10 August 2011

Aku Kan Ada ~part 1=kunjungan~



Aku Kan Ada: ~kunjungan~

Bunyi geseran dedaun pokok rambutan di hadapan rumahku kedengaran lemah apabila di tiup angin pagi. kicauan burung murai dan kelicap beralun merdu bersilih-ganti. begitu asyik dan merdu sekali iramanya.membuatkan ku tenang. Aku lebih gemar berada di kampung berbanding di kota raya yang sentiasa bising dengan hiruk-pikuk penghuninya. Aku benar-benar jatuh cinta dengan suasana begini. alangkah bagusnya jika aku dapat berada disini untuk jangka masa yang panjang. Namun apakan daya,aku terikat dengan urusan kerjaku di kota. Hanya 2 atau 3 kali sahaja aku pulang ke kampungku.

Tiba-tiba hatiku bagaikan direntap apabila aku teringat akan sesuatu perkara. Aku bingkas bangun dari pangkin dan memakai selipar. Bagai ada yang tidak lengkap kepulanganku dikampung seandainya aku tidak berjumpa seseorang. Seseorang yang begitu penting dalam hidupku. Seseorang yang begitu bermakna dalam hidupku.

“mak,orang nak pergi jumpa kawan kejap”teriak aku dari luar rumah
“apa?”jerit mak aku dari dalam rumah
“orang nak pergi jumpa kawan jap”kataku yang melihat emakku berjalan menghampiriku diberanda rumah
“kawan mana pulak ni?kau tu kejap lagi dah nak balik KL dah.barang kau dah siap kemas ke?”tanya emakku sambil mencekak pinggang
“dah siap dah,semua dah orang masuk ke dalam kereta tadi.”jawabku
“ni kau tadi kata nak jumpa kawan?sape dia?”soal emakku lagak seperti inspektor polis
“Muiz”jawabku sambil berlalu keluar dari halaman rumah.
Emakku terdiam mendengar nama kawan yang terpacul keluar dari mulutku. Emakku seolah-olah terkejut dan tersentap apabila anaknya ini ingin berjumpa kawannya. Lama-kelamaan emakku mula tersenyum sedikit dan riak muka tuanya berganti sayu.
“abang nak kemana tu mak?”tanya seorang perempuan cantik ketika menghampiri emak aku.
“nak jumpa kawan lama dia,muiz.”jawab emak aku sambil memerhatikan aku yang semakin jauh berjalan kaki dihadapan.
“oo”
“hazrul dah bangun?”tanya emakku
“dah,dia tengah mandi kat bilik air”jawab shida
“Shida tolong mak sikit kat dapur, emak nak bekalkan Lauk dan kuih sedikit”kata emakku sambil menarik bahu Shida.

Aku berjalan perlahan menuju ke kediaman Muiz yang terletak di belakang masjid di kampungku. Memang aku sudah biasa berjalan kaki ke rumah muiz. Muiz amat bermakna dalam hidupku. Aku melihat jam di tangan. Aku mula teringat kisah lama aku dan muiz.

Jam tangan menunjukkan angka 2 petang. Aku masih menanti sahabatku, Muiz. Muiz atau nama sebenarnya Muizzudin, merupakan insan yang sentiasa disampingku sejak aku menjejakkan kaki di kolej ini. Muiz juga merupakan sahabat sejati aku sejak di zaman sekolah menengah juga. Kami masuk ke kolej ini juga bersama. Muiz sudah ku anggap abang dalam hidupku.

Muiz merupakan anak yatim piatu. Walaupun dia adalah seorang anak yatim piatu, kehidupannya tidak sesusah aku. Dia merupakan anak orang berada. Arwah ayahnya adalah seorang ahli perniagaan yang bergelar Dato’. Ibubapa Muiz meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan ngeri, ketika itu Muiz baru berusia 15 tahun iaitu sebaya umurnya denganku. Muiz bagaikan nak gila menerima berita kematian ibubapanya ketika itu, akulah yang sentiasa disisinya bagi menenangkannya.

“termenung ke bang”usik Muiz sambil menepuk manja belakang badanku
“hisyh kau ni buat aku terkejut je”kataku yang tersenyum melihat Muiz
“lama tunggu?”tanya Muiz
“tak lama sangatlah”jawabku sambil berterusan mengukir senyuman
“maaflah,kelas aku lambat habis tadi. lecturer aku tadi ada buat quiz”Muiz memberi alasan.
“tak pe”kataku
“mari kita balik,tapi sebelum itu aku nak singgah kat Petronas sebentar,aku nak guna mesin ATM”kata Muiz sambil memegang bahuku.
“baik”jawabku lalu bingkas bangun dari bangku.

Kami berjalan bersama ke arah kereta Muiz yang terletak tidak jauh dari tempat dudukku tadi. muiz mengeluarkan kunci keretanya. Setelah pintu dibuka kami berdua memakai tali pinggang keledar. Sejurus itu muiz menghidupkan enjin kereta. Radio dipasangnya. Lagu “Kau Ilhamku” nyanyian Mambai berkumandang.

Setibanya di rumah, aku segera melabuhkan punggung di sofa. Beg yang ku sandang ku campakkan ke atas lantai. Sambil membuka buka baju kemeja,aku membelek telefon bimbitku. Muiz bergerak terus ke dalam biliknya.

“hello”ucapku ketika menghubungi ikram
“hi,dah habis kelas?”jawab ikram
“dah,penatlah. Awak tengah buat apa?”tanyaku
“baru habis luch tadi,sekarang dekat office la. Awak dah luch ke?”
“belum lagi. malas lah tak de selera lah”jawabku lalu berbaring di sofa
“kenapa ni?”tanya ikram
“saya ok Cuma rindu kat awak je”kataku
“ye ke ni?rindu sampai tak de selera nak makan?”tanya ikram
“ye kot. Hmm sayang,malam ni kita jumpa nak?”
“boleh. Malam nanti saya jemput awak kat rumah. Baiklah sayang,saya ada kerja nak buat ni. nanti saya call awak ye.bye I love”
“I love u too”balas ku lalu memutuskan panggilan.
“sape tu?”tanya muiz dengan serius

~bersambung~

No comments:

Post a Comment