21 November 2012

Buai-Buai Cinta -part AKHIR-



farid melangkah lemah ke lift di apartmentnya.farid kelihatan begitu letih akibat dari kerja-kerja berat yang di lakukannya di tempat kerja tadi.farid pulang lewat dari tempat kerja.ketika menghampiri lift,farid terlihat zikri begitu asyik memandang ke arah padang permainan hingga dia langsung tidak menyedari kehadiran farid.

"wei,kau buat apa kat sini?"tegur farid sambil menepuk lengan zikri
"wei,terkejut aku..aku nak naik atas la ni"kata zikri
"kau dari mana?"tanya farid
"baru lepas dating la hehe"kata zikri sambil tertawa kecil
"dating?dengan sape? kat mana?"soal farid
"dengan awek aku la,kat padang permainan tu"kata zikri sambil menjuirkan bibirnya ke arah tempat alia sedang bermain buaian
"oh.."dahi farid berkerut
"kau baru balik kerja ke?lewatnya"kata zikri

pintu lift akhirnya terbuka. farid dan zikri melangkah masuk ke dalam lift. farid tergamam seketika bila menghidu bauan harum semerbak kasturi di dalam lift tersebut.bauan yang begitu kuat.belum pernah farid menghidu bauan harum yang begitu kuat sebelum ini.serta merta bulu tengkuknya meremang.

"kau pesal?"tanya zikri pelik melihat farid berdiri kaku
"kau bau tak apa yang aku bau?"tanya farid
"apa?"zikri makin pelik
"kau cubalah hidu"suruh farid
"biasa je"kata zikri

pintu lift terbuka di tingkat 8,farid mengikuti zikri keluar dari lift.

"wei zik,dengan awek mana yang kau dating tadi?"soal farid
"tu"tunjuk zikri ke bawah,ke arah alia yang masih lagi bermain buaian
"yang itu ke?"soal farid melihat padang permainan yang usang itu
"yela"
"wei mana ade sape-sape kat situ"cakap farid
"adelah tu"kata zikri sambil menunjuk ke arah buaian yang berbuai dengan sendiri
"mane?mane? kan tak de sape-sape kat situ"ujar farid
zikri hairan,baru sebentar dia mmelihat alia begitu khusyuk bermain buaian disitu.tidak sampai 10 saat zikri berpaling,alia sudah tiada
"zikri,betul ke kau dating dengan awek tadi?"tanya farid
"ye"jawab zikri perlahan.matanya masih terpaku memandang buaian yang berbuai perlahan itu
"siapa nama awek tu?duduk blok mana?umur berapa?"soalan bertubi-tubi dari farid
"alia..aku tak tau dia duduk block mana,umur dia mungkin dalam baya aku"kata zikri tetap melihat padang permainan itu.buaian tersebut akhirnya berhenti
"dia pakai baju apa?"soal farid lagi
"baju kuring kuning,berselendang putih."kata zikri
"dia memang selalu ke pakai baju tu"tanya farid
zikri mengangukkan kepalanya
"selalunya kau dating dalam waktu-waktu begini ek?"
zikri mengangukkan kepalanya
"tempat yang sama dekat padang permainan itu?"
zikri mengangukkan kepalanya
"hanya kau berdua je?"
zikri hanya mampu mengangukkan kepalanya untuk menjawab semua soalan yang ditujukan farid.zikri hilang kata-kata untuk diucapkan.zikri masih sukar percaya apa yang baru terjadi padanya.
"hurmm baiklah,kita masuk rumah dulu,kita sembang kat dalam rumah.biar aku ceritakan hal sebenarnya pada kau."kata farid lalu memeluk bahu zikri

selangkah kaki farid melangkah,serta-merta angin bertiup kencang melintasi hadapan mereka berdua.deruan angin tersebut yang tidak diketahui datangnya dari mana bertiup kencang sekelip mata,umpama seperti orang berlari melintasi mereka.farid menelan air liurnya ketika memandang zikri.muka zikri kelihatan pucat.suara tangisan sayup-sayup kedengaran di sekitar tingkat mereka.dada zikri berombak-ombak.nafasnya turun naik laju.farid menelan air liurnya.mata farid terpejam lalu mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu. suara tangisan itu makin sayu-sayu kedengaran.setelah mulut farid terhenti dari terkumat-kamit.mata farid dibuka perlahan dan serentak itu suara tangisan tadi hilang. farid menarik tangan zikri yang sedang berdiri keras.

