15 February 2011

Cashier ~part 4~

“baru balik kerja ke?”tanya rezdwan
“ye”jawabku
“amecam kerja?best?”
“bolehlah” jawabku
“kau kerja apa kat situ?”
“cashier je.”jawabku
“oh baguslah tu.”kata redzwan lalu kembali ke tempat duduk budak lelaki yang berpakaian sekolah. Mungkin adik redzwan atau barangkali kawannya duduk di kawasan perumahannya.

Hampir seminggu aku bekerja sebagai cashier di pasaraya itu. Aku melakukan kerja agak bagus. Tiada masalah yang berlaku sepanjang aku bekerja. Setelah seminggu aku bekerja di shift pagi akhirnya aku ditukarkan ke shift petang. Aku mula bekerja dari pukul 3 hingga ke pukul 11 malam.

“semua duit cukup?”tanya farihin
“cukup”jawabku
“ok bagus,kalau macam tu kau buat kerja kau. Nak clossing nanti aku datang balik”kata farihin lalu beransur pergi.
“hey,baru kerja ke?”tanya seorang lagi pekerja yang menjaga kaunter sebelah
“tak jugaklah,dah seminggu dah kerja”kataku
“oo baru sekarang naik malam lah?”
“ha’ah”
“kalau jadi cashier malam kena jaga duit betul-betul. Jangan sampai short.kalau tak,habislah”ingat lelaki tersebut
“ok”kataku,dalam hati ini terdetik macamlah aku tak tahu nak buat kerja.
“zaki, malam ni kau jaga kaunter nombor 8”arah seorang lelaki kepada lelaki yang berborak dengan aku tadi
“budak baru ke?”tanya lelaki itu sambil mengukirkan senyuman
“ye saya”
“nama?”
“sharizan”
“oo nama saya en. arif”kata lelaki tersebut
Aku mengukirkan senyuman kepadanya tanpa henti
“dah sambung kerja”
“baik”balasku

Aku melihat encik arif menuju ke zaki,lelaki yang berborak dengan aku tadi.

“ehem”sapa seorang pelangan
“er hai selamat petang”aku terkejut lalu segera melayan pelangan tersebut.

Aku berjalan ke dalam pejabat farihin sambil membawa wang jualan pada hari ini. aku mengira duit sementara farihin sibuk berbual dengan sesorang memelalui telefon bimbitnya. Dahiku berkerut. Seperti ada yang tidak kena pada malam ini. hari pertama aku bekerja di shift malam wang modalku tidak cukup rm 1.35. aku tidak puas hati,mungkin ada yang ku terlepas kira. Aku mengira duit sekali lagi.

“dah kira semua?”tanya farihin
“err jap,saya tengah kira sikit”kataku yang mula gugup
“cepatlah,nanti lambat pulak kau balik. Dah pukul berapa ni. kira cepat sikit”arah farihin lalu menyandar di kerusinya.
Penghawa dingin di dalam bilik itu begitu dingin sekali.tanganku seperti membeku rasanya. Memang sah. Duit modalku tidak cukup. Rm 1.35 kurang dari jumlah asalnya.

“erm abang,tak cukuplah short kot”kataku
“short?berapa?macam mana boleh short pulak ni?”tanya farihin lalu mengira kesemua wang itu semula.hampir dua minit farihin mengira wang tersebut.aku tekun memerhatikan tangan farihin yang pantas mengira duit.
“a’ah short rm 1.40”kata farihin
“short rm1.35 la bang”kata ku
“memangla,tapi kau ada ke 5sen?”
“kenapa?”
“la dah shortkan duit ni,jadi kau kena lah bayar”arah farihin
“erm ok”kataku lalu mengeluarkan dompet
“lain kali jadi cashier tu betul-betul kira duit. Sekarang ni tak pasal-pasal dah shortkan”cakap farihin lalu mengambil duit dari tanganku.

Memang malang nasibku. Aku tidak tahu bagaimana duit aku boleh kurang tadi. aku bersandar di bustop menanti bas. Mataku layu. Begitu letih aku bekerja malam ini. begitu ramai pelangan yang datang ke pasaraya ini pada waktu malam.

“nak balik mana?”tanya seorang lelaki berpakaian kemas.
“apartment ------- ---”kataku
“marilah naik dengan abang. Abang kira rm 50 je”kata lelaki itu yang merupakan pemandu teksi
“tak pela bang,saya tunggu bas”kataku sambil mengelengkan kepala.

Aku tersenyum apabila melihat sebuah bas datang menghampiriku. Aku segera naik dan duduk di kerusi paling belakang sekali. Rezdwan datang menghampiriku. Aku menghulurkan wang kertas rm 5 kepadanya.

“kenapa?monyok je muka”tanya rezdwan
“tadi aku jadi cashier, duit boleh ‘short’ lak”kataku sambil menerima wang baki dari rezdwan.
“macam mana boleh ‘short’ lak?kau jaga tak betul ni”kata rezdwan lalu duduk di sebelahku
“aku jaga betul lah. Tapi, entahla tetibe je boleh ‘short’ lak”kataku
“berapa yang ‘short’?”soal rezdwan
“rm 1.40 je”
“laa hahaha aku ingat beratus lah tadi. baru rm 1.40 kau dah macam ni hahaha”rezdwan tergelak
“kau ni..selama aku jadi cashier,tak pernah short taw.malam ni je boleh short lak. ni kira kali pertama short”kataku lalu memalingkan muka ke luar tingkap.
“rileks ar, mesti ada permulaan bagi semua perkara kan.”kata rezdwan lalu mengusap-gusap lembut pehaku. Aku hanya membiarkan rezdwan mengusap pehaku.

Sebelum aku bekerja, aku ke mesin ATM yang terdapat di sebelah pasaraya tersebut. aku mengeluarkan duit sebanyak rm100. emakku memasukkan duit berjumlah rm100 untuk perbelanjaan aku untuk bulan ini. memandangkan terdapat krisis sedikit di kampung. Emakku tidak akan memasukkan duit lagi kedalam akaun aku. Jadi aku hanya mengharapakan gaji yang akan ku terima pada awal bulan depan. Rm 100 ini akan ku gunakan dengan cermat.

“hi ijan, awak keje malam ke?”tanya yati apabila kami berselisihan
“ye saya, awak?”tanyaku sambil tersenyum
“saya dah habis keje dah”kata yati
“dah nak balik ke?”tanyaku
“yela.kenapa?”
“baru nak ajak awak minum-minum kat foodcourt ke?”cakapku
“sekarang dah pukul berapa?awak tu kejap lagi dah nak masuk kerja lah”katayati sambil mencubit manja lenganku
“ahh sakit”jeritku
“tau pun,dah pergi masuk kerja”arah yati sambil tersenyum manja

Aku dapat rasakan yati juga meminatiku seperti mana aku meminatinya. Tapi aku segan untuk meluahkan perasaanku kepadanya. Aku takut aku ini hanya bertepuk sebelah tangan. Aku pergi ke pejabat encik farihin untuk memulakan kerja. Setibanya dipejabat farihin. Aku mengetuk pintu berkali-kali.

~bersambung~

No comments:

Post a Comment