03 October 2013

Tentang Rasa - part 25: Kembali -




Tentang Rasa - part 25: Kembali -


Suasana diruang tamu rumah Fakhri sunyi. Jam di ruang tamu menghampiri ke 3 pagi. Amran masih terjaga menanti kepulangan kekasihnya. Amran tidak pasti sama ada lelaki yang diminati kekasihnya itu pulang bersama. Amran mengharapkan agar lelaki itu tidak lagi menjejakkan kakinya dirumah kekasihnya.

Amran cukup pantang jika barang kepunyaannya dirampas oleh orang lain. Amran mudah mengamuk. Amran bersikap panas baran sejak kecil lagi. Amran langsung tidak peduli apa dan siapa yang dihadapinya sekiranya barang kepunyaannya dirampas dan disalah guna oleh orang lain. Jika amran bersikap begitu pada barang,maka amran boleh menjadi dua kali ganda lebih teruk dari jika orang yang dicintainya dirampas oleh orang lain.

Jika sebelum bercinta dengan Fakhri, Amran pernah bercinta dan berpasangan dengan lelaki lain sebelum ini. Lelaki yang dikenalinya sewaktu dia belajar di universiti. Namun perhubungan Amran dan lelaki itu tidak berkekalan, kerana lelaki itu akhirnya meninggalkan Amran setelah lelaki itu berubah cinta kepada lelaki lain. Amran bagaikan dirasuk kerana amarah yang keterlaluan pada lelaki itu sehinggakan mencederakan lelaki yang merampas kekasihnya. Amran tidak ingin perkara yang sama berlaku sekali lagi terhadapnya. Namun Amran tidak teragak-agak untuk bersikap begitu kepada Sufian jika Fakhri meninggalkannya.

Tombol pintu rumah dipulas. Amran menoleh ke arah pintu. Fakhri muncul dimuka pintu. Air muka Amran berubah ceria. Namun air mukanya berubah kelat bila Sufian melangkah masuk ke dalam rumah dibelakang Fakhri. Sufian terus beredar ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik. Fakhri mendapatkan Amran.

“kenapa tak tidur lagi?”tanya Fakhri
“am tunggu abang”kata Amran.
“tak perlu lah begitu”kata Fakhri
“Am cuma risaukan abang je. Am tak boleh tidur sebab risaukan abang”kata Amran lalu memeluk tubuh Fakhri.
“abang tak apa-apa lah. Dah pergilah masuk tidur”arah Fakhri
“abang tidur lah sekali”ajak Amran.
“abang nak ke dapur. Nak minum air”kata Fakhri lalu berjalan ke dapur
“oh abang. Ermm esok budak tu ada lagi ke?”tanya Amran
“budak mana?”Fakhri hairan
Amran menatap tajam mata Fakhri.
“Sufian? Ade. Kenapa pula tanya?”
“ingatkan dia nak keluar dari rumah ni. Yelah, sebab kejadian tadi mungkin memalukan dia dan dia rasa baik dia pergi dari tempat ini. Nasib baik waktu kejadian tu tak ada pelangan lagi kat gerai kita. Kalau ade pelangan yang nampak kejadian tadi mungkin mereka akan kecoh dan tak mahu makan burger kat gerai abang lagi, sebab dah tahu ada budak gay yang masak burger kat gerai abang!”
“Am... Am merepek apa ni?”
“Am cuma cakap je. Jangan nanti budak tu rosakkan business abang nanti”kata Amran lalu berjalan meninggalkan Fakhri yang terpinga-pinga.


*                               *                              * 


Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Sufian meninjau keadaan diluar bilik. Sunyi dan suram. Sufian melangkah berhati-hati menuju ke tingkat bawah. Sufian tidak mahu Fakhri dan Amran terjaga. Sufian kemudiannya membuka pintu rumah perlahan-lahan.

Makanan ikan ditaburkan ke dalam kolam. Sufian tidak boleh tidur. Hatinya kosong. Tiada langsung perasaan. Sufian tidak ingin memikirkan peristiwa dia dimalukan depan Fakhri dan Amran oleh abang kandungnya sendiri.

