30 August 2012

Buai-Buai Cinta -PART 1-


Buai-Buai Cinta -PART 1-

Hiruk-pikuk kotaraya sedikit pun tidak mengangu kosentrasi seorang jejaka mencari destinasi yang ditujunya. berjalan seorang diri jejaka tersebut menyusuri celah-celah bangunan tinggi disitu. akhirnya dia berhenti di suatu block. dengan melihat skrin telefon bimbitnya,lelaki itu kemudiannya tersenyum seorang diri bila terpandang akan simbol huruf A di tengah-tengah dinding bangunan itu.

"ini Zikri ke?"tanya seorang lelaki yang kebetulan melalui di hadapan lelaki tadi
"ye saya zikri,awak ni Farid ke?"tanya zikri kemudiannya bersalaman dengan farid
"yela. ala tak payahlah nak formal-formal dengan aku,dah jom ikut aku kita pergi tengok bilik"ajak farid

mereka kemudianya berjalan ke arah lift dihujung bangunan tersebut.

"inilah rumah aku,rumah ini ada 3 bilik,bilik master tu bilik aku,bilik middle ni takde orang lagi,manakala bilik kecik tu,dah ade penyewa masuk bulan lepas,"terang farid kepada zikri.
"aku ingat aku nak sewa bilik kecil tu"kata zikri
"bilik tu dah ada orang masuklah,lagipun dulu kau gak yang belum confirmkan dengan aku,sebab tu aku buka bilik tu untuk orang lain"kata farid
"hmm"zikri mengingat kembali ketika dia berurusan dengan pemilik rumah yang dulunya ingin disewanya, disebabkan keadaan rumah yang kurang memuaskan,zikri akhinya menolak tawaran oleh pemilik rumah itu walaupun sewanya adalah yang terendah dari rumah farid ini.
"ini bilik dia,bilik ni tak de kipas,setakat ade lampu je,ni ada almari ni,dulu budak yang sewa rumah ni tak nak bawak almari ni keluar,jadi dia sedekahkan je kat bilik ni,kalau kau nak,guna je."kata farid lagi.
"sewanya rm200 kan?"tanya zikri
"yup,bilik ni rm200,bilik kecil tu rm150.ala standard ar harga ni,tak percaya kau pergi je mane-mane rumah kat sini,semua harga macam tu"kata farid
"aku tau"jawab zikri
"jadi,kau nak ke tak nak bilik ni?"tanya farid

setelah menghidupkan suis kipas meja,zikri kemudiaanya berbaring seorang di dalam bilik,akhirnya setelah dipersetujui,zikri memindah masuk barang-barangnya ke dalam bilik di rumah farid.
sudah pukul 9 malam. suasana hanggat dirasakan zikri. zikri berjalan ke ruang tamu. sunyi. tiada siapa pun dirumah.selepas farid membantu zikri mengankut barang masuk ke bilik,farid keluar dari rumah untuk berjumpa teman wanitanya.

zikri berjalan ke luar rumah.dingin diraskannya kini.angin kota menderu kuat tanda hujan akan turun nanti. telefon bimbit zikri begetar

'awak, malam nanti saya call awak,saya sibuk sekarang'

bunyi pesanan ringkas(SMS) dari tunang zikri, wana.

zikri menekan butang anak panah bawah ketika dia sampai di lift. jam di skrin telefon bimbitnya menunjukan waktu 12.30 malam. bayu kota dingin dirasakannya. suasana di apartment beransur sunyi. zikri berjalan ke luar dari lift. zikri berjalan seorang diri menuju ke kedai serbaneka 24jam . sebotol air soya beans dan sebungkus keropok dibelinya. ketika menyusur pulang dari celah-celah block aparment,zikri sedikit pelik dengan suasana baru di kawasan apartmentnya. semakin sunyi dan lengang. zikri menyangka bila zikri tinggal disini di kawasan apartment yang hampir dengan kotaraya,suasana pasti bising dengan hiruk-pikuk penghuninya walaupun sudah menjelang lewat malam,namun lain benar dirasakannya disini. suasana semakin sunyi umpama tiada siapa yang menghuni disini.

zikir melintasi kawasan permainan yang terletak di bucu blocknya berhadapan dengan block B. zikri duduk di buaian yang terdapat di taman permainan itu. sementara menanti panggilan dari tunangnya. zikri bermain buaian seorang diri sambil menghisap rokok. suasana makin sepi, hanya bunyi bising dari motor-motor yang sekali-sekala melintasi kawasan apartmentnya. bayu dingin makin terasa.sesekali bulu roma zikri meremang. agak seram juga dirasakannya apabila hanya duduk berseorangan disini.

setelah habis keropok yang dibeli zikri tadi dimakannya, zikri melihat jam tangan yang dipakainya. hampir pukul 2 pagi,sudah lama juga zikri duduk berseorangan disini. Wana masih tidak menghubunginya. setelah puas menunggu akhirnya zikri mengambil keputusan untuk pulang kerumah dan tidur,kerana esoknya zikri harus bangun awal untuk pergi bekerja.

