15 November 2013

Tentang Rasa -part 27: Tentang Hakikat-




Tentang Rasa : Tentang Hakikat


Doktor Zahid berjalan ke arah Sufian yang duduk di sebuah bangku tidak jauh dari kaunter jururawat. Adriana dan lain-lain turut ada disitu. Masing-masing melihat Doktor Zahid berjalan ke arahnya. Adriana merapati Doktor Zahid.

“Zhaf baru sahaja sedar. Zhaf masih lemah dan belum bersedia untuk berjumpa dengan sesiapa lagi”kata doktor Zahid lalu menoleh ke arah Sufian.
“doktor, tapi keadaan Zhaf baik-baik sahaja kan?”tanya Adriana
“ye buat masa sekarang”jawab doktor Zahid
“bagaimana dengan pembedahan?bila pembedahan akan dijalankan lagi?”tanya Amirah
“esok petang”jawab doktor Zahid
“saya rasa baik awak semula pulang dulu dan datang semula esok. Mungkin esok keadaan Zhaf akan baik dan bersedia untuk menerima kunjungan kalian”kata doktor Zahid.
“baiklah kalau begitu. Sampaikan salam saya pada Zhaf ye doktor”kata Adriana lalu mencapai beg tangannya.
“baik. Ermm Paan. Saya nak berjumpa awak sekejap”kata doktor Zahid.
Sufian berdiri.

Fakhri melihat Sufian dan doktor Zahid berbual. Amran berjalan meninggalkan Fakhri. Fakhri masih memandang Sufian. Amran menoleh kebelakang. Hatinya sedikit terguris melihat kekasihnya seolah-olah tidak langsung menyedari kehadirannya sejak Sufian kembali hadir dalam hidupnya.

Cahaya mentari mula terbenam. Hari senja mula merangkak malam. Amran duduk di pembahagi jalan dikawasan meletak kenderaan tidak jauh dari kereta Fakhri. Amran termenung jauh mengenangkan kembali peristiwa tadi.

“Am buat apa disini?”tanya Fakhri yang menghampirinya.
Amran tidak menjawab
“Am, abang tanya ni kenapa duduk kat sini?”tanya Fakhri lalu duduk disebelahnya.
Amran berdiri.
“jom balik”kata Amran
“balik mana?”Fakhri hairan
“balik rumahlah”cakap Amran lemah
“tapi Paan ada kat dalam lagi. Lagipun abang rasa kita check-in hotel jelah. Esok Zhaf ada surgery. Tak akan nak balik kampung hari ni, kita tunggulah sampai Zhaf habis surgery ”kata Fakhri mendongak melihat kekasihnya.
“untuk apa? Oh nak tunggu Zhaf mati nanti abang senanglah terus bawa Paan balik kampung dan duduk bersama dengan dia. Bercouple dengan dia”kata Amran
“Astaghfirullah.. cukuplah tu Am”
“ye memang cukup bang. Hari ini sahaja dah terlalu cukup bagi saya lalui semua ini. Abang sebenarnya masih cintakan Paan. Abang tak usah nak nafikannya lagi bang. Saya tahu, sedangkan Paan sendiri dah cakap macam tu tadi. Abang memang syok kat dia sampai mengharap yang kekasih dia akan mati supaya tiada siapa lagi nak menghalang abang untuk miliki dia!”tegas Amran
“cukup! Abang dah banyak bersabar dengan perkara ini. Cuba faham. Cuba fikir guna akal tu sejenak. Untuk apa kita lafazkan cinta kita kalau abang ada perasaan pada Paan lagi!”
“bukan kita, tapi saya. Saya yang lafazkan rasa cinta itu pada abang! Abang hanya menerima saya sahaja.”
“jangan nak rumitkan keadaan lagi. Abang dah janji pada Zhaf yang abang tak akan beritahu pada Paan tentang penyakit dia. Itu semua hanya perjanjian sahaja. Tak ada maksud lain”
“kalau benar, mengapa abang masih nak berada disini lagi? Benda sudah terbongkar. Biarlah mereka berdua yang hadapinya. Mengapa abang masih disini lagi?”
“Zharif itu kawan abang. Dia juga pekerja abang. Abang juga ambil berat pada dia, terutamanya dalam keadaan sekarang ni”
“ambil berat pada Zhaf atau Paan sebenarnya?”tanya Amran sambil memandang Fakhri.
“apa sebenarnya maksud Amran ini? Apa yang sebenarnya Amran cuba sampaikan pada abang?”
tanya Fakhri lalu berdiri.
“saya cintakan abang. Saya nak bersama dengan abang.”kata Amran
“abang ada disini Am. Abang berdiri betul-betul depan mata Am”kata Fakhri
“tak. Tak.. Abang dah tak bersama dengan saya. Ini, badan Abang ini. Ye saya ada. Tapi hati abang. Hati abang tiada dengan saya lagi”kata Amran lalu berjalan pergi.
Fakhri tergamam.