Sufian tidak menyangka ibunya tergamak menipu mengatakan Sufian merayu untuk pulang kerumah itu kembali. Sufian benar-benar kecewa dengan ibunya. Segala yang berlaku adalah tidak benar,malah Sufian lagi menjauhkan diri dari ibu dan keluarganya. Sekarang abangnya sudah mengetahui dimana Sufian berada. Sufian tidak sepatutnya berada disini. Sudahlah dibuang keluarganya, malah Sufian turut dibuang Zharif atas kesilapan bodohnya.

“Perpisahan akan berlaku juga tak kira macam mana pun kita pertahankannya.”kata Zharif lalu duduk disebelah Sufian.
“tapi berlaku dengan cara yang salah. I tak nak berpisah dengan cara begini, curang kepada you”kata Sufian.
“biar I mengundur diri. Biar kita berpisah. Makin lama kita bersama makin berat you nak lepaskan I. Akuinya sahaja Paan”cakap Zharif lalu tersenyum
“ye I mengaku. Memang berat. I tak boleh berjauhan dari you.”Sufian menatap wajah Zharif dalam-dalam.
“tapi you kena tahu yang hubungan begini tidak akan kekal. Janganlah nak tipu pada hakikat. Kebahagian yang kita kecapi ini membuatkan kita leka dan lalai sehingga lupa akan hakikat yang sebenarnya.”jelas Zharif sambil tersenyum
“tapi I dah tak de sesiapa lagi. Keluarga I dah buang I. You sendiri dah tinggalkan I. I sunyi. I sangat-sangat sunyi Zhaf. I tak boleh hidup tanpa you. I rasa kosong. I rasa bagaikan orang gila tanpa you disisi”luah Sufian.
“ye gila sampai you boleh imaginasikan I dan berbual dengan I sekarangkan”kata Zharif sambil tersenyum.
Pintu rumah tiba-tiba terbuka. Sufian menoleh ke arah pintu.
“kau buat apa kat sini?kenapa tak tidur lagi?”tanya Amran
“aku tak mengantuk”kata Sufian lemah.
Sufian menoleh ke arah Zharif. Hilang.
“Fakhri dah tidur tapi aku tak boleh tidur”sambung Amran
Sufian tidak berkata apa-apa.
“4 bulan. Dah 4 bulan aku dengan Fakhri bersama”kata Amran
Sufian senyap.
“aku tahu hubungan tu masih singkat. Tapi aku betul-betul mengharap agar ia kekal. Tapi sejak kau ada disini aku dah tak berani mengharap lagi.”Amran bersandar di dinding rumah tidak jauh dari Sufian.
Sufian memandang Amran.
“aku kenal Fakhri sepertimana kau mengenali Fakhri juga. Aku datang membeli burger digerainya. Dia kelihatan sibuk menguruskan perniagaannya. Dari situ aku dah tertawan. Aku tertawan melihat telatah dan gerak-gerinya. Aku memberanikan diri untuk menegurnya dan respon yang diberinya amat baik. Malah dia sudi mengambil aku untuk bekerja dengannya.”cerita Amran.

“hari ni merupakan hari pertama kau bekerja dengan aku. Kalau ada benda yang tak faham, kau tanya je aku.”kata Fakhri.
“baik bro”jawab Amran penuh semangat.
“ok, kau boleh start potong timun dengan kubis tu”arah Fakhri

“....Segalanya berjalan baik. Walaupun pada permulaannya aku agak slow sikit. Tapi fakhri tak kisah. Fakhri tak marah aku. Kalau dia mengeru pun dia akan tegur dengan cara baik dan sopan. Sikap dia buatkan aku betul-betul selesa. Hari-hari seterusnya aku dengan Fakhri makin rapat....”

