10 February 2011

Cashier ~part 2~

Setelah pintu diketuk aku membuka pintu tersebut.kelihatan seorang jejaka yang segak sedang membaca sekeping kertas.

“jemput duduk”perlawa lelaki tersebut
“jadi nama sharizan ye”
“ye saya”
“baiklah awak apply kerja disini sebagai partime cashier ye?”
“ye encik”
“ada pengalaman tak sebelum ini?”
“tak de”
“hmm”kamarul mula mengetap bibir
“susah ni kalau awak tak de pengalaman”tambahnya
“tapi encik,saya ni jenis yang cepat belajar. Matematik saya dapat A1 time saya SPM dulu”kata ku yakin
“tak kisah lah awak dapat A1 ke A0 ke tapi awak kena ada pengalaman juga”kata kamarul
“saya sanggup buat apa saja untuk dapatkan kerja ini encik”rayuku
“betul ke ni?”tanya kamarul sambil kening sebelah kanannya di angkat
Aku mengangukkan kepala
“hehe saya bergurau jela.awak ni,macam nak interview kerja berpangkat lak sampai merayu-rayu ni. untuk jadi cashier kat sini tak perlukan sangat pengalaman. Tapi yang penting jangan buat banyak silap je.jangan banyak duit yang short nanti.ok?hmm bila boleh mula bekerja?”tanya kamarul
“kalau boleh hari ini pun saya boleh start encik”kata aku bersemangat
“hehe esok k,sebelum kerja nanti,jumpa saya. Saya nak salinan ic dan nombor akaun Mybank”pinta kamrul
“baik,esok saya bagi”kataku bersemangat

Aku tersenyum gembira. Nampaknya aku akan mula bekerja disini,sebagai juruwang separuh masa. Tak sabar rasanya untuk aku menanti esok untuk mula bekerja disini. senyuman yang terukir diwajahku sukar dihakis. Ini kali pertama aku bekerja.walaupun sebagai pekerja separuh masa. Jantungku berdegup kencang.

“muka ada senyum”usik rezdwan
“hehe aku dah dapat kerja dah.aku wat partime kat sini”kataku ketika bas melalui dihadapan pasaraya tersebut
“oo baguslah.”kata rezdwan lalu mengulurkan tiket kepadaku.
“hehe”aku tersengih

Esok paginya seawal pukul 8 pagi aku sudah berdiri di depan pintu masuk pasaraya tersebut.

“pasaraya ni belum buka lagi dik,pukul 10 nanti baru buka”kata seorang pengawal yang sedang menghampiriku
“tapi pakcik, saya ni staf baru kat sini.budak partime.cashier”kataku
“oo kalau macam tu kamu kena masuk ikut pintu belakang.kamu masuk ikut lorong sebelah kiri yang ada pondok pengawal”kata pengawal tersebut
“yeke?hehe maklumlah saya ni baru lagi.”kataku lalu berjalan ke pintu belakang.

Seperti rusa masuk kampung. Aku berasa gugup sekali melangkah masuk ke pintu belakang. Ramai staf-staf lama memandang ku.ada juga yang memandangku dengan menjeling. Aku hanya tertunduk malu.

“hai,er saya nak jumpa encik kamarul,HR”kataku kepada pengawal yang seperti dari pakistan
“oh,itu encik kamarul ada di tingkat 3.pakai ini pas.baru boleh masuk itu pejabat”kata pengawal tersebut
“ok terima kasih”

Aku berjalan ke lift untuk ke tingkat 3.perasaan aku bertambah gugup bila melangkah kaki ke dalam lift.

“encik kamarul,boleh saya masuk?”tanyaku dimuka pintu.
“ye,jemput duduk”arah encik kamarul
“ini salinan ic dan akaun Mybank saya”kataku lalu menghulurkan beberapa keping kertas ke arahnya
“ok,bagus”kata encik kamarul lalu menekan nombor ditelefonnya
“Carol, call farihin,I wanna see him now. Tell him he got a new staff today”kata kamarul
“ok,lepas ni saya serahkan awak kat supervisor yang akan menyediakan uniform dan mengajar awak untuk jadi cashier ok,”kata kamarul
“ok, baik terima kasih”kata ku

Hampir 4 minit aku menunggu,kelihatan seorang lelaki kacak yang segak berjalan menghampiriku.

“sir cari saya?”tanya farihin
“yeah, ni staff baru,dia mula kerja hari ni.tapi kita letak dia dibawah training selama seminggu. Jadi awak boleh bawa dia untuk tukar baju dan bagi dia training”arah kamarul
“baik”jawab farihin
“jom”
“tarima kasih encik”kataku lalu bersalaman dengan kamarul

Aku mengikut setiap langkah farihin. Farihin masuk ke dalam lift tanpa berkata apa-apa. Aku hanya mendiamkan diri. Takut dan malu untuk bertanya.

“nama aku farihin,aku supervisor kat sini.nama kau?”tanya farihin
“sharizan,panggil ijan je”kataku
“ok,jom ikut aku”
“k”
Aku mengikut farihin ke sebuah bilik yang berkunci.

“ok,ni bilik untuk simpan uniform staff-staff baru kat sini,kalau ikutkan kontrak,rm40 akan ditolak dari gaji kau untuk uniform ini.jadi aku nak kau jaga elok-elok uniform ni. kalau hilang,kau kena ganti dan beli yang baru.ok?dan aku nak unifrom ni kau kena jaga baik,bersih dan kemas. Aku tak nak ade yang kotor-kotor,paham?”tegas farihin
“paham encik”kataku
“tak payah nak formal sangat dengan aku,panggil je abang pun ok. Kau ni macam takut je dengan aku”kata farihin sambil meramas lenganku
“bukan takut Cuma gementar je.maklumlah hari pertama kerja”kataku
“ok,dah cepat salin uniform tu.”arah farihin

Aku menanggalkan baju tshirtku. Seluar jeans yang kupakai turut ku tanggalkan. Aku hanya berboxer longgar berwarna biru. Farihin menatap tubuhku dengan khusyuk. aku mencapai uniform yang berwarna biru itu.selesai memakai unifrom aku kemudiannya menyimpan seluar jeans dan baju tshirtku di dalam beg sandang.

~bersambung~

No comments:

Post a Comment