Amirah duduk berseorangan di bangku. Amirah menoleh ke arah Adriana yang berjalan menghampirinya.

“mana awek awak?”tanya Adriana.
“dia pergi tandas”jawab Amirah
“oh. ok. Ermm awak nak singah mana-mana ke sebelum balik?”tanya Adriana
“errmm tak kot. Terus balik dan kemas barang”jawab Amirah
“kemas barang?”Adriana pelik
“ye. Kemas barang. Kami akan bermalam di tempat lain”cakap Amirah
“kenapa?”Adriana tidak mengerti
Amirah hanya memandang Adriana
“ok dah siap”kata kekasih Amirah yang berjalan di belakang Adriana
“kami gerak dulu.”kata Amirah lalu berjalan berpimpinan tangan dengan kekasihnya.
Adriana hanya memandang pasangan kekasih itu meninggalkannya.

Sufian mengikut doktor Zahid berjalan ke penjuru bangunan. Doktor Zahid berhenti disitu.

“hal apa yang abang nak cakapkan?”tanya Sufian
“sebenarnya..”
“ini tentang Zhaf ke? Zhaf ok kan? Tolong jangan cakap Zhaf tak akan pulih”pintas Sufian
“tak..bukan.. tapi berkaitan dengan Zhaf..dan kamu”kata doktor Zahid.
“tentang..kami berdua?”Sufian sedikit kabur
“ye. Tapi sebelum tu, selepas ini kamu nak pergi mana? Visiting hour dah habis ni”kata doktor Zahid.
“ermm saya kena tanya kawan saya dulu.”
“macam ni. Kalau kamu tak ada tempat untuk bermalam, kamu boleh tidur di rumah saya”kata doktor Zahid.
“baik. Saya pergi tanya kawan saya dulu nanti saya cari abang semula ok”
“ok”kata doktor Zahid sambil tersenyum
“tapi tadi abang cakap sesuatu tentang Zhaf dan saya”
“kamu pergi jumpa kawan kamu dulu. Nanti cari saya semula dan kita akan berbual tentang itu”
“oo..ok”kata Sufian

Amran berjalan perlahan ke mesin layan diri untuk membeli minuman. Ketika duit syiling dimasukkan ke mesin itu. Seorang lelaki berjalan menghampiri Amran. Lelaki itu terus memeluk Amran.

“Am!”lelaki itu memeluk Amran.
Amran memusingkan badannya melihat lelaki itu.
“eh Zul”kata Amran ketika melihat lelaki yang cukup dikenalinya itu.
“tak sangka boleh jumpa awak disini. Awak buat apa disini?”tanya Zulfadhli.
“temankan kawan saya”balas Amran.
“kawan awak sakit ke?”tanya Zulfadhli
“tak. Bukan. Kawan kepada kawan saya yang sakit. Ada kat hospital.awak pula buat apa disini?”tanya Amran ketika mengambil tin minuman yang keluar dari bawah mesin.
“saya doktor pelatih disini.”kata Zulfadhli
“doktor pelatih?”
“dulu kan saya belajar jurusan perubatan di Universiti yang kita sama-sama belajar. Sekarang ni saya jadi pelatih disini. Nanti saya akan jadi doktor pula”kata Zulfadhli.
“wah baguslah. Nanti kalau saya sakit saya cari awaklah doktor Zulfadhli hehe”puji Amran.
“hehe awak ni, saya lambat lagi lah nak jadi doktor.habis awak sekarang buat apa?”kata Zulfadhli
“saya tak ada buat apa-apa, cuma tunggu surat praktikal.”
“oh. Habis tu awak duduk dirumah sahaja sekarang?”
“eh tak lah. Saya buat kerja sambilan”
“kerja apa?”tanya Zulfadhli
“jual burger”jawab Amran
“burger?”

Fakhri cuba menghidupkan telefon bimbitnya. Namun gagal. Skrin telefon bimbit masih hitam. Fakhri berjalan sekeliling hospital mencari Amran. Fakhri bersalah kerana mengabaikan Amran sejak kebelakangan ini. Baru Fakhri sedar, perhatiannya selama ini dilebihkan pada Sufian dan bukannya pada kekasihnya.