“malam ni kalau kau nak tidur sini, boleh je. Lagipun kalau kau nak balik macam dah lewat sangat ni.hujan pun lebat lagi”kata Fakhri kepada Amran.
“takpela bro. Saya tunggu hujan berhenti dulu lah lepas tu saya balik”kata Amran
“kau tidur sini pun apa salahnya. Hujan baru je turun tu.lama lagi nak berhenti. Baik kau tidur je sini. Kau cakap dengan bapa kau yang kau tidur sini. Esok baru balik.”kata Fakhri
“ok”jawab Amran.
“kau tidurlah kat bilik ni. Bilik aku kat sebelah sana. Apa-apa hal kau cari je aku kat sana”kata Fakhri
“ok. Yang tu bilik siapa?”tanya Amran memandang bilik yang pernah didiami Sufian
“oh bilik tu. Tak de sape.”kata Fakhri
“saya tidur kat bilik tu boleh?dekat sikit dengan bilik bro”tanya Amran
“tak payahlah. Aku rasa bilik ni lagi ok je”kata Fakhri

“.. malam tu baru aku tahu siapa sebenarnya Fakhri dan malam itu juga aku tahu apa isi hatinya”

“Paan..Paan!!”
Amran tersentak bila mendengar suara jeritan. Amran menjadi takut.
“jangan Paan..tolong Paan!!”
Amran memberanikan diri berjalan keluar dari bilik dan mencari dari mana datangnya suara teriakan tersebut. Bilik Fakhri.
Amran membuka pintu bilik Fakhri. Amran terkejut melihat Fakhri meronta-ronta di atas katil.
“bro, kenapa ni bro?”Amran memegang badan Fakhri
“Paan jangan tinggalkan aku..tolong Paan..”
“bro bangun bro!! bro bangun!”Amran cuba mengejutkan Fakhri yang sedang mengigau.
“Paan aku cintakan kau Paan. Tolong jangan tinggalkan aku..Paan!”muka Fakhri di tepuk-tepuk Amran perlahan-lahan.
“Paan jangan tinggalkan aku!”Fakhri terus memeluk Amran. Amran menjadi binggung. Siapakah 'Paan' yang diigaukan Fakhri.

“aku minta maaf sebab takutkan engkau malam tadi”kata Fakhri
“tak aku ok je.”jawab Amran.
“betul ke?”
Amran mengangukkan kepala
“Kalau macam tu baguslah”Fakhri lega.
“siapa Paan?”tanya Amran
Fakhri tersentak
“kekasih bro ke?”tanya Amran
Fakhri menudukkan mukanya.
“tapi Paan tu nama macam lelaki. Bro ni..”kata Amran
“dah nak dekat tengahari ni. Aku rasa baik kau balik. Risau pula mak kau nanti”Fakhri mengubah topik.

“....Aku dah tahu siapa sebenarnya Fakhri. Lelaki yang aku minati dalam diam rupanya senaluri dengan aku. Aku betul-betul teruja bila dapat tahu Fakhri begitu. Sejak dari itu aku makin rapat dengan dia. Tapi aku masih tak berani nak dedahkan identiti sebenar aku kepada dia. Aku takut kalau dia tak boleh terima aku. Dalam diam aku pendam rasa ini.rasa suka pada dia. Entah mengapa aku menjadi sayang kepada dia. Hubungan aku dan Fakhri menjadi bertambah rapat bila Fakhri mengajak aku untuk tinggal bersama dengannya....”

“jemputlah masuk,inilah rumah saya. Abang duduk dulu, saya pergi ambil beg pakaian kejap”kata Amran memperlawa Fakhri masuk.
“ok”kata Fakhri tersenyum lalu duduk di sofa.
“kawan Am ke?”tanya seorang lelaki yang tiba-tiba keluar dari bilik tengah rumah itu.
“ye”jawab Fakhri sepatah.
“abang Amran ke?”tanya Fakhri
“abang? Haha kawan la”jawab lelaki itu lalu duduk tidak jauh dari Fakhri.
“ingatkan abang Am tadi”
“Am dah tak baik dengan abang dia, buat apa dia nak duduk dengan abang dia”kata lelaki itu
“habis tu, abang Am duduk mana?”tanya Fakhri
“duduk kat rumah parents dia lah”
“ini bukan rumah keluarga Am ke?”
“ini rumah sewa lah. Am dah lama sewa kat sini”kata lelaki tiu.
Fakhri sedikit keliru.
“Amran sebenarnya budak baik, tapi panas baran. Dia keluar dari rumah itu sebab bergaduh dengan abang dia. Parents Am ok dengan Am. Adik beradik lain semua ok. Tapi abang Am je yang tak ok. Abang Am pun macam Am juga. Keras kepala dan panas baran. Dah puas bertumbuk dengan abang dia, akhirnya Am duduk dengan aku disini. Sebab tak nak bergaduh lagi dengan abang dia yang keras kepala tu.”cerita lelaki itu.
“bergaduh fasal apa?”tanya Fakhri
“err yang itu..aku rasa baik kau tanya pada Am sendiri”kata lelaki itu.
“ok jom dah siap dah!”jerit Am ketika keluar dari bilik.
“ok jom”jawab Fakhri

