tapi sejak kebelakangan ini, Amy nampak macam lain.. bukan apa, Amy masih layan saya dengan baik. Cuma layanan Amy bukan macam yang dulu-dulu”
Sufian terus mendengar.
“sejak Adriana kembali, Amy seolah cuba untuk setia dengan saya. Dia cuba untuk saya rasa tidak diketepikan dan tidak hilang rasa kasih itu. Namun saya menyedarinya, saya nampak sangat yang Amy sedang mencuba.. dan saya rasa saya seolah-olah memaksa dia untuk cuba setia dengan saya”kekasih Amirah cuba tersenyum. Sufian hanya memandang perempuan itu.
“saya tak tahu jika Amirah sebenarnya sudah melupakan Ana”kata kekasih Amirah
Sufian hilang kata-kata untuk membalas perbualan kekasih Amirah itu.
“ok dah jom”kata Amirah sambil berjalan ke arah mereka.
“Paan. Are u coming?”tanya Amirah
“kau orang pergi dulu. Nanti aku datang”jawab Sufian.

Sufian memandang ke arah doktor Zahid yang berdiri tidak jauh darinya. Doktor Zahid sedang berbual dengan doktor pakar neuro. Sufian hanya memerhatikan wajah doktor Zahid yang serius. Tiada senyuman. Tidak lama kemudian doktor pakar neuro itu meninggalkan doktor Zahid. Sufian berjalan ke arah doktor Zahid.

“abang bualkan apa tadi dengan doktor tu? Fasal Zharif ke?”tanya Sufian
“ye.”jawab doktor Zahid sepatah
“tentang apa tu?”tanya Sufian lagi
“tentang pembedahan Zhaf”kata doktor Zahid
airmuka Sufian sedikit berubah
“doktor tu boleh ke bedah Zhaf? Pembedahan tu pasti berjaya kan?”
Doktor Zahid memandang Sufian.
“kita doakan yang terbaik untuk Zhaf agar segalanya selamat”kata doktor Zahid lalu berjalan pergi.
Sufian sedikit muram.


*                                             *                                         *


Sufian berdiri tidak jauh dari bilik Zharif. Kelihatan Zharif gembira berbual dengan Adriana dan rakan yang lain. Fakhri dan Amran juga berada didalam. Sufian tidak ingin masuk ke dalam bilik tersebut dan mengangu mood Zharif. Biarlah Zharif diberi masa untuk berbual mesra dengan rakan-rakannya sebelum Zharif diusung masuk kedalam bilik pembedahan.

Tidak lama kemudian Adriana berjalan keluar dari bilik Zharif diikuti Amirah dan kekasih Amirah. Adriana merapati Sufian.

“Paan kami nak pergi lunch ni, jom lunch sama”perlawa Adriana
“tak pela, kau orang pergi dulu”kata Sufian.
“Paan, jomlah. Kau jangan risau fasal Zharif tu. Dah jom makan”kata Amirah
“ok”kata Sufian ketika melihat Fakhri dan Zharif sedang berbual-bual.

Amran berdiri dari kerusi selepas membaca sms yang diterimanya dari Zulfadhli.

