02 December 2011

Aku Kan Ada ~part 16=~Penantian Sebuah Pertemuan-part1-~





Aku Kan Ada  ~part 16=~Penantian Sebuah Pertemuan-part1-~

beberapa orang lelaki menghampiri meja ikram. ada diantara mereka yang berjalan melengang sambil mencekak pingang persis gaya seorang model wanita sedang berjalan di pentas peragaan. sambil rambut mereka yang lurus dan agak panjang itu tersisir dan beralun kekiri kenan mengikut derap langkah yang di aturkan.

"morning sundal,malam tadi kau pergi mana hah?call-call tak dijawab pun,mesti melacurkan"kata seorang lelaki dari kumpulan tadi yang terdiri dari empat orang.
"haha yang kau sibuk kenapa?aku melacur pun bukan dengan laki korang okey"kata ikram meniru gaya percakapan mereka
"kau memang kan,melacur tak hengat kawan! dengan jantan mana la kau menyundal malam tadi kan"kata zakwan pula
"cuba teka,dengan jantan mana aku beromen malam tadi?"tanya ikram tersenyum
"koser mak nak meneka,kau cakap je kan senang sundel"arah seorang lelaki yang bernama munir
"malik,abang macho yang muka jantan sangat tu yang korang cair bila tengok gambar dia tersenyum kat dalam facebook"kata ikram
"waahh!! kelas kau maria,dapat gak kau dengan jantan tu ek!"jerit zakwan sambil diikuti oleh yang lain.
"well"

telefon milik ikram bergetar,panggilan dari malik.

"nok! dia call mak nok!"jerit ikram gembira
"jawabla,pasang loudspeaker,mak nak dengar sore jantan tu!"arah munir
"hello"jawab ikram dalam nada kelakian
"hi,ermm bussy ke?sorryla gangu"kata malik
"tak lah,kenapa?"tanya ikram sambil yang lain tekun mendengar
"ermm lunch nanti u makan dengan sape?i ingat nak ajak u lunch sama nanti"
"ok gak tu,nanti kita jumpa time lunch nanti k.ok bye"
"eii dasar pelacur,kau pergi lunch tak ajak kitorang pun"kata zakwan
"eh kau pergi la lunch dengan laki kau,aku nak lunch dengan laki aku ni kan.sibuk jela"
"ehem-ehem!! ni tak de keje ke nak buat ni?"tegur bos tempat mereka bekerja
"eh ade bos ade, tengah bincang dengan ikram ni pasal nak buat inventori ni"tipu munir

aku berjalan berseorangan menuju ke kafeteria,muizz mengajak aku untuk makan bersama dengannya.pada mulanya aku ingat aku ingin makan bersama dengan ikram namun ikram pula sibuk dengan tugasannya. katanya dia hanya makan di dalam office sahaja. ikram meminta kawan sepejabatnya  membelikannya makanan nanti.kesian juga aku melihat keadaan ikram,yang selalu sibuk dengan kerjanya hingga tiada masa untuk makan dengan sempurna.

"itu azmeer"kata muizz kepada hasnidah
azmeer melangkah perlahan ke arah muizz dan hasnidah.
"hi,lama tunggu?"tanya azmeer sambil diperhatikan hasnidah
"tak lah,kau nak makan ape?,jom lah order"kata muizz yang nampak riang
"ok"jawabku sambil memandang hasnidah yang terispu malu.

tepat pukul 1.15 petang, Malik tiba restoran Selera Bonda,tempat pertemuan yang dijanjikan dengan ikram. mereka berjanji untuk menikmati hidangan tengahari bersama. malik tersenyum melihat ikram sedang membelek-belek Blackberry nya. ikram melambai kearah malik.

"sorry i lambat"kata ikram ketika berjabat tangan dengan ikram
"tak pe, i pun baru je sampai ni."kata ikram.
"u selalu makan kat sini ke?"tanya malik sambil memerhati kawasan persekitaran restoran
"ermm bolehla,sedap juga makanan kat sini tau"kata ikram
"so what i should i eat?"tanya malik

tepat pukul 6,aku bergerak ke parking kereta. aku melihat shidah sedang menyandar di kereta muizz.muizz tiada. kelibat muizz tiada disitu.aku sememangnya mengerti akan hasrat hati shidah yang inginkan satu perhubungan yang istimewa bersamaku. tapi aku tidak seperti yang disangkakan shidah. aku tidak meminati kaum seperti shidah.aku hanya meminati kaumku sendiri.

