07 October 2013

Tentang Rasa -part 26: Beritahu-



Tentang Rasa - part 26: Beritahu -


“kenapa aku boleh tak perasan yang dia ada kanser? Kenapa aku tak nampak?”Sufian bercakap seorang diri di tempat duduk belakang kereta.
Amran dan Fakhri saling pandang antara satu sama lain.
“kenapa Zhaf tak beritahu aku sebelum ni? Kenapa?”Sufian tidak keruan
“Paan. Sabarlah.”kata Fakhri
“sabar? Tak, aku tak perlu sabar. Aku cuma perlu pastikan Zhaf baik, dan aku nak minta kemaafan pada dia dan tebus kesilapan aku dan..dan aku dengan dia akan terus bersama. Itu yang patut aku buat sekarang. Kau bawa laju sikit tak?”pinta Sufian
“ok, tapi jalan jammed ni”kata Fakhri
“aku tahu, tapi kau boleh je pandu lagi laju. Kau kan mat rempit dulu sudah tentu kau boleh pandu kereta lagi laju”desak Sufian
“kalau kau sangup bayar saman”sampuk Amran
“Am..”tegur Fakhri
“aku tahu kau nak cepat sampai, nak minta maaf pada bf kau sebelum dia mati”
“Am!”Fakhri mencelah
“kau nak hubungan kau orang kembali baik semula selepas kau curang pada dia. Tapi kau patut tahu juga, dalam kereta ni ada lagi dua nyawa. Kalau aku ditempat kau aku akan lebih berfikiran rasional, iaitu hilang satu nyawa adalah lebih baik dari hilang dua nyawa dan satu lagi nyawa termasuk diri sendiri disebabkan tindakan bodoh dengan berlaku curang pada kekasih sendiri!”tegas Amran
“Amran!”tengking Fakhri
“tak! Dia betul.. aku yang salah, aku tak patut curang dengan bf aku. Kalau tak,perkara begini tak akan berlaku.”
Fakhri memandang Sufian dari cermin pandang belakang. Sufian mengesat airmatanya.
“kalau aku tak curang,aku dah bersama dengan dia untuk hadapi kesakitan dia hadapi sekarang”bisik Sufian perlahan dalam sebak.

Setibanya di hospital, Sufian berjalan laju menuju ke lift. Setiba di pintu lift Sufian terhenti dari melangkah. Tubuhnya kaku. Kakinya seolah digam ke lantai. Sufian teringat kembali mimpinya pada malam itu.

“Paan, kenapa ni?”tanya Fakhri
“tak de apa”jawab Sufian
“kau ok ke? Jomlah pergi”ajak Fakhri.

Sufian melangkah masuk ke dalam lift. Badannya sedikit mengeletar menahan sebak. Jantungnya berdegup pantas sejak di rumah Hadi lagi. Matanya masih belum kering dari linangan air mata. Fakhri merapati tubuh Sufian. Fakhri memeluk bahu Sufian. Amran hanya berpeluk tubuh. Wajah Amran mencuka.

“TINNGG!” pintu lift terbuka. Sufian melangkah laju ke meja jururawat.

nurse, boleh saya tahu dimana bilik pesakit Zharif Adlan? Erm Muhammad Zharif Adlan bin Ahmad Idrus?”tanya Sufian kepada seorang jururawat wanita yang sedang duduk di meja kaunter jururawat.

“Paan??!”sapa seorang perempuan yang berdiri tidak jauh dari meja jururawat
“Ana?”Sufian hairan melihat Adriana berada disini.

“jadi selama ni you tahu dia sakit, you tahu dia menderita tapi you tak beritahu I?!”Sufian bengang
“Paan.. I..”Adriana hilang penjelasan
“kenapa Ana? Kenapa you tak beritahu I?! You nak biarkan dia hadapi ni seorang diri? Tanpa ada sokongan dari I,kenapa?”Sufian berang
“Paan tolong bertenang..”
“tak! I tak boleh bertenang. Tambah lagi waktu-waktu begini! Bila kawan I tikam belakang I. Sembunyikan perkara sebenar tentang keadaan orang yang I sayang!”Sufian menahan kemarahan.
“hey, saya ada belikan kopi untuk awak”Amirah tiba-tiba muncul dibelakang Sufian bersama seorang perempuan yang merupakan kekasihnya.
Adriana menutup mukanya dengan tangan kiri. Sufian menoleh ke arah Amirah. Amirah tergamam.
oh..this is great..both of you!.huh!.. I wanna go see Zhaf!”Sufian melangkah pergi.
Seorang lelaki menghampiri Sufian dan menahan badannya.
“awak Sufian?”tanya lelaki itu
“ye..kenapa?”tanya Sufian
“saya doktor Zahid, abang Zharif.”kata Doktor Zahid lalu menghulurkan tangan untuk berjabat.

*                          *                                  * 

Sufian mengikut Doktor Zahid berjalan menuju ke kamar adiknya. Zharif. Setiba diluar kamar. Doktor tersebut berhenti. Sejenak Sufian melihat Zharif terlantar diatas katil,airmatanya gugur. Sufian tidak dapat membendung air matanya lagi. Adriana dan Amirah memandang sayu kawannya itu. Fakhri juga begitu.

Doktor Zahid menepuk-nepuk bahu Sufian supaya bertenang. Sufian mengesat airmatanya.

“Apa sebenarnya sakit Zharif doktor?”tanya Sufian
“Zhaf sebenarnya menghidapi metastatic melanoma iaitu barah kulit tahap ke-4 yang sudah merebak ke otak,hati dan kulit. Zhaf telah menjalani pembedahan membuang kanser di bahagian hatinya. Selepas ini mungkin Zhaf akan dibedah untuk membuang tumor dibahagian otaknya. Zhaf sedang dirawat dengan IL-2 sejenis chemo berdos tinggi untuk membuang kanser yang masih ada. Jangan risau, dengan rawatan ini Insha-Allah Zhaf akan sembuh sepenuhnya berdasarkan faktor usianya yang masih muda.”terang Doktor Zahid.
“bila Zhaf akan sembuh?”tanya Sufian.
“jika segalanya berjalan lancar, kanser itu akan hilang dalam masa 5 tahun”jawab Doktor Zahid
“boleh saya jumpa dia?”tanya Sufian
“Zhaf sedang berehat sekarang. Dia masih lagi lemah. Bila dia sedar nanti saya akan benarkan awak untuk jumpa dia”kata Doktor Zahid
“baik.. terima kasih doktor”kata Sufian.
“sama-sama” jawab Doktor Zahid lalu berjalan pergi.
Adriana merapati Sufian.
“ermm Paan.. I min..”
not now”pintas Sufian dan berlalu pergi.

Suasana di kafeteria hospital tidak begitu sesak. Terdapat sebilangan doktor dan pelatih perubatan sedang menikmati hidangan mereka. Adriana membawa dulang makanan ke meja makan,diekori Fakhri dan Amran. Di meja makan,sedang menikmati hidangan adalah Amirah dan kekasihnya.

“so selama ni Paan duduk kat rumah awak?”tanya Adriana
“ye, dia duduk kat rumah saya..dia juga jadi pekerja saya dan bantu saya jual burger”jawab Fakhri.
“oh ok”Adriana kemudiannya menghirup jus oren.
“kenapa ma? Tak sedap ke?”tanya Amirah kepada kekasihnya bila kekasihnya itu meletakkan semula sandwich yang dimakannya.
“makanan hospital bukan kegemaran ma”jawab kekasih Amirah.
“err kau orang couple ke?”tanya Amran.
Adriana hanya menjeling
“ye. Kenapa?”tanya Amirah
“tak ade apa.. ermm saya Amran, couple Fakhri”Amran memperkenalkan diri
“Am..”Fakhri tidak senang.
“tak apa la bro, benda ni dah normal dah sekarang.. tapi hanya orang macam kita jela yang nampak normal”kata Amirah.
“kan, betul tu. Saya tak ada masalah”balas Amran.
“baguslah, sebab ada orang yang anggap benda ni macam masalah sebab tu nak berubah jadi normal semula”perli Amirah.
“ehem..”Adriana berdehem.
I nak pergi cari Paan”kata Adriana lalu berdiri dan berjalan keluar dari kafeteria.
Amran hanya memandang Adriana. Amirah menyuapkan buah kemulut kekasihnya.
“kalau orang nak berubah normal tu, itu hak dia lah. Tapi kita seharusnya menyokong perubahan dia bukan mengutuk tindakan dia”kata Fakhri
Amirah tersentap mendengar kata-kata Fakhri.
“tapi ada juga orang yang mengambil kesempatan ke atas perubahan orang lain. Dia sokong orang itu berubah kepada kebaikan sebab dia nak miliki apa yang orang itu tinggalkan bila orang itu berubah nanti”sinis Amirah
giliran Fakhri pula yang tersentap.
“abang nak pergi tandas kejap”kata Fakhri lalu berdiri.

