20 August 2011

Aku Kan Ada ~part 6=~Asrama -part4- ~



~Asrama -part4- ~

Azmir berjalan masuk bersama yusri ke dalam tandas. Dari jauh, muiz melihat azmir dan yusri berjalan berdua ke dalam tandas. Muiz merasakan lain melihat gaya yusri dan azmir. muiz berdiri.

“kau nak pergi mana pulak ni?”tanya azri
“ri,kau tunggu sini jap,aku nak pergi toilet gak lah.tetibe je nak terkencing ni”kata muiz lalu berjalan laju menuju ke tandas.

Semasa aku berada di dalam tandas yusri hanya tersenyum memerhatikan tingkah laku ku. Aku membasuh tangan di sinki. Memandangkan tiada orang di dalam tandas,yusri berani memelukku dari belakang.

“tak nak la bang.”kataku sambil cuba merungkaikan pelukan yusri.
“kenapa ni?abang sayanglah kat azmir”kata yusri lalu memelukku lagi
“saya rimas lah.”kataku yang kemudiannya menolak kuat badan yusri.
“adik, abang sebenarnya teringin nak ada adik lelaki macam azmir tau. Abang tak de adik lelaki. Jadi bila dapat adik lelaki macam azmir ni abang rasa bahgia sangat.”jelas yusri. Aku hanya membatukan diri.
“mir. Mir jadilah adik abang k. abang akan jaga mir elok-elok. Mir cakap je kat abang kalau ada budak yang buli mir ke yang kacau mir ke, mir cakap je dengan abang. Abang akan ajar budak tu. Abang tak nak dorang gangu adik abang, abang sayang sangat kat azmir”kata yusri. Aku begitu terharu mendengar kata-kata yusri. Setiap baris kata yang lahir dari mulutnya kedengaran begitu tulus dan ikhlas, ditambahkan lagi dengan air mukanya yang manis. Aku dapat rasakan kata-kata yusri adalah ikhlas.

Aku terkejut apabila mendengar bunyi tapak kasut di muka pintu tandas. Kelihatan muiz berjalan masuk mendekatiku. Air muka yusri berubah marah dan bengis.

“mir,kau buat apa dengan dia?”tanya muiz
“yang kau sibuk pehal?”tanya yusri sambil menolak-nolak badan muiz.
“bang jangan. Ni kawan baik saya, muiz”kataku
“muiz?kawan baik?kau nak tahu aku sape?aku ni abang angkat azmir. aku nak jumpa dia,salah ke?”tanya yusri dalam nada meninggi
“abang angkat?”muiz pelik
“kenapa?tak boleh ke?”tanya yusri
“mir,betul ke ni?”tanya muiz kepadaku
Aku berdiam diri.kepala aku terangguk dua kali.
Air muka muiz berubah. Muiz terkejut. Tidak menyangka bahwa kawan karibnya masih lagi berhubung dengan yusri walaupun sudah dilarangnya.
Aku melangkahkan kaki keluar dari tandas. Aku mula malu dengan muiz.

“lepas ni kau jangan kacau azmir lagi. dia tu adik aku kau paham?!”tengking yusri
“aku tak kira,kau tu yang jangan kacau azmir lagi. azmir dah ceritakan apa yang kau buat kat dia. Kenapa kau buat benda tu kat dia hah?”tanya muiz dengan lantang dan berani
“oo sudah pandai melawan ye,kau fikir kau sape hah?azmir tu handsome,aku suka kat dia sebab tu aku buat dia jadi adik angkat aku. Tak kan dengan kau lak. dah lah tak handsome,buruk aku tengok! Aku malas nak layan budak macam kau ni la, kira kau bertuahlah aku tak belasah kau kat sini”kata yusri sambil menolak badan muiz dan berlalu pergi.
Muiz tertunduk diam. Cukup malu dirasakannya bila mendengar kata-kata hinaan daripada yusri.

Malam itu sekali lagi aku mengajak arshad merokok di belakang tandas blok senior. Tepat pukul 12 malam, apabila semua pelajar sudah tidur begitu juga dengan muiz yang tidur awal sejam dari tadi,aku melangkah keluar bilik dorm secara senyap-senyap untuk ke dorm arshad.

Aku hanya berselipar jepun melangkah senyap agar tiada siapa yang sedar akan aku yang masih belum tidur lagi. mataku meliar memandang sekeliling dalam kegelapan malam. Langkahku terhenti apabila mendengar bunyi derapan kaki dari arah bawah tangga menuju ke tingkat atas. Di tingkat aku berdiri sekarang. Aku mula mengatur langkah ke tandas berdekatan.

“woi!”jerit seseorang dibelakangku.
Akhirnya aku tertangkap. Aku berdiri kaku.langkahku dimatikan.
“kau nak pergi mana?”
“tan.tan..tandas”jawabku tersangkut-sangkut
“tak kan kat sebelah sana tak de toilet sampai kau kena ke sini lak?”tanya lelaki tersebut.
Aku terdiam. Suasana gelap begitu menyukarkan aku untuk melihat dengan siapa aku bercakap.
“kau nak pergi isap rokok kan?”tanya lelaki itu lagi.
“bukanlah.”
“tak payah nak tipu aku lagi.aku dah tangkap seorang budak junior tadi yang try nak isap rokok kat port biasa.kau pun nak pergi isap rokok kan?”
“mane ade”
“dah ikut aku”tarik lelaki itu
Aku hanya mengikut lelaki tersebut. aku tidak melawan. Aku akur dengan kehendaknya.

Akhirnya aku dibawa ke dalam sebuah bilik. Di situ terdapat empat pelajar senior dan seorang pelajar sebaya denganku. –arshad. Aku terkejut apabila melihat arshad yang sedang tertunduk. Aku bertambah terkejut melihat yusri turut berada di situ.

“ni kawan kau kan yang nak isap rokok dengan kau?”tanya lelaki tadi.
“ye”jawab arshad
“ni sorang lagi budak yang isap rokok kat port biasa tu”kata lelaki itu kepada rakan-rakannya.
“azmir isap rokok dengan budak ni ke?”tanya yusri
“ye”jawabku pendek.
Yusri melangkah merapatiku.
“aku rasa malam ni kita lepaskanlah je budak-budak ni”kata yusri
“pehal lak nak lepaskan dorang ni?”tanya seorang kawan yusri bernama Aswadi
“biarlah untuk malam ni. korang ada rokok tak?”tanya yusri kepadaku
“ni”aku mengeluarkan sekotak rokok dunhill 14 yang baru ku beli pada hari jumaat lepas ketika kami semua keluar dari asrama untuk solat jumaat di masjid berdekatan. Aku mengambil peluang dengan kawan-kawanku untuk keluar membeli rokok.
“kita rampas je rokok budak-budak ni.”kata yusri
“tak buat tu ke?”tanya lelaki yang menagkapku tadi
“lain hari”kata yusri
“kalau kau tak nak,kau boleh bla. Aku nak budak jambu ni”kata aswadi
“wei. budak ni aku punya.”kata yusri lalu berdiri di hadapanku
“kau nak makan sorang?”tanya aswadi
“budak ni special untuk aku.”kata yusri


~bersambung~

No comments:

Post a Comment