26 September 2011

Aku Kan Ada ~part 11=~Perasaan~



Aku Kan Ada ~ Perasaan

"Secret Recipe?"aku mengangkat kening kananku
"yup, jom masuk"ajak ikram lalu menarik tanganku
"eh jap, awak tau kan saya tak suka makan kat tempat-tempat macam ni,kenapa awak bawa saya ke sini?"tanyaku
"ala selalau je lepak mamak dan warung, hari ni jomlah kita try makan kat sini k"pujuk ikram
"k"jawabku senada. memang aku tidak mengemari makan ditempat begini, di Fastfood atau western restoran. aku lebih gemar makan di warung melayu atau mamak kerana aku sudah biasa dengan suasana begitu.
"malam ni awak tidur dirumah saya k"ikram bersuara sambil membelek menu
"dah agak dah"sinisku
"apa dia?"
"saya tau,kenapa awak bawa saya makan disini dan mengajak saya tidur dirumah awak, hari ni ulang tahun kita kan?"tanyaku sambil tersenyum ke arah ikram
"saya ingat awak lupa"kata ikram
"perkara penting macam ni,mana boleh saya lupa"kataku sambil mengusap manja peha ikram

segalanya berjalan lancar, malam yang istimewa bagi aku dan ikram.selesai makan, kami berdua terus menuju ke bukit bintang. berjalan berdua sambil bergurau senda. begitu bahagia ku rasakan.

jam menujukkan pukul 2.46 pagi. azmir masih belum pulang lagi. muiz menutup buku nota dan laptopnya. muiz sedikit risau. waktu-waktu begini azmir masih belum pulang. azmir tidak pula menghubungi muiz untuk memaklumkan mengenai kelewatannya untuk pulang ke rumah.

"hello,kau kat ne?"tanya muiz pabila panggilannya dijawab
"err azmir dah tidur,malam ni azmir tidur rumah aku.esok baru dia balik"kata ikram ketika menjawab panggilan muiz
"kau siapa?"tanya muiz
"aku kawan azmir.k la aku bussy ni.bye"kata ikram lalu memutuskan panggilan
ikram kemudiannya baring mengiring sambil memeluk azmir seperti memeluk bantal peluk.

kereta ikram kemudiannya bergerak laju sambil membunyikan hon beberapa kali. aku melambai-lambai ke arah kereta ikram yang semakin jauh. aku kemudiannnya melangkah masuk ke dalam rumah.

"hai bang,tak pergi kelas ke hari ni?"tanya budak rumah sebelah
"oh,kelas aku petang nanti"kataku
"oo awal balik,keluar dari malam tadi ke?"
"ye"
"k la bang, saya g sekolah dulu."kata budak sebelah
"ok,eh jap, nama kau siapa?"tanyaku
"abang yang duduk serumah dengan abang ni tak bagitau ke nama saya?"
aku mengelengkan kepala
"hamzah nama saya, panggil am je"kata budak tu
"ok"
hamzah kemudiannya terus membonceng motorsikalnya keluar dari kawasan rumah.

aku melangkah kaki ke dalam rumah.sepi.suram. aku mengeluarkan telefon bimbitku lalu ku dail no muiz.

"hello kau kat ne?"tanyaku
"aku kat kolejla,kau kat ne?"tanya muiz kembali
"aku ada kat rumah"
"rumah kita ke rumah pakwe kau?"tanya muiz dalam nada sinis
"rumah kitala.kau tolong sain kan kedatangan aku harini kat kelas nanti. aku pening kepala la. tak larat nak pergi kolej"kataku lalu berbaring di sofa
"kau buat apa je dengan pakwe kau malam tadi sampai boleh pening ni?"tanya muiz
"tak de buat apala.k la, aku pening ni, kepala sakit la. kau buat jela apa yang aku suruh tu. ok, bye"kataku lalu memutuskan panggilan.

muiz kemudiannya berjalan seorang diri ke arah lift. setibanya di lift muiz melemparkan senyuman ke arah seorang gadis ayu berbaju kurung dan bertudung litup bewarna jingga.

"As ade kelas ke?"tanya muiz ke arah gadis tersebut
"ye,as ade kelas ni, abang pun ade kelas ke?"tanya hasnida kembali
"ye kat tingkat 6"jawab muiz

Hasnida merupakan gadis manis yang menjadi pujaan hati muiz. hingga kini muiz masih belum berani untuk meluahkan perasaannya kepada hasnida. muiz tidak mahu terburu-buru. muiz ingin hasnida juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya. muiz tidak ingin hasnida menerimanya jika jiwa hasnida kosong. muiz ingin jiwa hasnida terisi dengan kasih sayang kepadanya dengan sendiri. muiz tidak ingin rasa cinta hasnida itu lahir saat muiz meluahkan perasaannya kepada hasnida.muiz ingin hasnida juga menerimanya saat jiwa hasnida sudah terisi dengan rasa suka dan cinta kepadanya. muiz juga tidak ingin jika dirinya hanya bertepuk sebelah tangan.muiz khuatir tatkala dia melafazkan cintanya dengan mudah hasnida menolak dirinya. biarkan segalanya berlaku sendiri.biarkan cinta itu hadir tanpa dipaksa. biarkan cinta itu menjadi cinta sejati. itulah cinta yang muiz inginkan.

"muiz,kenapa azmir tidak hadir ke kolej pada hari ini?"tanya nur syaqilah atau lebih mesra di panggil qila
"azmir sakit kepala. dia pening"jawab muiz
"azmir migrain ke?"teka qila
"bukanlah hanya pening biasa sahaja"muiz menyangkal tekaan nur syaqila
"saya risau ni"
"risau?oo rupanya qila ada hati pada azmir ye"usik muiz
"eh mane ade"nur syaqila tersipu-sipu
"habis tu,mengapa qila risau,lihat pipi qila pun sudah kemerah-merahan"
"ape ni muiz.janganlah kata begitu,sebenarnya azmir tu satu kumpulan dengan saya untuk tugasan yang pensyarah beri minggu lepas,ahli lain semua dah hantar bahagian tugasan masing-masing kepada saya,cuma azmir je yang belum beri saya apa-apa lagi.saya risau sebab lusa tugasan tersebut harus dihantar"jelas nur syaqilah
"oh macam tu. nanti saya sampai rumah saya tanya azmir mengenai hal ini"
"terima kasih muiz, awak boleh hubungi saya nanti,atau suruh sahaja azmir hubungi saya.penting tau"
"jangan risaulah,saya akan sampaikan nanti"janji muiz
"baiklah,terima kasih ye"

segala fail yang terbuka di meja di tutup ikram. sudah tiba waktu makan tengahari.waktu rehat bagi ikram dan pekerja-pekerja yang lain. ikram sempat mencetak beberapa dokumen penting untuk mesyuarat pada sebelah petangnya dengan ahli lembaga tertintingi syarikat tempat ikram bekerja. sebagai Senior Cretive Director,ikram bertanggung jawab dalam membentangkan idea-idea kreatif untuk memajukan perniagaan syrikat tempat dia bekerja. 'BUZZ' ikram terkejut apabila dia ingin menutup komputernya,tiba-tiba seseorang menghantarkan pesanan ringkas melalui Yahoo Massenger(YM) kepadanya.

'hi encem,dh lunch?'pesanan ringkas yang dihantar oleh seseorang yang mengunakan nickname maskulin82
'nk g la ni'balas ikram
'oh sorry for disturbing'
'nah im ok,so wassup?'
'i akn blek kl next week.so i igt nk jumpa u la nnt'
'u dh hbs keje ke kat Tokyo?'
'yup,i kan outstation 3 miggu je,so next week will be my last day kat tokyo.i tak sbr nak jump u.rindula sgt2'
'yeke,bgusla.i pun rindu kat u gak.sorry baby, i have to go'
'ok2 sowy gangu.i love u.tc encem.muah.'
'love u 2.muah'

ikram menghela nafas panjang. ikram lupa tentang Faizan yang mengunakan nickname 'maskulin82' yang bakal pulang dari outstation di tokyo. terpaksalah ikram lebih berhati-hati selepas ini.ikram tidak ingin azmir tahu tentang Faizan yang juga kekasih ikram

~bersambung~

1 comment:

  1. amboi~ x sangka plak ada elemen main kayu tiga kat sni~ hehehek~ bila la muiz nak luahkan perasaan kat azmir yek? hahahahahak

    ReplyDelete