07 June 2012

AKAN DATANG

Salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sy..harapa ada lagi lah orang yang sudi membaca blog saya ni..ye saya tau,sy memang dah lama sangat2 tak update blog dgn post cerita-cerita baru..maaf sbb sy bussy sgt2 skrg..tp dalam bussy2 gak sy ade buat beberapa penulisan..yang akan dipost kelak di dalam blog ini..harapa anda semua sudi menunggu lagi post2/cerpen2/novel2 yang bakal disiarkan tak lama lg..

anataranya dua cerita ini yang bakal mucul tak lama lagi..

sinopsis:

Buai-Buai Cinta

cerpen Buai-Buai Cinta mengisahkan percintaan unik antara dua insan iaitu zikri dan alia. percintaan yang tidak mungkin akan diterima akal dan sukar untuk direalisasikan. zikri seorang pemuda yang tidak begitu mengenal erti cinta dan naif dalam menjalinkan hubungan cinta dengan tunangnya,wana yang lebih bersifat optimistik kepada kehendaknya. cerpen ini akan membawa pembaca mendalami segala erti kasih dan cinta walau haikat sesebuah hubungan itu mungkin tidak akan kekal bersama di alam relaiti.percintaan sebenar antara zikri dan alia ini lebih ke arah pergorbanan sebenar dalam memiliki cinta abadi.pelbagai persoalan dapat dirungkai mengenai kewujudan alia dalam diri zikri yang sebenarnya sudah bertunang dengan pilihan kedua-dua belah keluarga. mengapa alia dapat mengajar zikri dalam menghargai cinta, adakah zikri dapat menerima keadaan sebenar diri alia,dan adakah mereka akan bersama? untuk mengetahui kisah unik percintaan ini,sila selami erti cinta sebenar dalam cerpen Buai-Buai Cinta

Indah Kuntum dari Mekarnya

Rafiqi:- "yang ku cari adalah kebahagian cinta dalam hubungan,bukanlah permainan duniawi yang mengabaikan keikhlasan hatiku yang menagih cintamu itu,mengapa cintaku kau abaikan dan aku bukanlah boneka cintamu"


Watie:- "biarpun cintaku kau abaikan,namun tidak langsung ku undur diri.memang benar aku mencintaimu,mengapa engkau mendustainya dan mengapa pula kini sidia yang ku gunakan berjaya mencuri hatiku..mana perginya janjimu kepadaku?mana perginya nada cinta yang acap kali ku dengar dari mulutmu?mengapa cintaku,kau abaikan hingga cintaku berpaling darimu"


Naim:- "sudah cukup-cukup sudah,aku tidak mahu bercinta lagi,gagalnya percintaan dulu menjadi trauma untuk aku fobia dalam bercinta.aku kini bahagia dengan permata hatiku.aku hanya mencintai diri ini dan permata hatiku.janganlah kau menagih cintaku ini,kesilapan besar jika aku bercinta lagi.sudah cukup-cukup sudah!"


Haiqal:- "bukan mudah untuk taluki hatiku,sebelum diriku dipergunakanmu baik aku yang mulakan dulu.taburlah cintamu padaku tapi hatiku kental untuk dimilikmu,aku tidak mengenal erti cinta,bagiku cinta itu adalah dusta.tidak perlu ku hanyut dalam bercinta jika cinta tidak menjaminkan apa-apa.aku bukan mencari cinta untuk bahagia!"




dua cerita ini akan mucul tak lama lagi..sementara itu,mana2 yang baru menjenagh blog aku ni..sila lah baca koleksi penulisan dan karya -karya aku kat dalam blog ni.. enjoy..


-wassalam-

2 comments:

  1. menunggu penulisan kau yg terbaru.
    =)

    ReplyDelete
  2. nak tanye.... cerita "indah kuntum dari mekarnya" tu memang tak publishkan ea..... sebab cari gak mane cerita tu...... kalau ada bleh bg link tak sebab mcm best jer..... klu tak publish nak tau knape ek???

    ReplyDelete