22 August 2011

Aku Kan Ada ~part 8=~Asrama -part 6- ~



~Asrama -part6- ~

Perbualan mereka terhenti apabila guru yang mengajar subjek Sejarah masuk ke dalam kelas mereka.

Aku duduk di atas bangku di bawah sebtang pokok. Sudah puas ku cari muiz.di dalam kelas,di perpustakaan di kantin dan tdi dalam tandas. Namun muiz tiada. Muiz tidak sebegini. Selalunya muiz tidak berlengang dariku.sentiasa ada disisiku. Hari ini,muiz lain.semasa di dalam kelas tadi dia tidak banyak bercakap denganku dan sekarang waktu rehat pun muiz tiada.tidak keluar makan bersamaku.

Sebentar lagi loceng akan berbunyi. Semua pelajar akan masuk ke kelas masing-masing untuk meneruskan sesi pembelajaran. Aku mula bangkit dari bangku untuk bergerak ke dalam kelas.

“wei budak tunggu jap”panggil aswadi
“nak pe bang?”tanyaku sambil menyisir rambut. Aswadi menghampiriku bersama hakimi dan syahid
“malam ni aku nak kau datang kat tempat biasa. Yusri nak jumpa kau gak”kata aswadi.
“tempat biasa?kat mana?”tanyaku
“kat belakang tandas la”sampuk hakimi
“pukul berapa?”tanyaku
“lepas lampu padam”kata hakimi lagi
“ok”jawabku

Aku melangkah perlahan ke dalam kelas. Fikiranku kini tertumpu pada muiz. Dimana muiz sekarang?mengapa muiz tidak mahu bersamaku lagi.

“serius ke kau nak buat ni?”tanya syahid
“ye ar”kata aswadi sambil memerhatikan azmir masuk ke dalam kelas
“kalau yusri tau pasal ni mampus wo”kata syahid
“peduli ape aku!”tegas aswadi lalu berjalan ke arah kantin

Aku melangkah masuk ke kelas berseorangan. Didalam kelas aku lihat muiz sedang rancak berborak dengan azri. Aku menghampiri mereka. Air muka muiz berubah ketika aku duduk disebelah azri.

“kau pergi mana tadi muiz?puas aku cari”tanyaku
“pergi jumpa cikgu. Hantar folio sejarah”jawab muiz
“kenapa tak ajak aku sekali?”tanyaku
“aku tak nak gangu kau jumpa abang angkat kau”perli muiz
“mir kau dah ade abang angkat?”tanya azri
“eh mane ade!”tegasku. aku pelik dengan sikap muiz. Seolah-olah ingin mendedahkan rahsiaku
“habis tu yang muiz kata ni apa?”soal azri lagi
“tak dela. Aku gurau je”sampuk muiz.
Aku mula tidak selesa. Aku terasa hati dengan sikap muiz sekarang.

Kelas akhirnya berakhir. Aku berjalan lemah kembali ke bilik dorm. Aku dapat rasakan aku akan kehilangan seorang lagi rakan karib ku muiz. Aku tahu muiz tidak suka bila aku rapat dengan yusri. Tapi aku tidak terdaya untuk menjauhkan diri dari yusri. Aku betul-betul suka pada yusri. Cara layanannya amat ku senangi. Aku tidak pernah dibelai manja sebegitu. Jika di rumah aku selalu diketepikan oleh ibuku dan yahku kerana mereka lebih mementingkan adikku dari aku. Aku hilang kasih sayang dari mereka. Tapi apabila aku bersama dengan yusri. Aku dapat rasakan keseronakan dibelai dan dimanja.

Malam ini aku akan bertemu dengan yusri di belakang tandas. Tidak sabar untuk aku berjumpa dengan mereka. Mengikut kata aswadi, rakan yusri pada tengahari tadi, yusri menantiku selepas lampu bilik dorm di padamkan. Tidak sabar aku untuk berjumpa dengannya.

“kenapa kau beritahu azri tadi yang aku ada abang angkat?”tanyaku kepada muiz
“kenapa? tak boleh ke?”tanya muiz
“kau nak malu kan aku ke?”tanyaku lagi
“malu apa lak?”
“yela, lepas ni mesti azri kecoh kat semua orang yang aku ni kekasih yusri”kataku
“kekasih?aku cakap tadi yang yusri tu abang angkat kau,bukannya kekasih! Atau kau memang kekasih dia?”soal muiz serius
“lantak ar kalau aku ni kekasih dia.yang kau sibuk pehal?”
“Ya Allah,azmir. berdosa tau bercinta dengan kaum sendiri! Kau nak jadi apa ni?kalau mak dan ayah kau tahu pasal ni. mati kau.”tegas muiz
Aku terdiam. Memang betul kata muiz. Tapi aku tak boleh nak menafikan perasaan aku ini pada yusri.
“kau nak pergi mana tu?kau nak jumpa yusri ke? Cukup-cukuplah mir!”jerit muiz bila melihatku melangkah keluar dari bilik dorm.

aku berdiri dibucu koridor blok A2 yang menjadi asrama lelaki  bagi pelajar tingkatan tiga. Pemnadangan dari koridor tersebut terus ke padang hoki. Aku dapat melihat jelas yusri sedang berlatih hoki dengan rakan-rakannya. Memang benar kata muiz. Aku sudah berubah. Aku menjadi seseorang yang sukakan lelaki,homoseksual atau gay. Setiap kali aku melihat yusri aku begitu gembira bagaikan dilamun cinta. Yusri sedar bahawa aku sedang melihatnya bermain dan sesekali dia akan melambai ke arahku sambil tersenyum dan mengenyitkan matanya yang kuyu itu. Aku bagaikan nak gila melihat gelagat yusri.

“mir, hujung minggu ni aku nak balik rumah”kata muiz yang hanya bertuala ketika kami sama-sama melangkah masuk ke dalam bilik air.
“kenapa?”tanyaku
“hari sabtu nanti hari jadi kakak aku”kata muiz
“oo. Sampaikan salam aku kat dia”kataku lalu menangalkan baju
“sampaikan?,kau tak nak ikut sekali ke?”tanya muiz
“buat apa, majlis tu nanti untuk keluarga kau je.”
“apa lah kau ni. aku dah anggap kau tu macam ahli keluarga aku gak. Kau ikut aku nanti tau”kata muiz bersungguh-sungguh
Aku terdiam. Aku memandang muiz melangkah masuk ke dalam bilik tandas.sebelum muiz mengunci pintu, muiz menanggalkan tuala yang menutupi badannya. Dadaku berombak apabila melihat muiz berbogel.aku segera masuk ke dalam bilik tandas sebelah.

Aku sedikit pelik,jika sebelum ini aku tidak merasakan apa-apa ketika melihat muiz atau lelaki lain berbogel,tapi sebentar tadi aku merasakan lain. Aku tidak pernah merasakan begini sebelum ini. seolah teruja atau berahi melihat kaum sendiri berbogel. Memang sah,aku dah berubah!

~bersambung~

No comments:

Post a Comment