"mana muizz shidah?"tanyaku ketika menghampiri shidah
"entah,saya ingat muiiz akan balik dengan awak"kata shidah
"hey korang,wat pe ni?dating ek"tegur muiiz yang berjalan bersama hasnidah
"kami ke yang dating atau korang"sindirku sambil disambut gelak tawa dari muizz dan shidah manakala hasnidah hanya tersipu-sipu malu
"ermm sebenarnya saya nak mintak tolong azmeer sikit"kata shidah
"tolong ape wak?"tanyaku pelik
"ermm lesen saya dah expired semalam,saya tak sedar pun,harini baru saya perasan"
"oyeke?"
"ye wak,saya nak mintak tolong awak hantar saya balik rumah boleh?"pinta shidah
"ermm ok,boleh je"kataku sambil melihat shidah mengukirkan senyumannya
"ini kunci kereta saya"kata shidah.

semasa didalam kereta azmerr tidak banyak berbual dengan shidah. jika shidah tidak menyoal azmeer,maka mulut azmeer akan terkunci. ketika azmeer tekun memandu kereta dalam keadaan trafik yang agak sesak itu,shidah tekun menatap wajah lelaki yang diminatinya itu. begitu kacak sekali wajah azmeer,detik hati shidah. sesekali mata shidah akan terkebil bila terlalu lama memandang wajah azmeer. kulit muka azmeer bgitu licin sekali.tidak berparut atau berjerawat. wajah azmeer yang berkulit cerah itu juga bertambah tampan dengan sepasang mata yang redup dan sedikit kuyu. shidah tersenyum dikala melihat halkum azmeer yang bergerak ke atas dan bawah ketika azmeer menelan air liurnya.

"azmeer,kita pergi minum dulu nak?awak macam dahaga je"cadang shidah memecah kesunyian didalam kereta yang hampir 5 minit
"tak perlu,saya ok je.lagipun saya tak boleh lama ni,lepas ni saya akan ke bukit bintang"jawabku
"yeke?ermm maaflah susahkan awak je"kata shidah seakan hampa dan bersalah
"tak pela,lagipun rumah awak kan dekat dengan monorel,senanglah saya nanti nak pergi bukit bintang"kataku
"awak nak jumpa siapa di sana?"soal shidah dalam nada perlahan
"kawan lama"jawabku lalu memotong sebuah kereta Proton Gen 2.
"kawan sekampung ke?"soal shidah lagi
"kawan semasa saya bersekolah asrama penuh"jawabku sedikit tersenyum
"lelaki ke perempuan?"
"lelaki"
"yela tu, entah-entah awek lama"usik shidah
"saya sekolah berasrama penuh la.semua lelaki la"kataku yang mula rimas dengan pertanyaan shidah

sepanjang dalam perjalanan pulang, hasnidah tidak banyak bersuara. perasaannya sedikit kecewa bila azmeer menghantar shidah pulang.hasnidah sebenarnya ingin meluangkan masa bersama azmeer.tapi terperangkap berdua bersama dengan muizzudin didalam kereta ini.

"dah macam kapel dah abang tengok azmeer dengan shidah tu kan"kata muizz
"erm"jawab hasnidah sepatah lalu menjeling ke tingkap
" As ok ke?kenapa senyap je dari tadi?tak kanla dengan abang pun nak malu"kata muizz lalu ketawa kecil
hasnidah hanya mengelengkan kepada sambil tersenyum kambing

sejurus aku keluar dari gerabak monorel. aku berlari anak ke anak tangga. suasana sememangnya sesak dengan orang ramai yang baru pulang kerja dan beberapa kumpulan remaja dan warga asing yang berpeleseran.
aku melihat kawasan sekeliling.mencari dimanakah yusri. walaupun aku gementar,tapi jauh di sanibariku menjerit keriangan bila ku tahu aku akan berjumpa dengan yusri.

"adik cari sape ni?"

aku menoleh ke belakang

~bersambung~

1 comment: