22 January 2011

SINOPSIS

-SINOPSIS-
CASHIER (2 FEBRUARI 2011)

Mengisahkan seorang pelajar yang bernama Sharizan/ijan(aku) yang belajar di sebuah kolej untuk mendapatkan ijazah. Perwatakan Sharizan/ijan(aku) yang ramah bukan hanya dengan pelajar dan rakan kolejnya malah dia juga ramah dengan seorang konduktor bas-Rezdwan membuatkan dia senang didampingi. Dalam cuti semester kolejnya, Sharizan/ijan(aku) mengambil kesempatan untuk bekerja sambilan di sebuah pasaraya yang berdekatan dengan tempat tinggalnya dan kebetulan salah seorang rakan serumahnya-Khuzaimie juga bekerja di pasaraya tersebut.Dengan bantuan Khuzaimie,Sharizan/ijan(aku) mendapat pekerjaan sambilan di pasaraya tersebut sebagai seorang juruwang(cashier). Di pasaraya tersebut Sharizan/ijan(aku) berkenalan dengan seorang gadis ayu bernama yati yang amat diminatinya. Penyelia yang bernama Farihin pula seorang yang tegas dan sentiasa memantau kerja-kerja staffnya. Sharizan/ijan(aku) merupakan seorang pekerja yang cekap ketika bekerja. Namun terjadinya satu peristiwa yang mengubah segala persepsinya terhadap kerjanya dan sedikit sebanyak mengajarnya tentang alam songsang. Kesalahan kecil yang dilakukan Sharizan/ijan(aku) sedikit sebanyak menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan. Pelbagai peristiwa menyusul dan pelbagai persoalan yang akhirnya dirungkai sepanjang dia bekerja di pasaraya tersebut.

*disiarkan secara bersiri

“Aku kan ada…” (11 MAC 2011**)

Mengisahkan liku-liku hidup yang dilalui oleh dua orang sahabat yang sentiasa bersama dalam menempuh ranjau kehidupan alam remaja. Azmir(Aku) merupakan seorang lelaki yang menjadi pendukung utama siri ini yang sifatnya keras kepala dan mempunyai minat terhadap kaum sejenisnya. Manakala Muizzudin(Muiz) merupakan sahabat karibnya yang banyak membantu dalam menyelesaikan masalahnya dihadapi oleh Azmir(aku).Muizzudin(muiz) umpama abang kepada Azmir(aku) yang sentiasa ingin kebaikan pada hidup rakannya. Muizzudin(muiz) sedar akan sifat songsang rakannya dan sedaya upaya mengawal sifat itu dari melarat. Walaupun azmir(aku) selalu membuat masalah namun azmir(aku) begitu mengambil berat tentang sahabatnya Muizzudin. Begitu banyak peristiwa yang terjadi pada mereka dan segalanya berpunca dari Azmir(aku) membuatkan Muizzudin(muiz) seakan tidak mampu untuk bertahan dengan sikap rakannya itu. Pelbagai insiden yang terjadi hingga membuatkan Azmir(aku) mula menyedari pengorbanan yang dilakukan sahabatnya. Adakah Azmir(aku) berjaya berubah menjadi seorang insan yang lebih baik? Adakah Muizzudin(muiz) sempat melihat perubahan rakannya itu? Dan adakah persahabatan mereka berkekalan? Segalanya akan terjawab di hujung siri ini.

* disiarkan secara bersiri
**tarikh penyiaran boleh dipinda

No comments:

Post a Comment