setelah pintu rumah terbuka,farid terus memimpin tangan zikri ke ruang tamu yang suram itu. hakim sedang khusyuk bermain permainan video PS2.zikri disuruh duduk oleh farid. farid memetik suis lampu dan berlalu ke dapur.hakim terkejut lalu memandang muka zikri yang pucat itu. farid datang ke ruang tamu sambil membawa secawan air mineral.setelah dibacakan beberapa keping ayat suci Al-Quran,farid menyuruh zikri minum air tersebut.selebihnya farid merenjis air itu kemuka zikri lalu menyapu muka zikri dengan air tersebut.

"wei,ni pehal ni,zikri ni kenapa farid?"tanya hakim dalam keadaan risau
"dia lemah semangat"jawab farid lalu duduk disebelah zikri
"dia kene gangu ke?"tanya hakim lalu berengsot sedikit-demi sedikit lalu bersila dihadapan zikri
"biasalah tu"kata farid lalu memeluk bahu zikri
"zik,kau ok tak?"tanya hakim
"ok ok"jawab zikri sambil mengangukkan kepala
"aku rasa,lepas ni kau jangan pergi lagi ke padang permainan itu"pesan farid
"ye,betul kata ed,kau jangan pergi la tempat tu lagi.tak elok la tempat tu."kata hakim
zikri hanya mengangukkan kepalanya.
"macam ni lah zik,biarlah aku ceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada kau,siapa sebenarnya alia itu,dan apa yang telah terjadi ditempat yang kau selalu pergi tu"kata farid

"kalau ada jodoh pasti kami bersama"kata zikri
"apa maksud kau ni zik,mak tak fahamlah,kau jangan buat macam-macam,pak hassan kau tu dah bising dah pasal kau dan wana tu,kalau kau tak cukup duit pun,guna je duit mak dulu nak,mak ada simpanan kat ASB tu,guna je duit tu dulu nak"kata ibu zikri,Zaleha dihujung talian
"tak perlulah mak,mak simpan je mak,zikri ada duit zikri sendiri.semuanya cukup,.mak,zikri minta ampun pada mak dan abah,minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki,halalkan lah makan minum zikri selama ni,halalkan juga susu mak pada zikri.zikri minta maaf sangat-sangat sebab dah banyak menyusahkan mak dan abah"kata zikri tiba-tiba sebak
"kau ni kenapa zik?tetibe minta ampun bagai ni,kenapa ni nak,janganlah buat mak risau nak"Zaleha menjadi risau
"tak de apa-apa lah mak,janganlah mak risau,zikri cuma nak.."talian zikri terputus.
"hello zik,zikri?zikri?hello?"zaleha berkali-kali memangil anaknya.

zikri melihat telefonnya,skrin telefonnya gelap.bateri telefon bimbitnya sudah habis.pengetip kuku yang dipegangnya di simpan dalam kocek seluar.setelah kukunya dipotong pendek.zikri kemudianya menjenguk ke padang permainan di tingkat bawah.sunyi.melihat keadaan blok apartmentnya yang kini menjadi sunyi sedikit sebanyak menakutkan zikri.namun hatinya memujuk zikri supaya cekal dan tidak gentar.semangatnya menjadi kuat kini.tujuannya hanya satu.untuk mengakhiri segala kebuntuan fikirannya dan misteri gadis bermain buaian di padang permainan,alia.

farid dan hakim masih tidak pulang ke rumah lagi,walaupun sudah lewat malam.jam yang terlilit kemas ditangan kiri zikri menunjukan waktu 12.15 tengah malam.telinga zikri tertangkap bunyi yang biasa dia dengar.jantungnya berdegup kencang.zikri mengintai ke bawah apartment,ke arah padang permainan.terkejut zikri melihat buaian berbuai sendiri.

lift akhirnya tiba di tingkat bawah.ketika zikri melangkah keluar dari lift,suara nyanyian lagu yang merdu kedengaran.zikri kenal benar dan tahu lagu nyanyian tersebut.zikri terus menuju ke padang permainan.semakin kakinya hampir ke padang permainan,deria baunya aktif menagkap bauan wangi kasturi yang semerbak harum.kelihatan alia sedang khusyuk bermain buaian

