04 October 2011

Aku Kan Ada ~part 12=~Kembali~



Aku Kan Ada: ~Kembali~
"Assalamualaikum" suara orang memberi salam semakin kuat di luar rumah. masuk ini sudah 4 kali salam diberi dan kali ini berjaya membuatkan azmir terjaga dari tidur
"Waailaikumsalam" jawab azmir sambil membuka pintu.
"abang tidur ke?dah petang ni bang,tak elok tidur waktu petang"kata hamzah yang berdiri di muka pintu
"aku tak cukup tidurlah"jawab azmir sambil menyisirkan rambutnya
"patutlah tak cukup,banyak nyamuk malam tadi kan"
"huh?"azmir pelik
"tu"muncung bibir hamzah ke arah leher azmir yang berbekas merah di beberapa tempat di leher azmir
"oo hehe,kau budak-budak apa yang kau tahu"kata azmir yang mengaru-garu badannya yang tidak berbaju itu
"ini mak ada bagi lauk ni. ketam masak lemak cili api, pedas sikit tau hehe"hulur hamzah bekas tuperwear ke arah azmir
"laa susah-susah je"azmir menerima bekas tersebut
"tak dela, minggu lepaskan abang ada bagi sekotak pizza hut kat rumah saya,jadi mak balasla dengan lauk ni lak"kata hamzah
"yeke,hmm terima kasihla"kataku sambil tersenyum seraya

selesai makan,lauk yang diberi hamzah tadi ku simpan di bawah tudung saji.aku menghidupkan laptopku. setelahku update facebook ku, aku kemudiannya melihat profileku di laman-laman sosial khas untuk golongan gay. tiada apa yang menarik, ramai yang menghantar pesanan peribadi kepadaku, yang mana aku berkenan akan ku balas, yang tidak aku abaikan sahaja.

pintu rumah di buka.muiz masuk lalu melemparkan beg ke sofa. aku hanya memandangnya sekejap lalu menatap kembali skrin laptopku

"dah hilang dah sakit kepala kau?"tanya muiz
"dah"jawabku tanpa memandang muiz
"kau masak ke?"tanya muiz ketika mengangkat tudung saji
"tak lah,jiran sebelah bagi lauk tu,aku dah makan kau nak, makanlah"kataku
"kau dah siap ke assigment kau?"tanya muiz sambil berjalan ke peti sejuk
"assignment apa?"tanyaku pelik.seingat aku,aku tidak mempunyai assigment
"aku tak tahu,kau tanya qila sendiri. dia kata kau ni sekumpulan dengannya"kata muiz
"qila??!! alamak!!"aku tersentap mendengar nama qila. baru aku ingat aku sememangnya mempunyai tugasan.tugasan berkumpulan.
"dah agak dah,mesti kau tak buat punya"sinis muiz lagi
"aku nak keluar jap. pinjam kereta kau"kataku lalu bingkas bangun dan menutup laptop
"kau nak pergi mana?"tanya muiz
"nak jumpa qila la"kataku

rumah nur syaqila sebenarnya tidak jauh dari rumah aku. aku meminjam kereta muiz untuk keluar jauh sedikit. keluar ke kawasan bandar selepas aku selesai berjumpa dengan nur syaqila nanti. aku mengeluh bila melihat di dashbord kereta. minyak kereta kurang. aku terpaksa mengisi minyak kereta sebelum pergi ke rumah nur syaqilah. aku berhenti disebuah mesin pam minyak yang kosong. dengan berseluar pendek dan berbaju kemeja kotak merah putih, aku berjalan perlahan ke kaunter pembayaran untuk membayar jumlah minyak yang akan di isi.