Fakhri sebenarnya tidak dapat mengawal diri. Sejak Sufian kembali kesisinya, Fakhri lebih memberi perhatian kepada Sufian. Walaupun Fakhri sudah berpasangan dengan Amran dan Sufian sendiri sudah menolak cintanya berkali-kali, namun Fakhri masih menaruh rasa pada Sufian. Kerana hanya Sufian sahaja yang benar-benar berada dihatinya.

bro”panggil Sufian ketika melihat Fakhri sedang berjalan tanpa tuju.
“Paan.”jawab Fakhri.
“mana pakwe kau?”tanya Sufian. Fakhri sedikit kecewa.
“dia pergi toilet. Kenapa?”tanya Fakhri kembali.
“aku rasa aku stay kat sini. Lagipun abang Zhaf ajak aku tidur dirumah dia malam ni”kata Sufian
“oh yeke.”
“ye. So, aku rasa aku tak ikut kau orang kalau kau orang balik.”
“oh”Fakhri hampa
“tapi..kalau kau orang nak ikut aku tidur rumah abang Zhaf,aku akan tanya abang Zhaf. Maybe dia boleh tumpangkan kau orang juga”kata Sufian.
“tak .. tak perlu. Aku dan Amran ada tempat sendiri”kata Fakhri.
“ermm. Ok kalau macam tu, aku pergi dulu. Aku nak jumpa abang Zhaf semula.”kata Sufian
“ok.. ermm Paan. Maaf sebab hal tadi.”kata Fakhri
“.. kalau boleh aku nak lupakan hal tadi. Aku malas nak fikir lagi. Dan kalau boleh kau pun sama. Aku pekerja kau. Aku boleh jadi kawan kau. Tapi aku tak boleh jadi kekasih kau. Aku harap kau faham tentang itu”tegas Sufian lalu berlalu pergi.
Fakhri terkedu.


*                            *                                 *


Cahaya mentari sudah lama terbenam diufuk barat. Doktor Zahid berjalan masuk kedalam bilik Zharif. Zharif kelihatan termenung diluar tingkap. Zharif memandang abangnya yang duduk disisi katil. Doktor Zahid mencapai carta pada meja di hujung katil Zharif. Doktor Zahid meneliti carta tersebut.

“dia dah balik?”Zharif bersuara. Suaranya agak garau.
“belum.”jawab doktor Zahid lalu meletakkan carta tersebut ditempatnya semula.
Zharif mengalihkan pandangannya ke luar tingkap semula. Permandangan malam yang gelap itu ditatap Zharif.
“dia akan tidur dirumah abang malam ni”kata doktor Zahid.
“untuk apa?”tanya Zharif yang masih melihat ke luar tingkap.
Doktor zahid mengeluh sedikit.
“kenapa kamu tak jelaskan keadaan yang sebenar pada dia?”tanya doktor Zahid
“keadaan saya? Tentang keadaan saya sekarang?..untuk apa?”Zharif bertanya lalu memandang abangnya.
“kenapa kamu tak beritahu pada Paan tentang penyakit yang kamu tanggung sekarang ni?”
Zharif memandang abangnya dalam-dalam. Doktor Zahid juga begitu.
“Paan seorang yang baik. Terlalu baik sebenarnya.. Paan mengambil berat tentang saya. Tentang orang yang dicintainya. Jika saya beritahu dia tentang keadaan saya.. pasti 24 jam sehari, 7 hari seminggu dia akan berada bersama dengan saya. Menjaga saya. Mencurahkan kasih sayang dia pada saya. Memang itu yang saya perlukan dari seorang kekasih. Namun..”Zharif terhenti. Zharif mengambil nafas dalam-dalam. Matanya mula berair. Doktor Zahid hanya melihat adiknya.
“saya nak berubah bang. Saya nak jadi macam abang. Berada di landasan yang sebetulnya..”
“tapi Zhaf. Abang bukannya sempurna untuk dijadikan ikutan”pintas doktor Zahid.
“cukup sempurna untuk berada dilandasan yang betul itu sudah mencukupi. Kehidupan saya ini, yang sekarang ini tidak boleh dijamin. Apa yang saya perlukan sekarang adalah masa untuk kembali ke landasan yang betul.tapi..”Zharif menahan sebak. Airmatanya mula mengalir perlahan-lahan.
“tapi saya kesuntukan masa. Saya tiada masa untuk kembali ke jalan itu. Ke landasan itu. Sekarang ini segalanya menjadi semakin rumit bila dia kembali kepada saya. Saya tak mampu untuk melawannya. Saya tak mampu untuk melawan rasa cinta Paan pada saya. Saya cuba untuk lari dari itu. Tapi sekarang.. cinta itu kembali.. saya ..”Zharif teresak-esak menangis.
“sudahlah tu Zhaf. Kamu jangan sedih-sedih. Kamu perlukan banyak tenaga untuk pembedahan esok. Abang tak mahu kamu bersedih lagi. Kamu kena kuat. Kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini.”doktor Zahid memberi kata-kata perangsang pada adiknya.
“abang yang patut dipersalahkan. Abang yang bertanggungjawab atas semua ini. Abang orang yang pertama meletakkan kamu berada dalam keadaan sekarang ini. Jika abang tidak”
“tak!. Sudah bang. Jangan nak difikirkan lagi hal yang lepas. Segalanya sudah terjadi. Ini bukan salah abang. Jangan pernah anggap segala yang terjadi pada saya ini adalah kesalahan abang.”tegas Zharif.

