06 October 2011

Aku Kan Ada ~part 13=~Setia Hanya Pada Nama~


Aku Kan Ada ~Setia Hanya Pada Nama

Pelayan cafe tersebut berlalu pergi setelah pesanan diambil dari meja yang menjadi tempat duduk ikram dan kenalan barunya Malik. Ikram mengenali Malik melalui laman sosial Facebook. setelah hampir seminggu mereka berbalas mesej di facebook,hari ini mereka bersua muka akhirnya.

"awak baru habis kerja ke?"tanya malik memulakan bicara
"ye,awak pun sama juga?"pertanyaan yang dilontar ikram disusuli senyuman manis
"yup,so this is our first date la ni"balas malik yang turut tersenyum riang.
"ye dan saya harap ini bukan yang terakhir"tutur ikram
"susah nak percaya yang awak ni masih single"
"dan susah juga saya nak percaya yang awak ini Plu"
"maksud awak?"dahi malik berkerut
"awak kelihatan begitu macho dan manly"
"haha"malik ketawa sambil mengusap dahinya

muiz berjalan keluar dari rumah dan menuju ke pili air di bucu rumah. pili air di pulas muiz,air yang mencurah keluar disambut dengan kedua-dua telapak tangan muiz.air jernih yang dingin itu disapukan kemukanya berkali-kali. getah paip berwarna jingga dicucuknya di pili air tersebut. kemudian muiz menyiram pokok-pokok bunga di hadapan rumah dengan pancuran air tersebut.

"siram pokok ke bang"tegur hamzah dari tingkap biliknya
"ye"jawab muiz sambil tersenyum
"abang azmir mana?"tanya hamzah
"keluar tadi,pergi rumah kawannya"jawab muiz
"abang tak pergi main bola ke hari ni?"hamzah ingin tahu
"tak,penatlah,ni pun baru bangun tidur ni"jawab muiz lalu memulas pili air
"kelas sampai petang?"
"ye,dari pagi sampai petang tadi"
"oo"
"kau lak, tak pergi main bola ke?"
"tak pergi pun,dah nak maghrib ni kan,lagipon saya pun macam abang juga,baru bangun tidur ni hehe"tawa hamzah

nur syaqila menatang dulang berisi seteko air teh panas dan goreng pisang.dulang tersebut di letakkan bersebelahan dengan laptop miliknya. nur syaqila tersenyum sambil menuang air teh tersebut ke dalam cawan

"jemput minum"perlawa nur syaqila
"azmir,awak ok ke?"tanya nur syaqila yang hairan melihat azmir yang kaku tidak mengendahkan langsung perlawaan dia.
"ye terima kasih"jawabku.
perlawaan nur syaqilah berjaya menyedarkan aku dari lamunan.
"azmir awak ok ke?macam tak sihat je?kepala awak masih sakit lagi ke?"
"tak,saya ok"aku cuba melupakan perkara yang berlaku sebentar tadi di stesen minyak. lelaki yang ku lihat seiras yusri tadi.
"kalau ok,jemputlah makan,qila ada buat pisang goreng ni"
"terima kasih,buat susah jela qila ni."
"tak susah pun,ermm azmir dah siap ke bahagian azmir?"

ikram membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin kereta.malik berdiri disisi kereta memerhatikan ikram.

"awak hati-hati masa memandu nanti"pesan malik
"hmm ok thanx.err rasanya masih awal lagi ni bagi saya untuk pulang,tak puas rasanya berborak dengan awak tadi"
"hehe,tak pe lain kali kita boleh jumpa lagi kan"
"apa kata awak masuk dalam kereta saya"
"untuk apa?"
"masuk jela,lebih selesakan dari berdiri je"

malik tersenyum lalu berjalan ke arah pintu kereta sebelah pemandu.

"baru pukul 7.45malam"kata ikram
"kenapa?"
"masih awal lagi."
"nak buat apa je lagi?"tanya malik memandang tepat ke mata ikram

ikram merapatkan mukanya ke muka malik.

aku berhentikan kereta disebelah bangunan yang terdapat mesin ATM. Azan Maghrib berkumandang. aku berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut.tiada orang di situ.telefon ku berbunyi.SMS masuk

'mir,ko kt ne?ley blek cpt skit x?aku nak guna kete ni'

pesanan ringkas dari muizzudin. aku membalasnya dengan menyatakan aku dalam perjalanan pulang. duit berjumlah rm450 yang ku keluarkan dari mesin ATM ku simpan di dalam dompet.

"janganlah,orang nampak nanti"malik memalingkan mukanya
"orang tak nampakla,dah malam ni kan,lagipun tak kanlah nak ucap selamat tinggal macam tu je"kata ikram sambil mengusap pipi malik.
"habis tu?nak ucap macam mana?"tanya malik yang pura-pura tidak tahu
"macam ni"kata ikram lalu menguncup bibir malik. malik membalas ciuman ikram dan bibir mereka bertaut serta bergilir-gilir mengisap lidah.

alangkah seronoknya hati ikram dapat mencium lelaki yang menjadi idaman kawan-kawannya di facbook. jika mereka dapat tahu mengenai hal ini,pasti semua akan cemburu kepada ikram. ikram semakin ghairah menjilat bibir malik hingga malik mendengus keenakan.

~bersambung~

No comments:

Post a Comment