Suasana di taman mini di hospital itu agak tenang. Hanya ada beberapa pengunjung yang sedang duduk dan berbual sambil memerhatikan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain kejar-mengejar. Sufian menghembuskan asap rokok dari mulutnya.

“sini bukan kawasan merokok”tegur Adriana.
Sufian menoleh ke arah Adriana yang berdiri di belakangnya. Sufian kembali menyedut asap rokok.
“Paan, kat sini tak boleh merokoklah. Kat situ ada papan tanda larangan merokok”kata Adriana lagi
you peduli apa”balas Sufian
“tentu I peduli, nanti you kena tangkap. Kena denda. Tentulah I peduli sebab you kawan I ”kata Adriana.
“kalau you kawan I, sepatutnya you beritahu I dari awal lagi”cakap Sufian lalu melemparkan putung rokok dari jarinya.
Adriana duduk disebelah Sufian.
“ok.. I minta maaf sebab tak beritahu you tentang keadaan sebenar Zhaf.. ini adalah permintaan dari Zhaf sendiri.. Zhaf melarang I dari beritahu you tentang penyakit yang dihidapinya”kata Adriana
“sejak bila you tahu? Sejak bila Zhaf beritahu you tentang penyakit dia?”soal Sufian serius.
“dah lama dah. Sejak you dan dia bergaduh dulu. Dia tak tahu bagaimana nak beritahu you..”
so dia beritahu you instead of me
“Paan. I dah beritahu dia supaya beritahu you tentang ini. Tapi dia tak nak. Dia belum bersedia untuk beritahu you
“tapi dia bersedia untuk beritahu you?”
Adriana terkedu.
“dia kata dia kekasih I, dia selalu kata begitu. Tiada rahsia antara kita. Tapi ..”
“Paan..”
“dia tipu I Ana!!”
“dia tak tipu you. Dia cuma tak beritahu you sahaja!”
“sejak bila you ada disini?”tanya Sufian
“sejak Zhaf dimasukkan ke hospital”jawab Adriana
I tak bersedia untuk kehilangan dia lagi Ana. Dia tak patut pergi dalam keadaan begini. Bukan begini perpisahan yang kami rancangkan”kata Sufian mulai sebak.
“sudah lah tu Paan. Segalanya pasti baik semula. Zhaf akan selamat. Percayalah. Sama-samalah kita berdoa untuk kebaikan dia”kata Adriana
“terima kasih Ana. Terima kasih sebab ada dengan dia untuk tempuhi semua ini”kata Sufian
“ye.. paan you belum makan lagi kan?”tanya Adriana
I tak lapar”
I belikan you makanan ye.”
“tapi ana..”
you tunggu sini, I get you something to eat”kata Adriana lalu meinggalkan Sufian.

Seorang jururawat membawa sebuah sampul lebar berisi imbasan MRI kepada doktor Zahid yang sedang berbual dengan pakar bedah neuro.

“doktor ini scannya”hulur jururawat tersebut.
his later scan?”tanya pakar bedah neuro.
yeah. I hope its good”jawab doktor Zahid
lets take a look”kata pakar bedah tersebut.

Doktor Zahid mengantungkan filem imbasan tersebut. Doktor Zahid memandang muka pakar bedah neuro tersebut. Pakar bedah neuro itu meniliti imbasan Zharif.

yup, its there.. at the temporal lobe”kata pakar bedah neuro
are you sure u can remove it all?”tanya doktor Zahid
hopefully.. We are lucky to catch it soon”jawab pakar bedah neuro

Waktu menunjukkan pukul 4 petang. Sufian berdiri dari bangku. Sufian tidak ingin menunggu Adriana membeli makanan untuknya. Sufian ingin melihat Zharif. Jantungnya berdebar-debar untuk berjumpa dengan kekasihnya.