Amirah dibantu kekasihnya membawa dan mengangkat bagasi ke dalam kereta. Kekasih Amirah menyusun beberapa beg pakaian itu di belakang tempat duduk belakang kereta. Amirah berjalan masuk ek dalam rumah mendapatkan Adriana. Amirah mahu mengucapkan terima kasih atas kesudian menumpangkan Amirah dan kekasihnya untuk tinggal dirumahnya sejak Zharif dimasukkan ke hospital.

“abang jangan cakap begitu pada Ana. Ana tak lama disini. Ana harap abang faham tentang situasi yang Ana hadapi sekarang. Ana pulang ke Malaysia adalah untuk melawat kawan Ana yang sakit... Jangan nak tuduh Ana buat yang bukan-bukan....tak perlu.. Ana yang abang persalahkan sekarang ni?.. oh.. ye.. ye.. tak.. abang ingat Ana tak tahu perkara yang sebenarnya?.. jangan nak pura-pura lah bang..”
Amirah berdiri kaku diluar pintu bilik mendengar perbualan Ana dengan seseorang ditelefon.
“abang yang berlaku curang pada Ana.. Ana tahu. Dan Ana ambil keputusan untuk tinggal disini. Tolong jangan gangu hidup Ana lagi. Selama ini Ana senyap. Sebab tugas Ana untuk taat pada suaminya. Tapi hal ini sudah berlarutan. Ana sudah tidak boleh tahan lagi.. Ceraikan Ana!!”Tegas Adriana lalu melemparkan telefon bimbitnya. Adriana mencapai beberapa helai tisu lalu mengesat air matanya.
Pintu bilik diketuk. Adriana membuka pintu biliknya.

“ye, kenapa Amy?”tanya Adriana
“tak ada apa. Maaf kalau mengangu..”
“tak adalah. Awak tak gangu pun”
“saya nak ucapkan terima kasih sebab beri kami menumpang disini selama ni. Kami dah nak gerak ni.”kata Amirah
“oh”muka Adriana sedikit suram.
“oh ok.. saya temankan awak ke pintu.”kata Adriana.

Kereta Amirah bergerak meninggalkan perkarangan rumah Adriana. Adriana melihat kereta Amirah semakin hilang dikegelapan malam. Adriana mengesat air matanya. Sementara itu, di dalam kereta Amirah kelihatan muram. Walaupun kekasihnya seakan riang berbual dengannya, tapi Amirah hanya memikirkan keadaan Adriana. Amirah pasti Adriana baru sahaja bertengkar dengan suaminya di telefon tadi.

Dari jauh Fakhri melihat Amran sedang berbual bersama seorang lelaki yang tidak dikenali Fakhri. Amran kelihatan begitu seronok berbual dengan lelaki yang berpakaian lengkap doktor. Dua lelaki itu tidak sedar diperhatikan oleh Fakhri dari jauh. Fakhri berjalan menghampiri Amran dan lelaki itu.

“serius saya katakan, yang saya tak sangka boleh jumpa awak lagi”kata Zul
“saya pun. Ingatkan lepas..”Amran terhenti berkata bila melihat Fakhri menghampirinya.
Fakhri tersenyum melihat Zulfadhli seakan terkejut melihatnya. Zulfadhli dan Amran berdiri.
“Zul, ini kawan saya. Abang Fakhri”perkenal Amran.
“Zul.”Zulfadhli tersenyum ketika berjabat tangan dengan Fakhri
“Zul ni kawan lama saya kat universiti dulu”kata Amran
Fakhri tersenyum melihat jejaka yang tidak kurang kacak itu.
“dah ok ke?”tanya Amran
“ok?”Fakhri pelik
“abang dah jumpa kawan abang ke? Dia ok ke?”Amran cuba tersenyum
“oh..oh dia.. dia ok.. esok abang datang jumpa dia lagi”kata Fakhri
“ok. Baguslah kalau macam tu.”
“boleh kita pergi?”tanya Fakhri. Zulfadhli memandang Amran.
“nak check-in kat mana?”tanya Amran
“nanti kita cari lah kat mana-mana yang dekat dengan hospital ni”kata Fakhri.
“ermm kenapa kau orang nak check-in hotel?”sampuk Zulfadhli
“kami datang dari jauh. Nak balik rumah macam jauh. Lagipun esok abang Fakhri ni nak jenguk kawan dia semula sebab tu kami ingat nak chek-in hotel”kata Amran.
“rasanya lagi elok kalau tumpang tidur dirumah saya. Rumah saya pun hanya beberapa blok dari sini.”usul Zulfadhli.
“oh yeke?”Amran teruja
“ye, kalau nak boleh je. Tapi kena tunggu saya habis kerja dulu lah.”kata Zulfadhli.
“boleh je.. boleh kan bang?”Amran memandang Fakhri
Fakhri mengangukkan kepala.
“tapi tak menyusahkan ke?”tanya Amran
“tak ada lah.”jawab Zulfadhli
keluli Zulfadhli berbunyi.
“ermm oklah saya kena jumpa pesakit saya dahulu. Nanti saya cari kamu bila dah habis kerja k”
“kita orang tunggu kat lobi main entrance hospital nanti.”kata Amran.
“ok”kata Zulfadhli berlalu pergi
Fakhri melihat wajah Amran yang berubah ceria berbanding tadi yang muram setelah berjumpa dengan kawan lamanya.

Sufian mendapatkan doktor Zahid yang sedang berbual-bual dengan seorang jururawat di kaunter jururawat. Sufian menanti dibelakang doktor Zahid sehingga doktor Zahid selesai berbual dengan jururawat tersebut.

so macam mana?”tanya doktor Zahid
“saya dah cakap dengan kawan saya. Dia tak kisah kalau saya tidur dirumah abang pada malam ini.”kata Sufian
“yeke, baguslah kalau macam tu”kata doktor Zahid
“ermm abang, sebelum kita pergi, boleh saya tengok Zhaf sebentar?”pinta Sufian
“ok boleh. Tapi tengok dari luar bilik sahaja ye”kata doktor Zahid
“baik bang”Sufian menganggukkan kepala.

Sufian dan doktor Zahid melangkah ke wad Zharif. Setibanya di luar wad. Sufian dapat melihat Zharif sedang diperiksa oleh seorang doktor wanita. Sufian hanya memandang wajah Zharif yang kelihatan sedikit lesu.

“doktor itu sedang memeriksa keadaan Zharif selepas diberi chemo IL-2”ujar doktor Zahid.
Sufian mengangukkan kepala.
“jangan risau. Zhaf kuat. Zhaf pasti berjaya melawan kanser ini”tambah doktor Zahid sambil menepuk bahu belakang Sufian.

Suasana diluar hospital sedikit dingin. Angin sekali-sekala bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tidak terlalu dingin tapi cukup nyaman. Tiada pengunjung atau sesiapa yang berada dikawasan itu. Fakhri berjalan dibelakang Amran. Mengikuti langkah Amran dan akhirnya berhenti disebuah bangku. Fakhri duduk disebelah Amran.