“...Pada mulanya berat untuk aku ceritakan hal yang sebenar pada Fakhri..tapi aku nak jujur pada dia. Aku nak dia terima aku seadanya aku. Setelah aku ceritakan kisah sebenar pada Fakhri, Fakhri bersikap neutral. Fakhri terima aku...”

“Paan!!”
“bro bangun bro!”kejut Amran
Fakhri mengigau lagi.

“....Berulang kali aku terjaga dari lena sebabkan Fakhri meracau dan mengigau. Aku buntu siapakah Paan yang selalu diigaukan dia. Setelah puas aku memaksa, akhirnya Fakhri menceritakannya kepadaku. Siapa sebenarnya Paan...”
Sufian menatap tajam wajah Amran untuk mendengar cerita yang selanjutnya.

“Paan sebenarnya adalah insan yang istimewa bagiku. Aku jatuh cinta dan mencintai Paan. Aku terpikat dengan personalitinya. Paan pernah tinggal disini. Tapi Paan tinggal dengan kekasihnya. ”cakap Fakhri
“kekasih?”tanya Amran
“ye kekasih. Paan dah mempunyai kekasih. Namun itu tak menghalang perasaan aku pada dia. Sebab aku betul-betul dah jatuh cinta pada dia. Aku tak pernah ada rasa macam ni pada sesiapa. Walaupun waktu itu aku juga sudah ada pasangan.”
“abang dah ada kekasih juga?”tanya Amran
“ye”
“kalau abang dah ada kekasih kenapa abang masih memendam rasa pada Paan?”tanya Amran
“sebab dia betul-betul cinta pandang pertama aku. Aku jatuh cinta pada dia sejak pertama kali lagi aku melihat dia walaupun pada masa tu aku tak tahu pun dia bernafsu pada lelaki”kata Fakhri
“tapi dia sudah berpunya. Dia dah jadi milik orang. Lagipun abang pun dah ada kekasih abang pada waktu itu.”
“tapi aku tetap mencintai dia. Rasa ini bertambah kuat lagi bila aku dah berpisah dengan kekasihku”kata Fakhri
“habis tu abang sekarang single lah?”
“ye. Aku dah luahkan rasa aku pada Paan. Aku macam orang bodoh sebab buat begitu. Aku tahu dia sudah berpunya tapi aku masih juga luahkan hasrat hati aku ni. Namun Paan menolaknya. Walaupun aku tahu akan hakikat tersebut,tapi aku tak mampu nak menerimanya. Bagiku Paan hanya berhak untuk aku”
“habis tu sekarang ni? Abang masih memendam rasa pada dia lagi?”
Fakhri tidak menjawab.