“abang tak nak pergi makan ke?”tanya Amran
“abang belum lapar lagi”kata Fakhri.
“oh yeke”balas Amran.
“kalau Am lapar, Am pergilah makan dulu. Nanti abang datang”kata Fakhri.
“ok, kalau macam tu Am pergi dulu”kata Amran lalu berjalan keluar.
Zharif hanya memandang Amran berjalan keluar dari bilik.
“dah berapa lama kau dengan budak tu bersama?”tanya Zharif
“dah lebih 5 bulan”jawab Fakhri
feeling kau pada Paan macam mana?”tanya Zharif
Fakhri tersentak.
“Paan hanya untuk kau. Bukan untukku”jawab Fakhri
“aku bukannya boleh bersama dia selepas ni.”kata Zharif
“Zhaf, kau tau tak apa yang kau buat sekarang ni adalah salah!”kata Fakhri.
Zharif menoleh ke tempat lain
“cara kau ni salah. Layanan kau pada Paan tu salah. Aku tau kau nak berhenti dari terus hidup dalam dunia yang sama seperti aku, tapi Paan tau ke tak? Cara kau ni salah la Zhaf. Kalau kau nak berhenti, kau jujur jela pada Paan. Bukannya menipu Paan. Kau seksa Paan begitu teruk sekali. Kau sedar tak?”
Zharif menatap tajam mata Fakhri.
“Zhaf, sudahla tu. Jangan buat Paan macam ni. Kau suka ke tengok Paan jadi macam tu?”tanya Fakhri
“bukan aku suka buat macam tu. Tapi aku terpaksa.”jawab Zharif
“tak. Kau bukan terpaksa tapi sebenarnya kau memaksa. Kau memaksa diri kau untuk benci pada orang yang kau sayang! Orang yang kau cinta!”tegas Fakhri
Zharif terkedu
“aku nak tanya kau Zhaf, kau yakin ke tak penyakit kau ni akan sembuh?”tanya Fakhri
Zharif terdiam.
“jika aku berada ditempat kau Zhaf. Aku akan berhenti dari buat orang benci pada aku. Sebaliknya aku ingin buatkan orang sekelilingku gembira. Sekiranya aku pergi nanti, aku tau aku tinggalkan semua orang dalam keadaan mereka bahagia ketika bersamaku”kata Fakhri.
Zharif termenung jauh.

Sufian mengunyah roti yang dibelinya tadi. Amirah dan kekasihnya duduk disebelah Sufian. Manakala Adriana pula sedang menikmati mee sup di hadapan Sufian. Sufian terpandang ke arah Amran dan seorang doktor pelatih sedang makan di meja yang tidak begitu jauh dari mejanya.

“mana Fakhri? Dia tak makan sekali?”tanya Sufian
brother tu tengah bersembang dengan Zhaf waktu kita orang keluar”jawab Amirah
Sufian masih memerhatikan gelagat dua pemuda itu.
“kejap lagi Zhaf akan menjalani pembedahan”Adriana bersuara
Sufian masih leka memandang ke arah Amran dan Zulfadhli
“Paan tak nak jumpa Zhaf ke?”tanya Adriana.
Sufian berhenti mengunyah. Sufian menelan roti yang dikunyahnya. Sufian menatap wajah Adriana.
“kan tadi dah jumpa”jawab Sufian
“lepas ni pergilah jumpa lagi sebelum Zhaf masuk bilik bedah”kata Adriana.
“tengoklah nanti”Sufian berdiri lalu pergi sambil membawa air minumannya.
Adriana terkedu. Amirah hairan melihat mood Sufian.

Fakhri berjalan ke arah Sufian yang sedang merokok dihujung bangunan orthopedic. Sufian tidak menyedari bahawa Fakhri semakin hampir dengannya.

“kau buat apa kat sini?”tanya Fakhri
Sufian sedikit terkejut.
“tak ade apa”cakap Sufian.
“tak nak jenguk Zhaf ke? Kejap lagi Zhaf dah nak dibedah”kata Fakhri.
Sufian terdiam. Hujung rokok berbara galak bila Sufian menyedut asap rokok tersebut.
“kau jangan risau, Zhaf akan selamat. Tapi seeloknya kau kena lah jenguk dia sebelum dia dibedah”kata Fakhri.
“dia ada tanya fasal aku?”tanya Sufian
Fakhri keliru
“aku nampak kau dengan dia berborak tadi. Dia ada tak tanya atau cakap apa-apa mengenai aku?”soal Sufian.
Fakhri terdiam tidak menjawab.
“buat apa aku nak jumpa dia lagi kalau dia tak nak jumpa aku. Sejak aku dan dia berpisah, dia anggap aku ni macam tak wujud”kata Sufian
“dia bukan sengaja buat kau macam tu”kata Fakhri
“ye dia sengaja, dia yang nak menjauhkan diri dari aku. Dia tak nak bersama dengan aku lagi. Dan aku tau apa tujuan dia buat macam tu”
Fakhri memandang wajah Sufian dalam-dalam.
“dia nak berubah. Dia nak berhenti dari berterusan begini.”kata Sufian
“dari mana kau tahu?”pintas Fakhri
“dari abang Zhaf sendiri. Abang dia dah beritahu aku segalanya. Dan ye, aku redha. Aku terima jika itu kehendak dia. Tapi janganlah sampai buang aku. Dia tak sepatutnya buat begitu. Jika aku bukan kekasihnya lagi. Aku boleh sahaja jadi kawannya.”tegas Sufian.
“aku rasa baik kau beritahu dia tentang ini. Jika tidak selamanya dia tidak akan tahu keadaan yang sebenar. Aku pasti dia akan terima untuk berkawan dengan kau”kata Fakhri.
“dia tak akan faham.”
“kau kena cuba. Yang penting kau beritahu hal ini. Dia nak terima atau tidak, tu belakang kira”kata Fakhri.
Sufian memandang wajah Fakhri. Fakhri tersenyum.