"hi,seorang saja ke?"tegur seorang gadis yang tiba-tiba muncul dari belakang zikri
"eh awak, terkejut saya. ye saya seorang je la"kata zikri yang terkejut dengan kemunculan seorang wanita dibelakangnya. wanita ayu berbaju kurung kuning berselandang putih yang melingkari leher gadis itu.
"awak tu mengelamun je sampai saya datang pun awak tak perasan"kata gadis itu
"maaflah,ermm saya zikri"kata zikri lalu menghulurkan tangannya
"saya alia"alia tersenyum
"awak buat apa kat sini?"tanya zikri
"saya baru je pulang dari kerja,memang selalunya saya akan singgah sebentar disini untuk bermain buaian bagi menghilangkan penat sebelum balik ke rumah"jawab alia lalu duduk di buaian sebelah zikri.
"awak kerja apa hingga lewat malam?"tanya zikri.alia tersenyum
"saya kerja sebagai tukang jahit wak,disebuah butik di kotaraya,memang saya selalu pulang lewat sebab bas memang lambat"kata alia lalu berbuai perlahan.
zikri memerhatikan alia dengan senyuman manis,zikri terpesona melihat telatah alia yang mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya,alia tidak kekok.
kedinginan angin malam makin mencengkam tulang.
"awak pula,mengapa pindah ke sini?"tanya alia yang masih lagi berbuai
"dekat dengan tempat kerja saya,saya kene transfer dari cheras ke sini.jadi saya pun pindahlah kesini"jawab zikri
"awak berani duduk seorang disini ye"tanya alia lalu berhenti bermain buaian
"apa nak di takutkan"tanya zikri hampir tertawa
"hantu"jawab alia lalu merenung tepat ke mata zikri
angin mula menderu agak kuat.bunyi dedaun yang bergesel antara satu sama lain sedikit sebanyak menimbulkan rasa seram
"awak sendiri cakap yang awak selalu balik lewat dan akan bermain buaian disini sebelum pulang ke rumah, yang awak ni tak takut hantu ke?"tanya zikri semula
alia menyisir rambutnyaselendang putih yang dipakainya dibetulkan lalu menutupi rambutnya
"awak,dia pun makhluk Tuhan juga,biarlah dia,asalkan kita tak gangu dia dan dia pun tak akan gangu kita"kata alia.
zikri menekup mulutnya dengan tangan.zikri menguap panjang.
"awak dah mengantok,awak pulanglah kerumah,tidur,esok kan awak kene bangun awal pagi nak ke tempat kerja"kata alia
"baiklah wak, saya memang dah mengantok ni,saya pulang dulu lah ye"kata zikri lalu melangkah.namun terhenti setelah dia melangkah beberapa tapak menjauhi buaian.
"awak tak nak balik ke?"tanya zikri ke arah alia yang leka bermian buaian
"kejap lagilah wak,saya tak puas lagi bermain buaian ni"kata alia lalu berbuai

zikri hanya tersenyum melihat alia yang begitu seronok bermain buaian.zikri mula melangkah pulang,setibanya di lift zikri sempat berpaling melihat alia yang masih lagi bermain buaian.pintu lift terbuka.zikri memandang ke skrin telefon bimbitnya,terpampang gambar dia dan wana sebagai penghias latar skrin telefon bimbitnya. ketika melangkah keluar dari lift zikri sempat mengirimkan sms kepada wana.

'sila tepati janji awak lain kali'

zikri terus berjalan lesu sambil menekup mulutnya yang sudah beberapa kali menguap. zikri menjeling ke arah padang permainan. alia tiada,hanya buaian yang masih berbuai perlahan. mungkin alia sudah pulang sangka zikri..




-CERITA PENUH PADA BULAN SEPTEMBER-

No comments:

Post a Comment