27 December 2011

Aku Kan Ada ~part 17=~Penantian Sebuah Pertemuan-part2-~



Aku Kan Ada -Penantian Sebuah Pertemuan -

"ermm ikram, u betul ke takde bf?"soalan malik berjaya menangkap perhatian ikram yang khusyuk memerhatikan keadaan sesak kotaraya Kuala Lumpur.
"oh yup,i single.why?"tanya ikram kembali sambil disambut senyuman manis dari malik
"i tanya je,jejaka tampan seperti u ni,sudah pasti dimiliki oleh seseorang, atau mungkin lebih"kata malik
lagu 'Janjiku' nyanyian kumpulan Sofaz mencelah perbualan mereka.
"tapi tidak,tiada seorang pun yang berjaya menambat hati i lagi"kata ikram
"i tak terkejut,orang seperti u ni,sudah pasti berselera tinggi,maklumlah seorang yang berkejaya ditambah lagi dengan paras rupa yang menawan manakan pula berselera kepada orang biasa sahaja"kata mallik sambil tangannya memulas stereng kereta ke kanan.
"hahaha"ikram hanya mampu ketawa
"kenapa gelak?apa yang lucunya?"soal malik hairan
"u la yang lucu,ada-ada sahaja berkata begitu terhadap i"ikram mengalihkan pandangannya kekiri
"i cakap perkara yang benar"kata malik seakan tegas
"tapi malangnya perkara tersebut adalah salah,anggapan u salah terhadap i"ikram masih memandang kiri tingkap kereta
"maksud u?"malik tertanya
"i bukan begitu,i akui yang i ada citarasa yang tersendiri,dan citarasa i bukan seperti apa yang u sebutkan tadi"kali ini ikram menyilang tanganya didada.
"habis,bagaimana i nak tahu citarasa u kalau u tak beritahu i"kata malik memperlahakan kenderaannya
"perlu ke i beritahu u?untuk apa?dan apa yang akan i dapat?"soal ikram bertalu-talu
"mungkin u akan dapat i dan i akan menjadi milik u"malik tersenyum nakal
ikram terkejut.dadanya berombak kencang.degupan jantungnya berdegup pantas.ikram mengawal dirinya dari melonjak kegembiraan
"i dah lama menjadi milik u,dan i rasa i dah dapat diri u"kata ikram tanpa melihat reaksi terkesima malik

telefon bimbitku bergetar,pasanan ringkas dari muizz menjengah masuk kedalam telefon bimbitku.
'ko kt ne?aku kt umh dh'ayat ringkas dari muizz amat ku fahami.
seorang lelaki berbaju hitam agak sendat melangkah ke mejaku sambil membawa sedulang bersamanya dua bekas minuman serta dua bekas berisi empat ketul ayam goreng.

"jemput makan dik"kata yusri ketika duduk dihadapanku
"terima kasih"kataku yang hanya memerhatikan gelagat yusri meyusun atur makanan di atas meja kami.
"maaf ni je yang abang mampu"kata yusri sambil meletakan dulang di sisi kanan bahu meja.
"ini pun dah lebih, yang penting saya dapat jumpa dengan abang"kataku sambil tersenyum melihat yusri yang juga turut tersenyum
"abang rindu sangat kat adik"kata yusri yang berjaya meruntun hatiku mataku hampir berair mendengar ayat ringkas yang begitu bermakna bagiku
"adik pun rindu kat abang"balasku

Pemandu teksi berhenti dihadapan seorang jejaka yang melambai kearahnya.pintu tempat duduk penumpang dibuka dan jejaka tersebut masuk ke dalam teksi. suasana agak mendung dihening senja di KLIA.

"nak kemana encik?"tanya pemandu teksi kepada jejaka itu.
"Bukit Antarabangsa"jawab jejaka itu.

faizan kemudiannya menjenguk keluar tingkap. KLIA kini sayup-sayup ditinggalkannya.faizan tidak sabar untuk pulang kerumah.bahu dan lehernya di urut manja. rasa sengal beransur hilang. penerbangan dari Tokyo ke Malaysia mengambil masa kurang 4 jam itu meletihkan faizan yang sememangnya tak cukup tidur kerana terlalu sibuk menguruskan seminar selama seminggu di tokyo.

malik meletakkan keretanya di tempat kereta yang disediakan di apartmentnya. malik keluar dari kereta sambil di ikuti oleh ikram. ikram berjalan rapat mengekori malik menuju ke lift.

"cantik gak rumah u ni"puji ikram yang matanya galak memandang segenap ruang isi rumah.
"ala biasa jela.rumah bujang"malik merendah diri
"u duduk dengan siapa?"tanya ikram
"dengan kawan.berdua je dengan dia"kata malik
"bf la tu"ikram menjeling ke arah malik
"mane ade,kalau i ade bf,i tak kan jumpa dengan u"
"kenapa pula?"
"sebab i jenis yang setia"kata malik lalu berjalan ke dapur

ikram tersenyum mendengar kata-kata malik. ikram menatap satu persatu gambar-gambar yang tergantung di dinding rumah malik. ikram mulai risau.hatinya tidak tenteram bila memikirkan kembali kata-kata malik. ikram tidak seperti malik.ikram akui dia ramai skandal. kekasihnya ramai, azmeer,faizan dan seorang lagi lelaki yang bekerja di pelantar minyak petronas di terengganu,Bahkri. jika malik menjadi kekasihnya.pasti sulit baginya untuk melindungi perkara sebenar tentang dirinya.semua kekasihnya setia kepadanya,namun ikram tidak.kekasih sudahlah ramai,ditambah lagi teman tidurnya lagi. jejaka tampan seperti ikram sudah pasti ramai yang berminat.

"abang buat apa sekarang?"tanya aku
"abang kerja biasa je"kata yusri
kami berjalan rapat-rapat di celah orang ramai yang sibuk membeli dan melihat barangan yang terjual di Downtown Cheras.
"abang duduk dengan siapa?"tanyaku lagi.
yusri merangkul pingang aku ketika memberi laluan kepada beberapa orang wanita berjalan bertentangan kami.
"apa?"tanya yusri
"abang duduk dengan siapa sekarang?"tanyaku lagi dalam nada agak kuat
"dengan famili"jawab yusri
"parents abang dah duduk kl ke?"tanyaku
"bukan dengan parents"jawab yusri
"habis tu dengan siapa?"soalku ingin tahu
yusri hanya tersenyum memandangku.yusri tidak menjwab pertanyaan itu.aku mengengam tangan yusri
"abang duduk dengan siapa?"soalku agak serius
"adik,abang sayang adik.."
"tu bukan jawapan bagi soalan saya tadi"pintasku lalu berhenti dari melangkah
"duduk dengan isteri dan anak abang"jawab yusri sambil merenung tajam ke dalam mataku

1 comment:

  1. episod 18.. x sabar nk tgok reaksi si adik bila tau abang kesayangan die dh kawen..huhu

    ReplyDelete