Fakhri berjalan beriringan dengan Sufian menuju ke bilik Zharif. Setelah diyakinkan Fakhri, akhirnya Sufian yakin untuk berjumpa dengan kekasihnya atau kini lebih kepada kawan sahaja. Sufian ingin Zharif menerimanya sebagai rakan. Sufian akan berjanji untuk menyokong perubahan Zharif ke arah kebaikan itu.

“mana Zhaf?”tanya Sufian ketika melihat seorang jururawat sedang mengemas katil Zharif.
“pesakit ni sudah dibawa ke bilik bedah”jawab jururawat tersebut ketika menukar sarung bantal yang mempunyai kesan dan tompokan darah.

Sufian dan Fakhri berlari ke arah Adriana dan yang lain di tempat menunggu. Amirah dan kekasihnya sedang duduk termenung. Adriana sedang mengesat airmatanya dalam sebak. Amran berdiri bila melihat Sufian dan Fakhri berlari ke arahnya.

“mana Zhaf?! Kenapa dengan Zhaf?!”tanya Sufian.
Adriana cuba menahan sebak
“Zhaf baru sahaja dibawa ke bilik pembedahan, Zhaf muntah darah dan mengalami sawan tadi. Doktor segera membawa Zhaf ke bilik bedah”kata Adriana dalam linangan air mata.
“ap..apa??”Sufian terkejut dan tersandar didinding.
Tangan Sufian menekup mukanya.

'Ya Allah . Selamatkan Zharif!'



-bersambung-



p/s : SELAMAT TAHUN BARU BUAT PENGUNJUNG BLOG SAYA. TQVM FOR UR SUPPORT 

19 comments:

  1. khuzairi.....thank you for the update! Selamat Tahun Baru 2014

    ReplyDelete
  2. hmmmm bro lma x update blog... slmt thn bru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry bro mood tu x lambat sampai .. sebab tu idea menulis tu x leh elaborate secara menyeluruh.. slmt thn bru gak bro..

      Delete
  3. assalamulaikum khuzairi acu tak kisah berapa lama yang khuzairi mengambil masa yang lama untuk menulis sambungan cerita tentang rasa .mungkin khuzairi sibuk dengan kerja dan kadaang -kaadang tu tidak ada mood hendak menulis . acu kagum dengan khuzairi dapat menulis mengenai penyakit yang di hadapi oleh zharif metastatic melonama satu penyakit cancer ,khuzairi membuat satu reseach yang begitu detail mengenai penyakit ini mengenai symptom bagi penyakit ini in detail sekali .sehingga pembaca dapat hayati apa yang dirasakan dan dilalui oleh zharif seolah -olah nya berlaku di depan mata pembaca, dan kita dapat lihat bagaimana grup medical student atau resident doctor atau pelatih kedoktoran membincangkan mengenai penyakit yang zharif hadapi dan pembedahan yang akan di hadapi oleh zharif ,mungkin khuzairi ada pengalaman keluarga yang menghadapi penyakit seperti yang di alami oleh zharif tu ,ini menambah ilmu pengetahuan kepada pembaca -pembaca dan menjadi jalan cerita lagi menarik . dan pembaca tertunggu -tunggu apa yang berlaku kepada zharif .dan apabila kit hadapi cancer banyak prosi dure yang kita lalui dengan chemo dan radioteraapi le .kalaulah chemo rambut mungkin gugur dan ada kalanya selera makan tiada .apa -apa pembedahan di otak ada risiko dier .mungkin operasi tu berjaya atau meninggal duni .itu semua kerja allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mmg mood itu susah nak ada.. sebab part2 seterusnya barkaitan fakta medic yg agak bosan utk dikaji sebenarnye hehehehe.. ye utk penyakit zharif ni byk kajian yg aku lakukan.. sebab nak tunjukkan keukuhan fakta tentang penyakit cancer zharif ini.. dan ye psl present dari intern dan resident doctor tu mmg ianya berlaku depan mata aku dulu.. ketika melawat pakcik sakit..intern dan resident akan present case dan resident akan pilih intern utk memantau pesakit. so part2 akan dtg masih blur lagi.. KEMUNGKINAN watak zharif akan ditamatkan.. lagipon cerita ini bakal tamat tak lama lagi..