“betul ke sayang tak nak check-in hotel?”tanya Fakhri
“tak perlu sebab kita tumpang tidur dirumah kawan saya”jawab Amran
Fakhri memandang muka Amran. Amran menoleh ke tempat lain.
“maafkan abang.”cakap Fakhri
Amran senyap.
“abang minta maaf sangat-sangat. Abang tak patut buat Am begini”kata Fakhri perlahan.
Amran senyap.
“abang sedar sekarang. Abang abaikan cinta dari Am. Abang tak patut buat begini pada Am. Am sayangkan abang sepenuh hati Am. Tapi abang pula.. dalam diam masih mengharap pada cinta lama.”luah Fakhri
Amran terkilan.
“bila segalanya berlaku depan mata bang,malah depan mata kekasih abang sendiri barulah abang sedar yang sebenarnya abang menaruh hati pada orang yang salah. Abang taruh perasaan abang pada orang yang tak patut abang buat begitu. Akhirnya segalanya baru jelas..abang minta maaf.. ”
“saya terlalu kecewa untuk terima hakikat ini bang. Orang yang saya sayang dan cintai sepenuh hati saya ini rupa-rupanya dalam diam masih menaruh harapan pada cinta lamanya. Kenapa abang katakan 'ya' bila saya ingin menjadi kekasih abang. Mengapa abang biarkan cinta ini ada dalam hati saya jika abang sendiri mencintai orang lain”
“tapi itu dulu sayang. Itu dulu. Abang tak sedar. Abang bersalah kerana membiarkan rasa cinta lama kembali mengalir. Walaupun hakikatnya cinta itu tidak berhak untuk abang miliki. Abang minta maaf kerana membiarkan cinta itu kembali. Abang minta maaf.. sekarang baru abang sedar dan abang harap abang tak terlambat untuk gapai kembali cinta dari Am”
“jika ia sudah terlambat?”Amran menoleh ke arah Fakhri.
Fakhri tergamam. Air mata Fakhri tidak lagi dapat dibendung.
“Am..kembalikanlah cinta itu kepada abang. Abang merayu. Ikhlas setulus hatinya ini mengharapkan agar cinta Am kembali untuk abang milikinya semula.”rayu Fakhri.
“berat hati ini untuk kembali pada abang. Amat berat sekali bang. Memikirkan abang mempermainkan cinta yang saya beri pada abang... itu, lelaki tadi. Dia bukan hanya sekadar rakan biasa. Sewaktu di Universiti dulu, dia pernah meluahkan perasaan dia pada saya. Namun saya abaikan dia. Sebab dalam waktu itu saya sedang bercinta dengan lelaki lain. Tapi saya ditinggalkan lelaki itu sebab lelaki itu dalam diam ada hubungan dengan lelaki lain. Dan kali ini abang pula. Kenapa perkara begini berlaku lagi kepada saya?”Amran sebak.
“abang merayu pada Am. Jangan fikirkan tentang itu lagi. Abang kembali pada Am untuk baiki hubungan kita. Untuk kita bersama kembali. Dan percayalah cakap abang. Abang tak akan menguris hati Am lagi”Fakhri memegang tangan Amran.
Amran memandang mata Fakhri yang berair itu. Jelas terpancar cahaya keikhlasan hati Fakhri dari mata itu.
“susah saya nak padamkan keraguan pada abang.. tapi saya akan cuba, jika ini yang terbaik buat saya..buat kita berdua.”kata Amran lalu mengesat air mata Fakhri.


*                                   *                              *


Doktor Zahid menolak daun pintu apartmentnya. Suasana agak suram dan sunyi. Hanya cahaya dari lampu meja yang menerangi kawasan dalam apartment itu. Sufian berjalan masuk mengikuti doktor Zahid. Setelah suis lampu utama dipetik, suasana rumah itu menjadi terang.