"awak dah sampai akhirnya"kata alia lalu berhenti berbuai
"ye"kata zikri sambil tersenyum
"saya ingat awak dah tak berani datang lagi ke sini"kata alia sambil memandang zikri tajam
"kenapa pula?"tanya zikri lalu duduk dibuaian sebelah alia
"dengar cerita,malam tadi ada orang dengar bunyi orang menangis,mereka kata itu bunyi hantu"kata alia
"awak pula,tak takut ke?"tanya zikri
"awak ni,kan dari awal lagi saya sudah cakap,yang dia pun maklum Tuhan,buat apa saya perlu takut kepadanya"kata alia lalu mula berbuai
"demi cinta saya sangup lakukan segalanya"kata zikri
"apa maksud awak?"tanya alia
"yela,demi cinta saya pada awak alia,saya sangup lakukan apa sahaja."kata zikri
"awak,saya sayangkan awak,awaklah cinta pertama saya."kata alia lalu berhenti berbuai
"tapi awak,kita tak dapat bersama.maafkan saya"kata alia lalu berdiri
"kenapa kita tak dapat bersama?saya cintakan awak alia,saya sangup buat apa sahaja untuk terus bersama dengan awak,untuk terus berada di samping awak."kata zikri
"tak kira awak buat apa sahaja zik,kita memang tidak dapat bersama.walau apa pun terjadi,kita tetap tidak akan bersama,maafkan saya zikri.sebab gagal untuk berada disamping awak"kata alia sendu
"jangan kata begitu alia,walau apa jua terjadi cinta kita tetap ada,kita tetap ada bersama untuk selamanya.cinta kita mendekatkan kita,bukan menjarakakn kita"terang zikri
"tidak zikri,awak kene faham..cinta kita memang ada tapi untuk kita bersama memang mustahil"kata alia
"kerana dunia kita berbeza?"soalan zikri membuatkan alia tergamam sebentar
"maksud awak?"tanya alia
"awak faham maksud saya alia"kata zikri
lampu jalan yang menerangi laluan pejalan kaki di apartment tiba-tiba terpadam.
"saya tahu awak siapa alia,saya tahu awak sebenarnya apa alia"zikri menatap wajah alia
"jadi,akhirnya awak sudah mengetahui perkara yang sebenarnya"kata alia
"saya nak dengar sendir dari mulut awak alia,apa yang membuatkan awak menjadi begini?"soal zikri
"baiklah,jika ini yang awak inginkan..kisahnya begini..."

segalanya bermula bila alia,seorang gadis desa berhijrah ke kuala lumpur untuk tinggal bersama dengan kakaknya setelah kematian ibunya. alia bekerja sebagai tukang jahit di sebuah butik dikotaraya.sementara kakaknya pula bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat guaman. walaupun baru sebulan alia menetap disitu,semua penduduk apartment,baik melayu,baik cina,baik india dan juga pendatang asing sudah mengenali alia.keramahan alia begitu disenangi oleh semua orang.pada sebelah paginya alia akan menjual nasi lemak dan kuih-muih dengan menjajanya di seluruh blok apartment.semua orang meminati nasi lemak yang dibuat alia.ramai memuji kelazatan sambal nasi lemak yang dimasak alia.pada sebelah petang pula,alia akan ke kotaray untuk bekerja dibutik,menjahit baju disitu.

namun segala-galany bertukar apabila alia sering digangu oleh lelaki-lelaki nakal di situ. lelaki-lelaki disitu begitu tertawan dengan kejelitaan alia. alia yang selalu menghabiskan waktu penatnya selepas pulang dari kerja,akan bermain buaian yang ada di padang permainan disitu.stiap kali pulang dari kerja,alia pasti akan singah di situ untuk bermain buaian hingga puas dan hilang penatnya.setelah itu barulah alia pulang ke rumah.

