11 August 2011

Aku Kan Ada ~part 2=Sahabat~



Aku Kan Ada: ~Sahabat~

“ade ar”jawabku lalu memejamkan mata.
“malam ni kita keluar nak?aku nak beli barang dapur sikit.kau temankan aku ye”kata muiz yang berdiri di belakang sofa tempat aku berbaring.
“malam ni aku ada hal lah”kataku
“tak pela kalau macam tu”kata muiz lalu berjalan meninggalkanku

Sudah hampir 1 tahun setengah aku duduk bersama dengan muiz. Hanya aku berdua sahaja yang menyewa rumah ini. walaupun sewanya agak mahal,namun muiz sanggup membayar lebih untuknya. Aku pernah mencadangkan kepada muiz agar kami menyewakan rumah ini kepada orang lain juga,tapi muiz tak setuju,rimas katanya bila ramai orang menghuni rumah ini.

“mir,kau balik pukul berapa nanti?”tanya muiz sambil mematikan langkahnya
“tak tahu lagi”jawabku
“kau pasti tidak mahu mengikutiku?”tanya muiz lagi
“ye”jawabku lalu memejamkan mata rapat-rapat.

Laungan kuat azan maghrib mengejutkan aku. Suasana mula berubah pabila aku membuka mataku. Keadaan dalam rumah menjadi suram dan malap. Aku bangkit dari sofa lalu menuju ke luar rumah dengan hanya berseluar jeans sahaja. Baju-baju yang ku jemur di ampaian pada pagi tadi ku ambil. Aku melihat kereta muiz tiada di pekarangan rumah. Aku sedikit pun tidak hairan, memang waktu-waktu petang begini selalunya muiz akan ke taman permainan untuk bermain bola dengan rakan-rakannya. Aku pula hanya sekali-sekala akan bermaian bola dengan mereka.

“hai angkat baju ke bang?”tegur seorang budak lelaki di sebelah rumahku
“ah’ah”jawab ku ringkas sambil tangan ku sibuk mengambil baju-baju di ampaian
“tak main bola ke hari ni?”tanya budak itu lagi
“tak,aku penat ar”jawabku

Budak lelaki itu hanya tersenyum. Budak lelaki itu kemudiaanya menghidupkan enjin motorsikalnya lalu menunggang keluar dari perkarangan rumahnya. Sejak aku dan muiz pindah ke rumah ini. budak lelaki itu selalu menegurku. Namun hingga kini aku masih tidak tahu namanya. Melihat dari bentuk badannya. Umurnya pasti belasan tahun.mungkin dia masih belajar di sekolah menngah di tingkatan tiga atau empat.

Telefon bimbitku berbunyi. Aku segera melangkah masuk ke dalam rumah untuk menjawab panggilan tersebut. baju-baju yang ku angkat di ampaian tadi ku campakkan ke sofa. Panggilan dari muiz

“hello,kau dah bangun ke?”tanya muiz ketika aku menjawab panggilan tersebut
“dah, kenapa?”tanyaku semula
“hmm aku kat kedai mamak ni,lepak-lepak minum dengan budak-budak yang main bola tadi”kata muiz
“oo yeke,jadi pehal kau call aku?”tanyaku
“kau nak pesan apa-apa ke?boleh aku belikan,aku ingat malam ni aku tak nak masak ar.malas”jawab muiz
“tak pe ar,malam nanti aku keluar.aku makan kat luar jela”kataku
“betul ke ni?”tanya muiz lagi
“ye”jawabku
“ermm kalau macam tu tak pe ar,k bye”kata muiz lalu mematikan panggilan.

Malam itu seperti yang dijanjikan ikram akan menjemputku pada pukul 8 malam. Waktu sekarang sudah pukul 8 malam. Aku baru sahaja lepas mandi. Kereta ikram berhenti di luar pagar rumahku.

“siapa tu?”tanya muiz yang sedang membelek buku notanya.
“kawan”kataku yang hanya bertuala sahaja
“kawan mana?”tanya muiz lagi
“kawanlah”kataku yang meluru keluar dari rumah
Muiz hanya memerhatikan langkahku

Aku menghampiri kereta ikram.cermin tingkap kereta diturunkan ikram.

“dah siap ke?”tanya ikram
“belum lagi,saya baru je lepas mandi ni”kataku
“hmm tak pela,awak siaplah cepat. Saya tunggu awak”kata ikram
“baik.tunggu sebentar ye”kata aku lalu bergegas masuk kedalam rumah semula.

Muiz tidak memperdulikan aku. Muiz tekun membaca notanya. Muiz mempunyai tugasan yang perlu disiapkannya pada malam ini.esok pensyarahnya memintanya untuk menghantar tugasan tersebut.

“kau nak balik pukul berapa?”tanya muiz ketika melihat aku memakai kasut di pintu rumah
“tak tau,tak pe,aku ada bawak kunci rumah”jawabku lalu menuju ke kereta ikram. Muiz hanya memandang aku sebelum pintu rumah di tutupnya.

Ikram merupakan insan yang ke-dua menjadi teman lelaki aku. Sebelum ini aku pernah mempunyai teman lelaki yang bernama Yunus,namun setelah berpasangan dengannya hampir dua bulan,akhirnya kami putus,sebab aku yang memutuskan hubunganku dengan dia. Aku tak suka dengan sikapnya yang terlalu mengokong.

Setelah pipi ikram ku cium,akhirnya ikram memandu keluar kereta dari kawasan perumahanku. Muiz aku tinggalkan di rumah sendirian. Aku tidak peduli sangat tentang muiz,muiz pun sudah besar dan pandai berdikari. Malah aku akui muiz lebih matang dari aku.

Aku pasti muiz tahu dengan siapa aku keluar. Lelaki. Muiz tahu yang aku ni meminati kaum yang sama. Muiz juga tahu mengapa aku menjadi begini. segalanya terjadi pada 6 tahun lepas,ketika aku berumur 15 tahun. Ketika aku bersekolah berasrama penuh bersama dengan muiz. Aku dan muiz terpilih untuk ke sekolah berasrama penuh kerana prestasi cemerlang kami dalam peperiksaan ketika itu muiz sedang bersedih dengan kematian ibu bapanya.aku banyak menemani muiz dikala dia memerlukan aku. Hampir seminggu muiz murung.namun selepas mendapat berita mengenai kemasukan kami ke sekolah berasrama penuh muiz mula berubah.

~bersambung~

No comments:

Post a Comment