“saya ingat abang duduk dengan keluarga abang”kata Sufian
“ye, tapi isteri dan anak saya tiada disini untuk 2 minggu. Mereka pergi bercuti.”kata doktor Zahid.
“oh yeke”
“Paan boleh tidur di bilik ini.”kata doktor Zahid ketika membuka pintu sebuah bilik.
“ini bilik siapa?”tanya Sufian
“Bilik ini bilik tetamu.”jawab doktor Zahid.
“oh. Baik. Ermm abang”
“ye?”
“tadi masa di hospital abang ada cakap yang abang nak beritahu tentang sesuatu yang berkaitan fasal Zhaf dan saya, apa dia?”tanya Sufian
“oh.. ermm kamu pergilah mandi dulu, lepas mandi nanti kita cakap fasal itu”
“tak pe bang. Saya mandi lepas kita cakap tentang itu”kata Sufian
doktor Zahid memandang Sufian. Doktor Zahid berjalan ke arah Sufian lalu duduk di sofa. Sufian turut sama duduk disebelah doktor Zahid.
“sebenarnya sudah lama Zhaf merancang untuk meninggalkan kamu. Bukan sebab kejadian kamu bercium dengan lelaki lain..”
“huh?!”Sufian terkejut
“ye, saya tahu fasal itu. Sufian sudah beritahu pada saya dulu”
Sufian menundukkan mukanya.
“sejak Zhaf disahkan menghidapi penyakit ini. Zhaf sudah bertekad untuk menjauhkan dirinya dari kamu. Zhaf ingin kembali ke pangkal jalan. Zhaf ingin berubah kembali menjadi lelaki yang sepatutnya bernaluri lelaki sejati. Maksud abang, Zhaf ingin berubah dan tidak mahu berada didalam dunia songsang... Namun Zhaf tidak mampu. Zhaf terlalu mencintai kamu. Zhaf tidak sangup berpisah dengan kamu. Tapi Zhaf takut. Jika dibiarkan berlarutan, Zhaf pasti tidak berjaya kembali ke pangkal jalan..”
Sufian hanya termenung mendengar kata-kata abang Zharif.
“sebab itu sudah lama Zhaf mencuba untuk menjauhkan dirinya dari kamu. Zhaf pernah cerita yang kamu dan dia pernah berpisah buat seketika. Namun Zhaf bagaikan orang gila bila menjauhkan diri dari kamu. Maka Zhaf kembali kepada kamu semula. Dalam masa itu sakit Zhaf sudah merebak ke tempat lain didalam badannya. Saya memujuk dia untuk melakukan pembedahan namun Zhaf menolak..”
Sufian tidak menyampuk, hanya mendengar apa yang dicakapkan doktor Zahid.
“kemudian ketika Zhaf leka bersama dengan kamu. Zhaf mula berhalusinasi. Zhaf mula nampak benda yang tak wujud. Waktu itu penyakit Zhaf sudah merebak ke bahagian otaknya yang mengawal daya imaginasinya. Zhaf selalu cakap dengan saya, ketika dia bersolat dia tenang kerana ada 'budak' yang menemaninya. Malah Zhaf bilang, budak itulah yang selalu menemaninya membaca surah Yasin.. budak itu akan datang pada Zhaf sambil membawa senaskah surah Yasin. Zhaf mengangap itu adalah perkara nromal baginya, Zhaf fikir itu adalah pertolongan dari-Nya untuk kembali ke pangkal jalan. Namun hakikatnya, tumor itu sudah merebak ke bahagian otaknya..”
“budak?”sampuk Sufian.
“ye budak. Zhaf pernah beritahu ke?”
“ermm tak pasti tapi, Zhaf ada cakap dahulu seorang budak lelaki ini ada memulangkan jam tangannya.. dan kemudian saya tengok wajah Zhaf ketika itu sayu dan..Zhaf menangis”kata Sufian
“ye, saya percaya itu budak yang sama. Sebab itu Zhaf menjauhkan dirinya dari kamu. Zhaf selalu cakap, Zhaf rasakan dirinya kejam sangat menipu kamu. Tidak beritahu perkara yang sebenarnya. Zhaf selalu bersolat dan berdoa dalam diam. Zhaf senyap-senyap akan ke masjid atau surau untuk bersolat agar kamu tidak tahu. Agar kamu tidak terasa jika Zhaf berbuat begitu. Zhaf begitu mengambil berat tentang kamu. Namun Zhaf juga tidak sanggup untuk melukai kamu jika kamu rasa terkilan tentang perubahan Zhaf ini.”
Airmata Sufian mula mengalir.
“saya salah bang. Saya betul-betul menyesal mempunyai perasaan negatif pada Zhaf. Saya tak sangka Zhaf seorang yang begitu mulia hingga sanggup.. saya malu bang. Saya pentingkan diri saya sendiri. Saya pentingkan diri hingga membuatkan Zhaf itu hanya milik saya yang mutlak. Padahal Zhaf itu dimiliki oleh-Nya”Sufian menekup mukanya.
“kalau benar kamu menyanyangi Zhaf. Relakan Zhaf kembali ke fitrah sebenar.”kata doktor Zahid.
“...kalau itu yang terbaik buatnya. Biarlah saya bersahabat dengan Zhaf. Saya tidak layak untuk menjadi lebih dari seorang sahabat buat Zhaf.”
“baguslah kalau kamu dah faham sekarang dan merelakannya.”
“terima kasih bang sebab beritahu saya semua ini.”
“abang hanya jalankan tanggungjawab abang sahaja”kata doktor Zahid
“beruntung Zhaf ada seorang abang yang begitu baik pada adiknya. Zhaf beruntung sangat. Tidak seperti saya, abang sendiri yang menjahankan adik kandungnya”kata Sufian
doktor Zahid sedikit tersentap.
“tapi bila difikirkan semula, Zharif sebenarnya lebih bertuah jika tidak memilik abang seperti saya”kata doktor Zahid.
“kenapa abang berkata begitu pula?”Sufian hairan
doktor Zahid menarik nafas panjang.
“sebab abang lah punca Zhaf menjadi begini. Abang yang menjadi punca Zhaf memiliki nafsu sejenis”
Sufian terkejut. Sufian memandang tepat muka doktor Zahid itu.
“ta.tapi.. Zhaf dulu pernah cakap, yang punca dia menjadi begini adalah disebabkan oleh guru tuisyen yang mengambil kesempatan ketika mengajar Zhaf..”
doktor Zahid mengelengkan kepala seakan tidak percaya cerita Sufian..
“Zhaf betul-betul mulia hingga sanggup menjaga keaiban abang kandung yang pernah menodainya dahulu. Zhaf memang seorang yang baik”puji doktor Zahid.