pada suatu malam,ketika alia sedang khusyuk bermain buaian berseorang,dia didatangi oleh beberapa orang pemuda untuk mengangunya.alia menjadi semakin rimas apabila ada di antara mereka mula menyentuh-yentuh alia.ketika alia ingin pergi dari situ,alia telah dihalang oleh mereka.mereka bertindak ganas terhadap alia dengan mengheret alia ke kawasan gelongsor,disitu mereka mula merogol alia secara bergilir-gilir.alia cuba meronta,namun ditampar dan dipukul mereka.ketika alia cuba menjerit salah seorang dari mereka menekup mulut dan hidung alia.alia meronta-ronta akibat sesak nafas,namun tidak langsung dipedulikan oleh mereka,apabila mereka puas,mereka mendapati alia sudah tidak bergerak lagi.alia mati akibat sesak nafas.mereka menjadi panik lalu mengambil keputusan untuk membakar mayat alia.

"jadi sejak itu,awak menjadi penungu disini,hingga menakutkan seluruh penduduk apartment untuk mengunakan padang permainan ini,awak nak balas dendam,bukankah semua lelaki yang membunuh awak sudah dijatuhkan hukuman,kenapa awak masih disini,masih menakutkan penduduk disini"sampuk zikri
"bukan"kata alia
"habis tu?"soal zikri sambil jarinya bermain-main dengan pengetip kuku
"saya tak pernah menakutkan orang,menakutkan penduduk di apartment ini.saya masih disini kerana mencari orang untuk saya merasa ertinya cinta.setiap malam saya disini,menanti seorang lelaki untuk hadir mencintai saya."kata alia sambil mengesat air matanya dengan selendang
"cinta?"zikri pelik
"ye awak,cinta.saya belum pernah merasakan kehadiran cinta semasa hayat saya.sebab itu saya selalu disini,menantikan cinta hadir pada saya..tapi.."alia menagis teresak-esak
"tapi kini,cinta itu telah hadir"kata zikri
"tapi sudah terlambat"
"belum alia,segalanya belum terlambat lagi"
"awak dan saya kini berada di dunia yang berbeza awak,terus terang saya bersyukur sangat-sangat dapat merasakan indahnya cinta walaupun saya kini tidak berjasad lagi,namun cinta yang awak beri membuatkan saya bahagia awak.walaupun selepas ini pasti kita tidak lagi ketemu."alia memakai selendangnya
"awak yang ingin kita bersama,kenapa pula awak ingin pergi dari saya?hati saya sudah ada pada awak,hati saya sudah pun awak miliki.namun kenapa wak?kenapa awak sangup pergi meninggalkan saya?"zikri mula sebak
"saya cintakan awak,tapi mustahil untuk kita bersama.malangnya percintaan yang indah ini harus ada penamatnya,dan bukan semua penamatnya indah awak"kata alia kembali menangis
"saya nak bersama dengan awak,tapi kenapa awak seolah-olah mengalah bila berhadapan dengan rintangan ini?"tanya zikri
"bukan zikri,bukan begitu.cinta ini memang sejati,cinta kita memang hakiki,tapi cinta ini bukannya realiti."terang alia
"tapi saya ingin bersama awak.berada disisi awak.menyelami erti cinta hakiki ini,cinta sejati yang awak katakan,cinta antara kita!"tegas zikri
"saya tidak berjasad awak!saya tidak bernyawa seperti awak!"kata alia
"oh begitu,baiklah biar kita sama-sama tidak berjasad agar cinta kita menjadi realiti"kata zikri
"apa maksud awak?"alia binggung
"ini!"serentak itu zikri membenamkan pisau pengetip kuku itu kelengannya,saluran urat darah diketipnya dengan pengetip kuku itu.lalu terputus dualah saluran darah itu,.
"arghh"zikri mengerang perlahan
"zikri!! jangan zikri!!"jerit alia sambil berlari ke arah zikri.
alia tidak mempunyai kudrat untuk membantu zikri.alia langsung tidak mampu untuk menyentuh zikri.alai hanya mampu menjerit meminta tolong sambil melihat darah memancut keluar dari lengan zikri. zikri semakin lemah,banyak darah mengalir keluar dari lenganya membasahi baju dan seluarnya.zikri hanya mampu terduduk bersandar sambil tersenyum memandang kekasihnya alia.
alia sedaya-upaya menjerit meminta tolong,namun tiada siapa yang mampu mendengar suara jeritan alia.hanya zikri sahaja yang mampu mendengarnya
"alia,aku cinta padamu"bisik zikri lalu matanya terpejam
"zikri..kenapa awak buat begini.."alia merintih
"untuk cinta kita"bisik zikri
zikri akhirnya kaku.alia terduduk melihat mayat zikri.kekasih hatinya kini sudah tidak bernyawa sepertinya.alia menekup mukanya,air mata alia terus mengalir deras.
"alia"suara seorang lelaki dibelakang alia.bahu alia dipegang lelaki itu.
"zikri!"jerit alia.lalu memeluk lelaki itu.