“..habis tu, macam mana kau dan Fakhri boleh bercouple?”tanya Sufian
Amran berdiam diri. Bunyi unggas dan cengkerik masih berbunyi lagi. Waktu sudah merangkak ke awal subuh.
“hari demi hari berlalu dengan adanya aku disisi Fakhri. Aku dapat lihat sendiri airmuka Fakhri mula berubah ceria. Aku tidak mahu terburu-buru meluahkan rasa hati ku pada dia. Sebab ingatan dia terhadap kau masih lagi kuat. Namun sinar ceria sudah jelas diwajahnya. Fakhri tidak sunyi lagi bila aku hadir dalam hidup dia. Fakhri berasa senang dengan kehadiranku. Hingga ke satu tahap, aku rasa sudah sampai waktunya aku katakan apa yang terbuku dihatiku. Pada mulanya Fakhri sukar menerima kenyataan. Namun lama-kelamaan Fakhri dapat terima aku. Dan nama 'Paan' tidak lagi keluar dibibirnya. Sejak itu aku rasa bahagia. Hubungan aku dan Fakhri benar-benar rapat.”jelas Amran.
Sufian hanya mendengar tanpa mencelah. Memang Sufian tidak pernah menyimpan rasa kepada Fakhri. Kerana segala rasanya hanya tertumpu kepada Zharif.
“tapi sejak kau kembali, aku melihat perubahan pada Fakhri. Kau kembali seolah-olah membangkitkan rasa cintanya kepada kau yang aku pasti sudah ku hapuskan. Tapi kau kembali.”
“aku tak pernah ada rasa papa-apa pada Fakhri. Kau jangan risau tentang itu. Lagipun Fakhri sudah menjadi milik kau. Kau tak perlu risau lagi”yakin Sufian
“tapi kau kembali. Kau datang semula kesini. Ke Fakhri. Fakhri akan mula menyemai rasa kepada kau semula”kata Amran
“tak. Aku tak akan biarkan itu berlaku”
“jangan cakap je”
“memang aku akan halang Fakhri dari menyimpan rasa kepadaku.”tegas Sufian
Amran melangkah ke pintu rumah.
“aku harap hubungan kau dan kekasih kau akan pulih supaya kau segera tinggalkan tempat ini. Tinggalkan Fakhri dan jangan kembali lagi”kata Amran lalu masuk kedalam rumah.
Sufian mengeluh panjang lalu melihat kolam ikan semula.

Selepas bersenam Fakhri kemudiannya mandi membersihkan diri dan menyegarkan badan. Amran masih lena. Fakhri berjalan ke bilik Sufian. Pintu bilik tidak berkunci. Fakhri tersenyum melihat Sufian yang lena.

Hari ini merupakan hari dimana Fakhri tidak berniaga burger. Hari cuti bagi pekerjanya. Fakhri berjalan ke dapur. Waktu sudah menghampiri tengahari. Fakhri ingin menyediakan hidangan tengahari buat kekasihnya dan juga lelaki yang diminatinya.

Sufian melangkah kedalam lift apabila pintu lift tersebut terbuka. Sufian kelihatan sungguh ceria. Sufian menanti penuh debaran untuk pintu lift tersebut terbuka. Sufian berpakaian kemas dan nampak begitu kacak sekali. Tangannya dimasukkan kedalam poket seluar. Pintu lift terbuka, Sufian melangkah keluar dari lift dengan senyuman. Sebuah bilik gelap dimasuki Sufian. Terdapat sebuah katil yang yang ditutupi selimut putih. Sufian mendekati katil tersebut. Kain selimut diselaknya.

“ I tetap mencintai you Paan”kata Zharif yang terbaring dibalik selimut itu.

“huh!”Sufian terjaga dari tidur.
“Zhaf!”terpacul dari mulut Sufian.

Sufian berlari ke dapur mendapatkan Fakhri.

bro..tolong aku”kata Sufian sambil menitiskan air mata.
Fakhri terpinga-pinga melihat Sufian.

*                            *                               * 

Setelah selesai menjamah hidangan tengahari, kereta Fakhri mula bergerak keluar dari perkarangan rumahnya. Sufian nampak tidak tenang ditempat duduk belakang. Sufian berasa tidak sedap hati sejak sedar dari tidur lagi. Malah makanan tegahari yang dimasak Fakhri juga hanya dijamah sedikit.

Sesekali Fakhri melihat Sufian melalui cermin pandang belakang. Amran pula sedang tidur disebelah Fakhri. Fakhri memandu kereta sedikit laju dari tadi. Kerisauan diwajah Sufian seolah-olah memaksa Fakhri untuk menekan lebih pedal minyak.

Tepat pukul 2 petang destinasi yang dituju akhirnya tiba. Kereta diberhentikan Fakhri tidak jauh dari rumah Hadi, kawan serumah Zharif. Sufian meluru keluar dari kereta. Dan memasuki pintu pagar rumah tersebut.

“Assalammualaikum!”Sufian memberi salam sambil mengetuk pintu rumah.
Fakhri dan Amran berdiri dibelakang Sufian.
“betul ke Zhaf duduk kat rumah ni?”tanya Fakhri
“ye, aku tahu. Selepas Zhaf keluar dari hostel, rumah inilah yang dia duduk dengan kawan dia.”jawab Sufian.
Pintu rumah dibuka.
“ye cari siapa?”tanya seorang lelaki yang sebaya Sufian dimuka pintu.
“Zhaf ada?”tanya Sufian
“Zhaf?”lelaki itu pelik
“ye Zhaf.. Zharif dia kawan Hadi. Hadi tinggal kat rumah ini kan?”kata Sufian
“kejap ye.. Hadi!! ada orang cari kawan kau!”jerit lelaki itu.
Beberapa minit kemudian keluar seorang lelaki yang dikenali Sufian. Hadi.
“kau nak apa?”tanya Hadi
“aku cari Zhaf.”jawab Sufian
“buat apa kau cari dia lagi?”tanya Hadi sambil memandang Fakhri dan Amran.
“aku nak jumpa dia”jawab Sufian.
“seingat aku dulu aku pernah cakap kan pada kau yang Zhaf tak nak jumpa kau lagi. Kau tak faham-faham lagi ke?kau tak boleh biarkan dia hidup tenang ke? Kenapa kau nak kembali kepada dia lagi?”tanya Hadi
“aku cakap aku nak jumpa Zhaf! Mana Zhaf?!”tegas Sufian. Wajah Sufian mula berubah. Sedikit kemerahan menahan marah.
“Zhaf dah tak duduk kat sini lagi!”kata Hadi
“habis tu kat mana dia sekarang?”
“Zhaf ada kat hospital sekarang. Zhaf ada kanser kulit yang sudah merebak ke otak dia”kata Hadi.

Sufian tergamam. Sufian terkaku sebentar. Tangannya memicit kepalanya. Air matanya mula mencurah perlahan.

“Ya Allah..Zhaf”


~bersambung~

6 comments:

  1. akhir nyer "kembali" juga menyambung citer ini...lama tunggu bro..adoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorryla bro.. susah nak dpt idea bila menulis ni.. lgpon keje melambak nak buat.. part seterusnya tak lama lagi aku upload

      Delete
  2. at last.... menanti dengan sabar cerita selanjutnya... anyway cancer kulit jenis apa... cepatnya metastasis ke brain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh baca di part 26..kat situ ada huraian jenis cancer yang Zhaf hidapi..tq

      Delete
  3. kita lihat amran mencerita kepada paan bagaimana dier berjumpa dan bercinta dengan fakhri .tapi arman tahu siapa dier paan yang selalu fakhri mengigau dalam tidur fahkri .dia tahu paan merupakan cinta yang begitu mendalam bagi fakri .dan fakhri tahu paan tolak cinta dier kerana paan sangat sayang kan zharif .walau paan pun curang .fahri jatuh cinta pada paan kerana pesonoliti paan tu ,kita lihat bagaimana paan berasa sesuatu yang berlaku pada zharif dengan dier bermimpi bertemu dengan zharif .tepancul nama zharif dari mulut paan .sebab itu dier ajak fakhri dan amran mencari zharif di campus ,dan mendapat kawan zharif hadi dan mendapat satu berita yang mungkin menghancurkan hati paan .zhafif terlantar di hospital ,menderita cancer ,betapa luluh hati paan mendengar tu orang yang tersayang menderita tentang cancer sedang kan zharif sembunyikan darinya ,orang yang tersayang atas sebab -sebab yang tertentu .best sungguh bab inikerana dari mula cerita ingat cerita mengenai amran dan fakri dan paan sahaja tapi bulitup to a climax yang tidak di sangka -sangka dimana kita mendapat tahu zharif menderita cancer dan ada di hospital .fakhri dan amran dan paan bergegas ke hospital ,bab seterus tunggu nak lihat apa yang belaku diantara paan dan zharif ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bab seterusnya dah ada dah..maaf kalau lama menanti

      Delete