Ketika berpusing kebelakang Sufian terkejut melihat Amirah berjalan merapatinya. Sufian terus melangkah.

“Paan.. jangan macam ni”kata Amirah
“kau paling rapat dengan aku Amy. Kau kawan Zhaf dan kawan aku yang terakhir berjumpa dengan aku. Kenapa kau tak beritahu aku?”tanya Sufian
“aku dah janji dengan Zhaf.”jawab Amirah. Kekasih Amirah bersandar di dinding bangunan tidak jauh dari mereka.
“bila kau janji dengan dia?”tanya Sufian
“malam tu. Malam kau dan Zhaf balik kampung untuk ke majlis perkahwinan Ana. Malam tu kau ajak aku ke majlis perkahwinan Ana. Tapi aku tak nak pergi. Zhaf pujuk aku untuk pergi. Zhaf beritahu aku tentang penyakit dia malam itu. Zhaf tak mahu melihat aku dan Ana bermusuhan. Zhaf ingin aku dan Ana berbaik-baik sebab.. sebab”
“sebab apa?!”
“sebab Zhaf sakit. Zhaf tak mahu melihat kawan baik dia bermusuhan sebelum dia..sebelum dia 'pergi'..”kata Amirah.
“aku rasa macam sampah. Aku rasa macam tak penting bagi kau orang kan. Kau, Ana dan Zhaf tak pernah anggap aku ni orang yang penting. Sampaikan hal begini pun kau nak rahsiakan dari aku”kata Sufian.
“aku memang nak beritahu kau. Serius aku betul-betul nak beritahu kau. Tapi Zhaf dan aku dah berjanji.”
“sebab itu aku katakan tadi. Aku tak de kepentingan bagi kau orang!”
“kau lah orang yang paling penting dalam hal ini. Kau ingat senang ke nak kekalkan rahsia ini.”sampuk Fakhri.
Amirah memandang ke arah Fakhri dan Amran. Sufian juga begitu.
“kalau rahsia ini terbongkar,Zhaf tak akan tenang. Zhaf tak akan aman hidupnya. Bertambah lagi beban dia untuk memikirkan tentang kau. Zhaf risau jika hal ini terbongkar, kau akan merana dan berduka. Zhaf tak mahu melihat orang yang dia paling sayang merana. Sebab itu dia minta kami rahsiakan hal ini dari kau selama ni”tegas Fakhri.
“dari kami?..jap.. kau pun sama?..kau dah tahu tentang hal ini juga?”soal Sufian
Fakhri sedikit mengelabah.
“selama ni aku duduk sebumbung dengan kau, bekerja dengan kau, dan hidup di rumah kau tapi kau diam. Kau diam dari ceritakan hal yang sebenarnya..”
“aku dah janji dengan Zharif”jawab Fakhri
“oh janji konon. Janji ke atau untuk kepentingan kau?!”
“apa?”Fakhri terpinga sebentar
“kau tahu Zharif sakit. Tapi kau tak beritahu aku. Kau biarkan aku begitu sahaja. Tanpa mengetahui hal sebenar yang terjadi padi dia. Kau biarkan aku tak tahu yang Zharif sedang menderita sekarang. Kononnya sebab Zharif pinta kau jangan beritahu aku apa-apa. Itu semua mengarut! Aku tahu hal yang sebenarnya. Aku tahu niat kau sebenarnya. Kau nak biarkan Zharif menderita berseorangan dan mati berseorangan supaya aku boleh jadi milik kau kan?!!”
Fakhri mengelengkan kepala. Amirah sedikit hairan.
“ye, kau syok kat aku la Keli! Kau suka kat aku dah lama dah kan?.. tapi aku tak syok kat kau. Aku tak ada feeling pada kau. Kau tak boleh terima hakikat. Hakikat dimana aku tak akan berpisah dengan Zharif. Ye memang betul, aku dan Zharif tak akan terpisah. Ini, penyakit ini aku akan pastikan Zharif dapat melawannya hingga dia pulih sediakala dan hubungan kami seperti biasa semula! Sebab aku betul-betul yakin yang hubungan aku dan Zharif akan berkekalan”
“oh kau yakin tentang itu?! Kalau kau betul-betul cintakan dia,kenapa kau boleh curang depan-depan mata dia??!!”tengking Fakhri.
Sufian terkedu. Sufian menatap tajam-tajam wajah Fakhri. Amirah tergamam.
Sufian mula melangkah laju meninggalkan kawasan itu.

