18 November 2012

Buai-Buai Cinta -part4-






zikri mengambil telefon bimbitnya yang bergetar di atas meja. fail-fail projek di tutupnya. sambil tersenyum ke arah zulaika, zikri menjawab panggilan tersebut.

"hello"zikri memulakan perbualan
"hello,zikri. saya ni wana, u ada masa sekejap tak?"tanya wana dihujung talian
"hurmm yeah,but make it fast"cakap zikri lalu bersandar di kerusinya
"its about our weading,betul ke u nak tangguhkan?"tanya wana
"hurmm yup.kenapa?"
"sampai bila?"
"bagi tempoh dua bulan.so totalnya 5 bulan lagi baru kita kahwin"terang zikri
"hurmm"wana mengeluh
"maafkan saya,saya harap awak faham keadaan saya sekarang"kata zikri

farid menolak pintu kedai serbaneka 24jam.matanya meliar memandang segenap pelusuk ruang dalam kedai tersebut sebelum berjalan menghampiri kaunter pembayaran.

"bagi topup maxis rm10 dengan topup celcom rm5."kata farid kepada juruwang
"itu sahaja?"tanya juruwang
"malborro filter satu"tambah farid sambil mengeluarkan dompetnya
"eh farid,lama tak nampak kau"tegur seorang lagi juruwang lelaki ketika menghulurkan salam kepada farid
"macam biasalah Deli, aku sibuk"kata farid
"amacam rumah?kau dah jumpa dah penyewa?"tanya adhli,juruawang tersebut
"dah jumpa dah"
"baguslah kalau macam tu,wei kau nak dengar cerita tak?"tanya adhli
"apa dia?"
"Dua malam lepas,aku ada nampak seorang lelaki ni lepak kat tempat puaka tu,dia dok main buaian sambil bercakap sorang-sorang.eii seram aku tengok"kata adhli dengan reaksi takut
"oh budak tu"
"kau kenal?"
"hurmm budak rumah aku tu,budak yang baru sewa"kata farid
"apa?serius?"adhli terkejut
"semua sekali rm25"sampuk juruwang tadi
"ye betul,budak rumah aku tu."jelas farid sambil menghulurkan duit kertas rm50
"kau tak beritahu dia ke pasal taman permainan tu?"tanya adhli
"tak,aku tak sempat nak beritahu dia"kata farid

tepat pukul 11malam suasana apartment menjadi suram. tiada langsung kelibat penghuni berkeliaran di sekitar kawasan tersebut. pintu lift terbuka.kelihatan zikri berjalan berseorangan menuju ke padang permainan.
zikri mematikan telefon bimbitnya. sementara menanti alia muncul,zikri menghabiskan masanya dengan bermain buaian sambil merokok.
angin menderu kencang.zikri berpaling ke arah tiupan angin tersebut.terlihat susuk tubuh seorang wanita berjalan menghampirinya.

"lama menanti?"tanya alia sambil duduk dibuaian sebelah zikri
"tak lama lah."kata zikri sambil tersenyum
"sejak akhir-akhir ni awak selalu duduk disini,menungu saya,awak tak bosan ke?"tanya alia
"kalau saya bosan saya tak kan menunggu awak."kata zikri
"habis tu?mengapa awak selalu menunggu saya?"tanya alia
"sebab awak"zikri menjawab
"sebab saya?sebab apa tu?"tanya alia
"susah nak saya katakan,tapi sejak berkenalan dengan awak,saya rasa saya patut berjumpa awak selalu"
angin kembali menderu bertiup dingin.alia berhenti dari mengajukan soalan kepada zikri.alia seakan hilang kata tanya.jawapan zikri seakan mengangu fikirannya. alia berpaling dari menatap wajah zikri.dari raut wajah zikri seakan memberitahu sesuatu kepada alia.alia seolah-olah gusar untuk menerima hakikat dari jawapan yang terserlah dari raut wajah zikri.zikri hanya tersenyum dan mula bermain buaian.
"saya rasa awak dah terlalu jauh"kata alia sejurus angin mula berhenti bertiup.
"terlalu jauh?maksud awak?"tanya zikri
"saya tahu awak faham benar dengan apa yang saya cuba sampaikan"jawap alia lalu menutup rambutnya dengan selendang yang terlilit dilehernya
"awak seolah-olah cuba lari dari hakikat"kata zikri
"hakikat?"
"ye alia,hakikat,saya dapat rasakan awak sebenarnya rasa apa yang saya rasa cuma awak seolah-olah menafikannya dan tidak dapat menerima kehadiran rasa tersebut yang sebenarnya hadir disebabkan saya"kias zikri
"hakikat yang sebenarnya,rasa tersebut tidak dapat bersatu menjadi satu kerana.."alia terdiam sebentar
salakan anjing sahut-sahutan di belakang kawasan apartment.salakan sayu yang cukup mendayu seolah-olah anjing tersebut merintih.
"kerana apa?adakah kerana saya?"tanya zikri
"bukan hanya awak,malah saya juga"jawab alia
"saya dah bagi ruang untuk rasa tersebut menjalar hingga ke awak,dan awak juga sudah merasai kehadiran rasa tersebut.tidak perlu awak nak nafikannya,sebab saya pasti rasa tersebut telah lama disemai dalam sanubari awak.alia hayatilah rasa itu,fahamilah rasa itu,rasa yang indah dan begitu berharga dan hanya hadir untuk sekali sahaja dalam hidup awak "jelas zikri dengan penuh penghayatan
"tidak!"alia bernada tegas,serta-merta salakan anjing tersebut berhenti
"alia,terimalah hakikatnya bahawa saya kini berada di hati awak bukan?!"zikri berdiri
"zikri,awak sudah berpunya,hati awak sebenarnya sudah dimiliki.."
"ye memang benar hati saya sudah dimiliki.dimiliki oleh awak alia.bukan pada siapa-siapa"kata zikri lalu berdiri dihadapan alia
"bagaimana pula dengan teman wanita awak,adakah awak berlaku curang"kata alia lalu berdiri
"bukan,saya berlaku jujur,jujur dalam mencintai awak bukannya teman wanita saya,jika awak berada di tempat saya kini,pasti awak akan maklum mengapa saya menjadi begini"kata zikri
"hati saya kini berada dalam jiwa awak,rasa yang sepatutnya bertahta ditempat yang sepatutnya."tambah zikri
"mustahil"kata alia
"alia,saya tak dapat nafikan rasa saya pada awak,ye memang benar,pada mulanya,saya tertawan pada dengan kejelitaan awak,tapi kini saya lebih tertawan dengan keperibadian awak,saya dapat merasakan ketulusan hati awak dalam menghargai rasa dan memberi pengertian dalam menghayati rasa tersebut.sebab itu saya tidak pernah meragui rasa yang lahir dari hati ini,bila hati ini sudah dipenuhi dengan rasa tersebut maka saya serahkannya pada awak kini sebuah hati yang dipenuhi cinta saya."kata zikri sambil menatap mata alia.
"awak..kenapa awak baru hadir sekarang dalam hidup saya,mengapa begitu lama untuk saya berjumpa lelaki seperti awak.mengapa sekarang awak?.."
"syhhh sudah,jangan nak rumitkan rasa ini lagi.hayatilah alia,rasa cinta saya yang kini bertaut dalam hati awak.biar ia kekal abadi.buat selama-lamanya"jawab zikri dalam nada perlahan tapi sudah cukup untuk alia mengerti kata-katanya.
"saya cintakan awak alia.setulusnya dalam hati ini."kata zikri
"ye,saya juga"kata alia lalu tertunduk malu

~bersambung~

No comments:

Post a Comment