13 November 2012

Buai-Buai Cinta -part3-



bunyi kuakan pintu rumah mengejutkan farid yang sedang khusyuk menonton televisyen.hazim masuk kerumah lalu duduk bersandar di sofa bersebelahan dengan farid.

"awal balik,selalunya waktu-waktu subuh baru kau balik"sindir farid
"wei,aku penat kerja tadi.aku malas nak lepak-lepak dengan kawan tu yang aku terus balik rumah je ni"kata hazim sambil matanya terpejam
"berlendir la badan kau ni,pergilah mandi,boleh lak tidur kat sini"marah farid
"ala kau ni macam mak nenek la,membebel lak,kejap lagi aku mandila,aku penat ni biarlah aku rehat jap"gomel hazim
"kalau wangi tak pe gak,ni dah la hapak,tengik lak tu baunya"kata farid
"hehe standardla baru lepas kerja an..wei senyap je rumah ni..tak kan la kau seorang je,tu budak baru tu mana?"tanya hazim
"entah,aku rasa dia pergi melepak kat padang permainan la"kata farid
"wei kau biar betul wei"hazim terkejut
"yela,malam hari tu aku nampak dia berseorangan bermain buaian kat situ,aku nak tegur takut "kata farid
"kau tak beritahu dia lagi ke cerita pasal tempat tu"tanya hazim
"aku lupa,aku tak sempat nak beritahu dia"kata farid
"aisyhh kau ni pun..habis tu mana dia sekarang?"tanya hazim

zikri bermain buaian berseorangan di padang permainan.deruan angin bertiup sepoi semakin lama semakin kuat.zikri memandang jam tanganya.hampir tepat pukul 2 pagi.zikri memandang ke atas.melihat langit gelap tiada bintang dan bulan.

'mungkin hujan akan turun tak lama lagi,tapi mana alia'detus hati zikri

angin sekali lagi bertiup kencang,salakan anjing jelas kedengaran kuat.bunyi tiupan angin menghasilkan bunyi yang agak menyeramkan.zikri terkejut apabila lampu yang sedang menyala menerangi jalan berhampiran padang permainan itu mati secara tiba-tiba.zikri menelan air luirnya.seram dirasakan kini suasana di padang permainan itu. hujan lebat mulai turun.zikri segera berlari ke arah lift untuk berteduh di koridor lift.zikri masuk ke dalam lift setelah pintu lift terbuka.zikri sempat menoleh ke arah padang permainan.hanya buaian yang berbuai akibat di tiup angin kencang.

'mungkin alia tidak bermain buaian pada malam ini'fikir zikri

'uuuu oh angin malam..'

setelah keluar dari dalam lift,zikri terdengar suara nyanyian perempuan sayup-sayup di bawah bangunan.zikri gembira,itu adalah suara alia. zikri segera menjengah ke bawah bangunan,namun alia tiada.hanya buaian yang berbuai sendiri.suara tersebut ghaib.hujan menjadi semakin lebat.

Selepas selesai solat subuh,zikri melipat sejadahnya dan disimpan di dalam almari.zikri segera menanggalkan kain pelikat yang dipakainya.
suasana masih lagi berkabus dan dingin.setelah enjin kereta sudah dirasakannya panas.zikri segera memandu keluar keretanya dari kawasan parkir apartment menuju ke tempat kerja.

burung merbuk perliharaan Pak Kasim berbunyi riang.embun pagi mula kering.selepas menjamah lempeng bercicahkan sambal tumis masakan isterinya Zaleha,Pak kasim bangkit dari kerusi lalu mencapai cangkul yang tersandar di balik pintu dapur rumahnya.

"emaknya,saya nak ke kebun nak mengambil pisang untuk dihantarkan ke rumah Maimon"jerit pak kasim sambil menghidupkan enjin motosikal kapcainya
"yela bang,nanti sampaikan salam saya kepada Maimon"kata Zaleha sambil menjemur pakaian yang dicucinya

belum sempat tongkat dikait kaki pak kasim,pak kasim tersentak melihat sebuah kereta proton waja meluru masuk ke halaman rumahnya. Zaleha terkejut sama. kenal benar dia akan kereta bakal besannya itu. namun yang menjadi tanda tanya,apa hajat bakal besan mereka datang berkunjung ke rumah mereka pada awal pagi ini.