'projek pembinaan rumah sampah bagi mengantikan kawasan padang permainan yang usang di apartment itu akan dimulakan pada hujung tahun ini setelah mendapat kelulusan dari pihak DBKL setelah meneliti beberapa faktor yang diutarakan oleh pemaju apartment itu yang mendapati kawasan pengumpulan sampah dikawasan apartment tersebut tidak mencukupi bagi menampung sampah-sampah dari penghuni apartment itu.projek rumah sampah itu mendapat tentangan hebat dari segelintir penghuni apartment itu. wartawan kami yang membuat liputan disitu semalam mendapati masih ada lagi segelintir penghuni apartment yang tidak mahu memberikan kerjasama.mereka mengatakan bahawa padang permainan tersebut adalah tempat sejarah bagi mereka.mereka mengatakan juga padang permainan tersebut meyimpan kisah tersendirinya.menurut mereka lagi padang permainan itu adalah lambang kepada sebuah kisah cinta sejati yang indah.merujuk kepada kes terdahulu,padang permainan tersebut pernah menjadi lokasi bagi kes rogol dan bunuh nur alia binti hamid yang berlaku pada 6 tahun lepas dan kes bunuh diri mohd zikri bin kasim yang berlaku pada awal 2 tahun lepas.penghuni apartment ini menceritakan bahawa mohd zikri dikatakan membunuh dirinya selepas terjumpa dengan kekasih mistiknya iaitu nur alia yang dirogol dan dibunuh untuk bersama dengannya. merujuk cerita penghuni aparment ini,mohd zikri dikatakan nekad membunuh diri untuk bersama dengan nur alia.sejak peristiwa itu,penghuni apartment itu sering ternampak kelibat sepasang kekasih yang dipercayai roh zikri dan alia dikatakan sering bermain buaian di padang permainan itu pada lewat malam,tambah mereka lagi,jika sesiapa yang pergi bermain buaian disitu pada lewat malam,mereka akan mudah dan segera mendapat jodoh.
laporan tersebut mengakhiri berita pada malam ini,saya zulaika mengucapkan selamat malam dan assalammualaikum'




----------------------------------tamat--------------------------------------------

8 comments:

  1. saipa hakim? bukan hazim ke kawan serumah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye hazim sebenarnye..maaf atas kesalahan teknikal

      Delete
    2. tak pe.. :)

      Delete
  2. cerita buai ni menarik, tapi aku agak terkilan sebab zikri bunuh diri. tak tau kenapa rasa mcm tak kena jer... btw cerita menarik. hope u dpt tulis cerita yg lagi menarik lepas ni. :) tak sabar nak tunggu cerita baru u. good luck jangan tension :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudara sebab menyukai hasil karya saya ini..
      cerita ini adalah rekaan semata-mata mengenai perngorbanan seorang insan yang akhirnya menemui cinta sejatinya..dia sangup melakukan apa sahaja untuk merealisasikan cintanya itu..sebab tula dia bunuh diri hehehe
      saya sentiasa berjanji untuk menyajikan yang terbaik utk anda dan yang lain..
      keep supporting me

      Delete
  3. Khuzairi....awak berbakat untuk buat penulisan novel kisah cinta. Kalau ada novel di pasaran, pasti laris jualannya...ur fan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terfikir juga saya untuk menaip novel dan memasarkannya..tapi saya tak tahu bagaimana caranya.. btw thanx 4 ur comment

      Delete
  4. Wau menarik cerpen ni,
    Sy suka garapan cerpen2 awk, gaya penulisan yg santai, tp bermakna.
    Biar pon kisah ni hero dia bunuh diri, tp ttp menarik.
    Ape2 pon, sy teruja baca, biar pon penulisan cerita ni dah lama..

    ReplyDelete