Pintu bilik 3420 ditolak Sufian. Sufian melangkah masuk. Abang Zharif sedang meneliti carta. Sufian berdiri tidak jauh dari katil Zharif. Zharif masih lagi lena. Tubuh Zharif sedikit kurus. Sufian menahan sebak melihat keadaan kekasihnya itu.

“esok Zharif akan menjalani pembedahan mengeluarkan tumor dalam otaknya.”kata Doktor Zahid.
“jadi memang betullah kanser itu dah merebak ke bahagian otaknya?”tanya Sufian.
“ye. Kami dapat kesan awal. Dan pakar neuro yakin dapat keluarkan kesemua tumor tersebut.”kata Doktor Zahid.
Sufian berjalan kesisi katil. Lalu duduk disisi Zharif. Tangan Zharif diusap-usapnya.
“bagaimana Zharif boleh kena kanser ini?”soal Sufian
“kanser ini jarang berlaku di negara ini. Kanser jenis ini selalunya berlaku dikawasan Eropah, Amerika Latin, Afrika Selatan. Kemungkinan ini terjadi bila saya sekeluarga dan Zhaf pergi bercuti disana, di salah sebuah negara Eropah dulu. Zhaf mungkin terdedah dengan sinaran ultra unggu yang berbahaya. Setelah penyakit ini dapat dikesan, Zhaf ada mengambil ubat berbanding menjalani pembedahan. Namun pengambilan ubat tersebut tidak mampu untuk menghalang dari sel-sel kanser ini dari merebak ke organ lain seperti hati dan otak.”jelas doktor Zahid.
Sufian terdiam mendengar penjelasan dari doktor Zahid.
“saya tahu siapa sebenarnya Zhaf. Dia adik saya, dan saya percaya awak ni bukan hanya sekadar kawan biasa. Tapi adalah kekasihnya bukan?”doktor Zahid inginkan kepastian
Sufian mengangukkan kepala.
“maafkan saya. Saya tahu hubungan ini salah. Tapi saya tak mampu untuk menolaknya. Saya betul-betul cintakan Zharif.”kata Sufian
“saya tahu, Zhaf pernah menceritakan hal ini kepada saya. Tapi saya harap awak jangan menaruh harapan yang tinggi kepada hubungan itu. Zhaf selalu mengingatkan dirinya tentang itu”kata Doktor Zahid.
“Zhaf sebenarnya tidak mahu 'pergi' dalam keadaan begini. Zhaf tidak mahu menderita disana nanti.”
“apa maksud doktor?”tanya Sufian
“saya rasa baik awak tunggu Zhaf ceritakan keadaan yang sebenar kepada awak”kata doktor Zahid.
“tapi..Zhaf akan selamatkan?”tanya Sufian dalam linangan airmata.
“jangan berhenti berharap”jawab abang Zharif.

Tubuh badan Zharif bergerak sedikit. Jari tangan Zharif terangkat perlahan-lahan. Kepala Zharif juga bergerak sedikit. Zharif mulai sedar.

“Zharif masih lemah kerana rawatan IL-2”bisik Doktor Zahid.
Sufian menganguk faham.
Zharif membuka matanya perlahan-lahan. Sufian tersenyum sambil airmatanya berjujuran keluar.
“Zhaf.. Paan kat sini sayang”kata Sufian bila melihat Zharif memandangnya.
“kau.... nak apa?”Zharif cuba bercakap
“Zhaf..Paan ni”kata Sufian
“aku tak nak jumpa kau..keluar..keluar!”
“Zhaf??”Sufian aneh
“aku cakap keluar!! aku tak nak jumpa kau!! berambus!!”tengking Zharif

Sufian terkejut lalu berdiri. Begitu juga dengan Doktor Zahid. Zharif tiba-tiba menengking kuat.