"hello kak, kat mana?"tanya muiz selepas panggilannya dijawab kakaknya
"kakak kat bangsar ni, adik kat mana? ada apa call akak?"tanya kakaknya kembali
"kat rumahla, nak mintak duit sikit boleh?"tanya muiz
"duit?ermm nak berapa?"
"dalam rm600"
"eii banyaknya,akak mana ada duit banyak tu dik,pergi mintak kat along jela"suruh kakaknya
"dah call dah,along tak ade kat sini,dia pergi holiday dengan family dia kat Singapore"
"ermm ok la malam nanti akak bank in kan. akak nak pergi butik ni,ada banyak kerjala"
"ok.terima kasih"kata muiz lalu memutuskan panggilan

muiz kemudiannya berjalan ke dapur dan mengambil pingan untuk makan. setelah itu, muiz duduk di ruang tamu bersendirian menjamu hidangan tersebut. bukan niatnya untuk menyusahkan kakaknya dengan meminta duit sebanyak begitu pada kakaknya tadi. namun keadaan memaksanya. sudah hampir dua bulan segala perbelanjaan rumah di tanggung muiz. azmir tidak sesen pun mengeluarkan duit perbelanjaan rumah. duit sewa rumah,bil elektrik dan air, dan barangan dapur semua ditanggung muiz. muiz tidak ingin meminta duit pada azmir walaupun azmir adalah rakan serumahnya dan sepatutnya azmir juga membayar dan berkongsi dengan muiz dalam soal perbelanjaan. mengenangkan keluarganya banyak membantu muiz ketika dia kehilangan ibu-bapanya,muiz diam.

ikram memberhentikan keretanya di bahu jalan berhadapan dengan sebuah sebuah kafe. mata ikram meliar disegenap pelusuk kafe dan kawasan sekitarnya.ikram melangkah keluar dari kereta.pintu kereta ditutupnya lalu ikram bersandar dipintu keretanya sambil mengeluarkan kotak rokok. ketika ikram ingin memetik pemetik api,seorang lelaki berpakaian kemeja belang biru dan berseluar slack biru gelap menghampirinya sambil tersenyum. ikram menyimpan pemetik api di dalam poket seluarnya sambil tersenyum ikram berjabat tangan dengan lelaki itu.

"ikram?"tanya lelaki itu
"Malik?"tanya ikram juga
"ye saya,lama tunggu?"tanya malik
"tak lah baru je sampai,tak sempat pun nak isap rokok"jawab ikram sambil tersenyum manis

nur syaqila menanti kedatangan azmir.nur syaqila berdiri di beranda rumah sambil memegang erat telefon bimbitnya. angka 6.44pm muncul diskrin telefon bimbitnya. azmir lewat 44minit dari waktu yang dijanjikan.sesekali nur syaqila mengetap bibirnya yang hampir kering itu.mata nur syaqila redup memandang halaman rumahnya yang kaku berdiri beberapa pokok bunga dan pokok rambutan.

"rm20,pam nombor 6"kataku kepada wanita yang menjaga kaunter tersebut.
"kat pam yang ada kereta swift biru tu ke?"tanya wanita itu kembali
"yup"jawabku ringkas lalu mengalihkan pandanganku ke arah mesin pam tersebut.
"ini bakinya rm30.terima kasih"kata wanita itu lalu menghulurkan baki wang ke arahku

aku tersenyum lalu berpatah semula ke arah kereta muiz.telingaku tertangkap pada bunyi esakan tangis kanak-kanak yang beridir di belakang kereta Gen2 yang berwarna jingga di hujung sebelah kiri stesen minyak di mesin pam nombor 9. sambil aku berjalan aku sempat memandang ke arah kana-kana lelaki yang menangis itu. seorang lelaki keluar dari kereta itu lalu mendukung kanak-kanak tersebut.langkahku terhenti dan jantung ku berhenti berdegup untuk sesaat bila melihat lelaki tersebut.

"Yusri!!"jerit hatiku

~bersambung~

2 comments:

  1. Yusri is back~ siap de anak~ hakhak~ bestnyer~~~

    ReplyDelete
  2. huhu...jmper ex...

    ReplyDelete