"hey kasim,aku nak bercakap dengan kamu sebentar!"pekik hassan sejurus menutup pintu kereta wajanya itu.
"apa hal ni hassan?sampaikan salam pun tidak dihulurkan sudah terpekik-pekik begini"kata pak kasim
"aku ada hal penting nak dibincangkan ini dengan kau!"hassan bengis
"jika ia pun,jemputlah naik dulu abang hassan,munah.jemput naik ke atas dulu kita minum-minum dulu sambil berbincang"sampuk zaleha.
"tak payah ler leha,aku ni tak de masa nak duk bersembang lama dengan kau,aku nak pergi buka kedai jahit aku ni"kata munah sambil mengerling
"kalau begitu,jemput duduk dulu kat parkin ni je"ajak pak kassim sambil duduk bersila di atas parkin di bawah pokok rambutannya yang merendang itu.
"kenapa ni,apa halnya ni sampai datang ke sini awal-awal paginya ni"tanya zaleha
"ni haa..malas saya nak cakap lah bang,abang jela yang cakap"munah memalingkan mukanya
"aku nak tanya kat kau,anak kau tu kenapa?apa masalahnya dengan anak aku?"tanya hassan
"kenapa dengan anak aku? aku tak paham lah"kata pak kassim
"tak pe,duduklah dulu,biar saya buatkan kopi ye"sampuk zaleha
"aku kan kata tak payah,aku tak banyak masa ni nak duduk lama kat sini"kata munah
"aku tau kau tak de masa,tapi kenapa sampai macam orang naik angin je ni,apa yang tak kena?"tanya zaleha
"anak kau tu leha.anak kau yang buat kami jadi macam ni"kata munah
"anak aku buat apa?"tanya pak kasim
"anak kau tu nak tangguhkan majlis perkahwinan secara tiba-tiba kenapa?"tanya hassan
"apa?bila pula dia kata begitu?"tanya zaleha
"malam tadi anak aku menangis-nangis mengadu dalam telefon,katanya si zikri tu nak tangguhkan majlis perkahwinan ini!"kata hassan
"ye ke?kami tak tahu pula pasal ini"kata pak kasim.
"itulah kau,lembu dan kambing kat kandang tu bukan main kau ambil berat,ambil kisah tapi anak sendiri tidak pula kau ambil tahu"sindir hassan
"jangan kata begitu hassan,aku kenal benar anak aku tu."bidas pak kasim
"kalau dah begitu mengapa sampai hal begini pun pak kasim tak tahu?"munah mengomel
"abang,betul ke ni bang? betul ke zikri buat begini?"bisik zaleha kepada pak kasim
"kalau tak betul,tak dela si wana tu nak telefon malam-malam sampaikan berita ni pada kami! wana tu dah la sibuk kerja di KL"kata munah
"anak aku pun sibuk juga bekerja munah"potong zaleha
"sibuk macam mana pun tak kan lah sampai nak tangguhkan perkahwinan ini pula"kata hassan
"yela,anak aku tu pun lagi sibuk dari anak kau,boleh je cari masa untuk berkahwin."tambah munah
"apa nak dikecohkan,tangguhkan masa je bukannya batalkan perkahwinan ini"kata pak kasim
"yela tu..mula-mula tanguh,lama-lama terus tak menjadi nanti"kata munah
"isyhh sampai kesitu pula. takde nye si zikri,anak aku tu nak tangguhkan perkahwinan ni"kata pak kasim
"yela,kita bukannya tau.sejak dah duduk kl tu,dah jumpa perempuan-perempuan cantik kat kl tu,macam-macam boleh jadi"kata munah
"ewah-ewah munah ni.jaga sikit mulut tu,aku kenal anak aku macam mana"sampuk zaleha sambil mencekak pinggang
"dah banyak belanja dah dikeluarkan untuk majlis ni,kad jemputan pun dah di edarkan,satu kampung dah tahu,termasuk juga dengan kampung sebelah.kalau tak jadi nanti tidak ke malu,mana kami nak letak muka nanti.belum pernah lagi ada orang kat kampung kita ni tak jadi kahwin"kata munah
"bukan tak jadilah munah oi..baru tangguhkan je.sudah kau jangan risau.nanti tau la aku nk tanyakan hal ni dengan anak aku tu!"kata pak kasim
"pelamin dah ditempah,khemah pun sama,jangan tak jadi sudah.cakap dengan anak pak kasim jangan nak bertanguhkan perkara ni,bersanding dua hari je pun..bukannya sebulan.itu pun berat sangat ke?"sindir munah lagi

-bersambung-

No comments:

Post a Comment