Sufian terlopong mendengar kata-kata doktor Zahid. Sufian kelu untuk bersuara. Sufian mati akal untuk berfikir lagi. Ini merupakan sesuatu hakikat yang sungguh tidak disangkanya.




-bersambung-


p/s: maaflah kalau lambat post cite ni.. tapi aku post bagi panjang sikit.. harap korang tak bosanlah kalau membacanya ye hehehe harap2 masih ada lah lagi yang membaca cerita ini

10 comments:

  1. Khuzairi....terima kasih sebab updatedkan cerita terkini. Tapi jangan la lama sangat untuk cerita berikutnya....hehehe...anyway big thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab sudi tunggu dana baca cerita ini.. maaflah sebab tunggu lama.. sekarang ni sibuk sikit taip cerita terbaru.. hehehe thanx again

      Delete
  2. please...... cpt update part strusnyer...... dh xleh tahan tggu lame2 mcm nie.......

    ReplyDelete
  3. Khuzairi, this is my first tyme commenting on your blog... but I cant stop myself from visiting this page everyday... every single words in this blog represent its own values... and thanks alot coz this blog always make my day brighter... looking forward to read the next chapter of the story... thanks Khuzairi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm sebab sudi jenguk blog sy ni.. dan sudi membaca segala karya2 saya.. saya hargainya sangat2.. thanx sebab komen.. tqvm

      Delete
  4. assalamulaikum banyak sungguh konflik dan pengajaran dari cerita ini .konlik -konflik inilah yang membuat cerita ini bertambah lagi menarik dan pembaca tertunggu -tunggu cerita seterus .mari kita lihat konflik pertama amran dan fakhri kita lihat arman terasa diri nya tersisih dan tidak di hargai oleh fakhri , fakhri masih sayang kan paaan dan akhir nya fakhri terpaksa beralah kerana dier tahu dier tak akan dapat cinta paan .akhir nya fakhri terpaksa mengaku dia mengabaikan amran ,arman pula telah di temui dengan kekasih nya semasa di u .kita akan tahu samada amran akan memilih fakhri atau kekasih nya di u he he .satu pengoban yang harus dibuat oleh arman dan fakhri akan merana kalaulah arman bukan pilih dier.kita tahu bahwa amran sangat sayang dan cintakan fakhri sepenuhnya ..konflik yang keduanya pula iaitu adriana dan suami nya suami adriana telah berlaku curang dengan dier main kayu tiga telah di dengar oleh amriah bekas kekasih nya ,ana telah mengambil keputusan untuk tinggal di malaysia ,adakah adriana memaaafkan suami tu dan kembali kepada suami nyaitu . konlif dirizharif sendiri dimana dirinya masih sayang kan paan teramat sangat dan dier juga ingin berubah ,dan dari apa yang dier bersembang dengan abang dier .abang dier kata paan sangat baik dan mengambil berat detang zharif .konflik diantara zharif dan abang dier baru kita tahu yang membawa zharif ke dunia gay ini adalah abang nya sendiri the doctor telah meliwat dier ,zharif tak pernah cerita tentang ini kepada sesiapa pandai dier cover aib abang dire.kita lihat bertapa besar dan murninya hati zharif ini .dier kate guru tyusien meliwat dier .dan akhir sekali konflik paan dan zharif dimana kita lihat kalaulah zharif beritahu paan dier tahu paan akan menjaga di bersungguh hati dan 24 -7 dan paaan akan sayang dier walaupun dier ada penyakit cancer bertapa berat hati dier untuk memberitahu paan tapi dier terus senyap .dier tahu paan seorang yang bertanggung jjawanb menjaga dier . nak lihat kesemua konflik ini bagaimana kesudahan .ada saya pernah ucapan dahalu yang zharif mesti ada cancer he he kan he he siapa saya khuzairi tahu walaupun anonymous kan he he khuzairi dapat tangkap dari penulisan saye ,biarlah saya anonymous he he .terlupa pula pengajaran nya hidup penuh dengan banyak pengorbanan dan ujian dari yang maha esa,kita mesti redha denganya ,

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru khuzai..
    kenapa lama sangat x update dah setahun aku tunggui...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru.. sorry tak de masa nak jenguk blog ni.. lagipun kebelakngan ni mood menulis tu tak datang.. so sebab tu la lambat post.. so sory

      Delete
  6. Khuzai... mana lah engkau... lama sangat ko tak update ni... ko BZ sangat ker? Boring arr..xda bacaan terbaru dari engko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bz tu biasa lah.. so sorry k dh lama x update..
      part 28 tentang rasa dah kuar.. so silakanlah membaca dan mengomen mana yg patut huhu tq

      Delete