      Delete
  4. hehe khuzai...ko memang terbaik..mana ko tau semua pasal otak neoro bagai tu..ko doktor ke? cara penulisan ko ni ..seolah olah membawa aku sekali kedalam situasi ini.

    eh khuzai ..kalo ko lambat lambat update lagi ,,aku sumpah ko jd katak hehehehe...boleh? hehehe...eh kalo jd katak nanti lagilah tak ber update ...tak jadi lah ..:)

    apa apa pun..TQ kerna update...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha janganlah sumpah jadi katak .. tp ko sumpah katak tu jadi razif dah ar.. mlm ni tetibe aku rindu kat mamat tu hahahaha

      act pasal medic ni aku ada wat resezrch la.. xkan nak main sumbat je ayat2 biasa.. kene ada fakta.. sebab tu sejak dari part 26 hingga part ini aku post lmbt.. sebab nak kaji penyakit melanoma si zharif ni..

      btw welcome back as abg jangut .. dulu asyik komen jadi anonymous je hehe

      Delete
  5. koo memang ...aku jd anon ko x layan..bila ku jadi abg janggut baru ko layan.
    Razif....katak hrmmm hahahhaa..maknanya ko nak jadi putera katak yang cium katak erk?
    cinta lama mestilah rindu ..hehhee khuzai khuzai...
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe aku skrg ngah sibuk menulis cerita baru bagi mengantikan cite tentang rasa yg bakal tamat tak lama lg.. selain tu aku ada gak nak wat siri baru novel urutan cinta 2.. dan beberapa cerpen mcm cerpen budak kilang tu.. so plan dlm tahun ni aku akan release bout 1 full novel, 4 cerpen dan novel yg disiarkan secara bersiri

      Delete
    2. hehehe best best... aku akan jd penunggu di blog ko..pasti berhantu hehehehe...
      hohoho urutan cinta 2 ..bila? x sabar nak baca...

      Delete
  6. sisis gelap ko sambunglah khuzai...orite?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti aku sambung.. tu pun lepas dpt perkenan dari sidia itu huhu

      Delete
  7. Khuzai, sy tetap setia menanti perkembangan cerita2 yg anda karang. Semoga saudara dipenuhi dgn idea2 yg menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab sudi tunggu .. ye saya harap juga otak sy ni sentiasa dipenuhi idea1 yg menarik agar dapat saya zahirkan idea itu kedalam karya saya supaya anda puas ati membacanya

      Delete
  8. kenapa tak buku kan novel yang khuzairi tulis..... sebab penulisan khuzairi sangat menarik..... saya rasa mesti akan dapat sambutan hangat nanti...... ape-ape pon.... good luck untuk penulisan seterusnya...... tak sabar nak tunggu...... terasa lambat sangat update.... masalah kedua tak boleh bukak blog ni guna phone.... huhuhu..... ada nasib baru boleh tengok...... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya terfikir juga untuk jilidkan karya2 saya, namun sukar sedikit untuk karya bertemakan songsang ini untuk diterima orang ramai nanti.. jadi saya setakat menulis diblog sahaja.. saya gembira anda menyukai karya saya..
      try link ini:
      www.setitidakwatpena.blogspot.com.au
      www.setitikdakwatpena.blogspot.co.uk

      Delete
    2. Haha.... baru bleh bkk gune phone... thanks khuzairi.... sblom ni terpakse connect kn wifi gune komputer.... malas tol nk on komputer.... skrg tak pening.... thanks khuzai....

      Delete
    3. biasalah, link yang lama sudah diblock.. dulu sy pun susah nak masuk blog ini sebab link tersebut tiba-tiba berubah.. tu yg masuk guna link lain.. cuma tambah .au atau tukarkan ke co.uk je..dh leh masuk kalo guna .com xley masuk..huhu

      Delete