“KELUARR!!!”


~bersambung~

8 comments:

  1. Bgus...cerita Ttg Rasa ni sudah menjadi menarik dgn suspen apa yg akan terjadi pd hubungan Sufian & Zharif kelak, sekiranya Zharif selamat/sembuh drp penyakitnya itu.. Atau adakah watak Zharif akan dimatikan begitu saje dgn penyesalan berganda oleh Sufian? Tahniah Khuzairi! Anda mmg berbakat menjadi penulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Faiz..part-part seterusnya akan lebih diberi penekanan pada watak Zhaf dan Sufian..dan konflik2 pada watak2 yg lain juga.. cuma nantikan sahaja part2 yg seterusnya

      Delete
  2. dalam bab ini kita lihat banyak konflik berlaku .kita lihat konflik diri paan sendiri dier terkejut dengan berita yang kekasih hati nya menghadapi cancer .dier bersalah bersalah curang dengan zharif .dan baru lah dier mendapat tahu tahap kanser zharif di tahap keempat dan merebak ke otak .paan tahu dari abang zharif sendiri seorang doktor dan abang zharif tahu siapa paan pada zharif .paaan merupakan kekasih hati zharif ,dan konflik diantara paan dan amriah dan paan dan fakhri dimana zharif telah mencerita mengenai penyakit nya kepada mereka berdua sedang kan zharif tak tahu bagaimana nak bercerita mengenai penyakit nya kepada paan ,dier takut dan amat sayangkan paan takut paan tak terima kenyataan yang dier akan pergi meninggalkan paan untuk selama -lamanya ,apabila paan dapat tahu yang amirah dan fakhri telah tahu dier terkejut dan marah kenapa dier di rahsiakan oleh zharif ,kedua -dua amirah dan fakhri danjuga ana harus merahsiakan hal ini atas janji merekapada zharif ,satu ayat dia kekasih tiada rahsia di antara kita ,yang selalu zharif ucapkan kepada paan ,mereka bertiga dapattahu semasa mereka kembali di hari perkhawinan ana.konflik yangpaling besar ialah antara zharif dan paan dimana zharif tidak mahu lihat dirinya sakit dan lemah di hadapan kekasihnya paan ,dier tak mahu lihat paan bersedih dan sebab tu dier suruh paan keluar dari bilik itu ,baru lah amran tahu betapa sayang dan utuh nya kasih sayang paan pada zharif ,walaupun paan curang dengan dier tapi dier masih sayang kan paan ,betui itu nak tenguk apa lagi konflik diantara paan dan zharif ada kah zharif akan sembuh dan terima balik paan sebagai buah hati nya ,ada kah zharif akan pergi untuk selama -lamanya dan konflik watak -watak lain dalam cerita inisemakin menarik ,tak apa le ambil masa yang panjang untuk menghasilkan satu bab yang menarik faham dengan buzy ditempat kerja dan juga buzy daily life ,he he

    ReplyDelete
  3. wallaw... x dapat aku bayangkan ..situasi ni, kalo betol betol terjadi.. watak watak dalam ni semuanya berani berani belaka , tanpa selindung selindung... bayangkanlah orang sekeliling yang mendengar pertengkaran dan tindakan mereka dalam hubungan begini.

    abg jangutt...
    ko memang best khuzai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ala org sekeliling time tu x ramai sgt..thanx abg janggut sebab jadi pembaca setia yg rajin komen

      Delete
  4. Fuh... Hebat! Awesome writing! Can't believe it: I'm now addicted to your work! Keep doing it! I'm one of your fans now. Best bah... Tergerak juga hati sia untuk karang novel begini!!

    And I felt in love with Zhariff... Harap Zharif akan recover...

    p/s: kpd tuan rumah: Jangan bunuh Zharif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx bah sebab sudi baca karya saya.. Untuk ketahui keadaan zharif..nantikan part akan datang

      Delete
  5. ble nk smbung criter slnjutnyer???

    ReplyDelete